Friday, August 29, 2014

hari-hari survey barang baby online

Sekarang ni, hari-hari aku dok survey barang baby dekat internet. Nak survey jalan-jalan memang malas lah sekarang ni. Berat nak membawa badan. Baru jalan-jalan shopping sikit, habis sakit badan, sakit kaki. Normal ke sakit-sakit kaki ni ye? 


Maka, ulang alik la survey online. Siap konon-konon nak beli, tapi tak beli-beli. Sebab kompius. Mahal ke tak? Ke dekat luar lagi murah? Membazir ke tak beli benda ni, benda tu? Last sekali, apa pun tak beli lagi. Hihi.


Lagi seronok godek-godek barang baby dekat instagram. Kalau ikut nafsu, macam-macam nak beli. Comel kot. Tapi tahan je. Tak nak membazir. 


Petang ni nak pergi rumah akak dekat Port Dickson. Dia dah suruh ambil barang-barang anak dia yang banyak tak pakai. Heeee.. Dah boleh jimat. Yeayyyy!!


9 comments:

MizzTina said...

dik, try g ig marissa_shoppe..best gak kt ctu.. kedai dia kt shah alam..


smla dgn akak, byk pakai bju, mitten n booties anak buah akak sbb mak dia kata xnk dh preggy..hehehe..mmg jimat..

lia said...

skng byk brg baby yg mengiurkan hu3

MAY said...

EH..DAH PEKNEN?HEHE..LAME BETUL TAK BW NI.. ;(

Kakzakie said...

Beli barang baby memang suka tapi cuma sayang kalau terlebih macam baju bukan boleh pakai lama. Baby sekejap aje dah besar...

AnneRaini said...

akak suka gi baby expo...lg rambang mata.. weekend ni pun ada kat KLCC kan.

Nur Farahuda said...

wahhhh.
ha'aa dekat insta semua barang baby comel - comel belaka.
Suka tengok. Suka je, tapi nak beli lama sangat lagi. Kahwin pun belum, hahahaaa.......
=D

Aisya A. said...

sekarang larat tak larat org semua shopping online je.. senang.. tp kdg2 tak best jugak online shopping ni.. takut barang tu tak memuaskan hati. huhu

sHaRiNa eLyaNa said...

skg ni byk medium kita berjual beli kan..sng ja dihujung jari kan...

sha pun selalu godek2 brgan on9
lebih selesa kot

Singgah dari Blog www.opzzpinky.my

lynndamya said...

Salam, haaa nasib belum beli, jimat dah kat situ..hehe ni anak first ke kak? sy belum kahwin lagi, tp selalu amek tau psl benda2 camni kat blog kak intan ni ha :

http://ihaveasweetsmile.blogspot.com/

selalu dia share life dia secara details termasuk lah pasal sakit2 masa bersalin, kurang itu ini semua, maybe berguna utk akak kot? hehe

..klik klik..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...