Wednesday, September 24, 2014

Persiapan bersalin - set bersalin Spa & Ma murah

Sebelum ni aku ada bagi tahu yang aku tertarik dengan set bersalin Spa & Ma. Ada juga tengok-tengok set lain. Tapi itulah. Bila hati dah berkenan. Tak nampak dah yang lain.

Mula la google sana google sini nak cari harga termurahhhh sekali. Memang harga pasaran RM299. saje je survey kot-kot ada yang buat promotion kan. Tengok dekat expo baby pwtc hari tu pun just boleh dapat RM262. Pikir punya pikir, tak jadi beli. Rasa macam boleh dapat lagi murah la kononnya.


Dan akhirnya, usaha berhasil. Jumpa!! 
RM240!!
termasuk postage.
Happy tak hengat... Jimat RM59..

Aku beli dekat website Lelong. mula-mula risau juga nak beli. Takut kena tipu. Ye lah kan, harga jauh lebih murah dari harga pasaran. tapi tekad je nak order. Lepas order, buat payment, terus akak ni message. Tanya nak free gift tak??


Harus lah nak kan. Heee..


Haaa.. Barang pun dah selamat sampai dalam masa 1 hari je. Alhamdulillah. :)
Buka je kotak, wangi sangat bau. Bau-bau herba gitu.

Dan ini free gift nya. ^__^


Alhamdulillah, tak sia-sia survey berbulan-bulan. Dapat berjimat sikit.

13 comments:

nuyui a.k.a miss YUI said...

jimat byk tu =)

shaFazie said...

azie pun tengah survey set bersalin ini.. tapi tengok set spa & ma ini mcm ok je

Ahlam Miera Amirul Shafie said...

sib baik buat keputusan nak survey dulukan.. klu xrugi jer... hehehe

AnneRaini said...

akak pon survey cari paling murah...ada pilihan yg murah knp pilih yg mahal kan.

ida =) said...

Seronoknya dpt free gift kan! Harga lebih murah + free gift, memang berbaloi!

Nk try shaklee contact la akak!

Mrs.Beberg said...

hye awak. nak tanya, set nie ada tulis expired date tak.? sbb saya pun mcm nak beli jee. tp due dec nanti.. :D

Masya said...

wahhh bestnya siap dpt free gift .. rezeki mak yong lah ni ...

Anonymous said...

Hi....nk dapat harga best utk semua set bersalin blh contact saya Liana 016-6919009

Liana Hashim said...

Hi....dptkan set bersalin dpa n mum dan nona roguy dengan harga promosi.Cl/sms/wa liana 0166919009

Mohamad Suhairi Abdul Halim said...

Boleh sy taw no contact spa & ma yg kt lelong tu..nk order jgk..thanks

nur anis said...

Mohamad suhairi : saya order melalui website lelong tu je. kalau ikt contact number dekat situ : 01112424681

Mohamad Suhairi Abdul Halim said...

Thanks..

Stokis Set Bersalin SPA & MA said...

Kalau nak order set bersalin SPA & MA ni, call je kami: 014-8325574. Kami mmg stokis utama di Selangor. Nak jimat lebih2 pon bleh.. huhu

..klik klik..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...