Ini lah rupa kek milo microwave 3 minit aku yang tengah famous sekarang ni. Huduh? Alaaaa.. Janji sedap. Kikiki.
Memandangkan rumah aku tak ada microwave, aku buat projek ni dekat office. Waktu lunch hour tau. Hari Jumaat. Rehat kan lama.. Hehe. Buat ramai-ramai dengan kawan office.
Resepi?
Simple je.
4 sudu makan milo
4 sudu makan gula
4 sudu makan susu cair
4 sudu makan minyak
4 sudu makan tepung gandum
sebiji telur
sedikit soda bikarbonat
gaul je semua dalam satu bekas. Masuk dalam cawan, masak 3 minit dalam microwave. SIAP!!!
Satu adunan tu dapat la 3-4 cawan. Mula-mula aku bubuh 3/4 cawan. Hambekkk ko.. melimpah ruah habis.
Aku buat 3 adunan. Semua main campak-campak je. First adunan, jadi lembab dan cair-cair sikit. Mungkin kurang tepung. 2nd adunan, agak kering. 3rd adunan, gambar atas tu. Balance lembab and kering.
Tapi aku suka lagi first adunan. Dia ada cair-cair, leleh sikit. So, sape nak cair-cair sikit, kurangkan sikit tepung.
Aku jumpa kat facebook, banyak jenis kek dah diorang bagi resepi. Hishhh. Kena try ni.

