Thursday, September 3, 2015

bawa husna kenal pantai

Hari Ahad lepas, saje ajak husband dengan family mertua jalan-jalan Kuantan. Konon nak bawak Husna mandi manda pantai.

Plan asal pukul 7 gerak dari rumah. Tapiiii..

Biasa lah kan. Pukul 9 baru gerak. Sampai Kuantan dah pukul 11. Matahari mencanak atas kepala. Nak mandi pantai macam mana kan?

 
Merah mak ngah gincuuu aku.
 

So, jejalan kat ECM Kuantan dulu. Ambil sejuk aircond, cuci-cuci mata dulu. Dalam pukul 3 lebih, baru lah sampai pantai. Kitorang pergi Pantai Batu Hitam. Sebab lengang tak ada orang. Dapat pula park bawah pokok, redup je la. Siap bawak khemah gituuuu.

 
 Tengok anak dara ni dengan tok abah dia. Punya geli nak memijak pasir tu. Pergi pijak atas kaki tok abah.

Ni pakai kasut boleh la dia berjalan. Kemain excited dia nak berjalan kat pantai tu.

 
Muka whatever sangat anak dara ni. Lepas makan mushroom soup banyak gilosss. Lapar kot tepi pantai.

 
Ni belangkas jumpa kat pantai. Suami aku tak pernah jumpa belangkas katanya. Kesian. Hehe. Kat kampung aku memang famous belangkas ni. Sedap wehhhh!

 
Ummi dan Husna. Fefeeling tudung kibar-kibar kena angin pantai gituuuu.

Mana gambar husna mandi pantai??

Mimpi je lah nak ambik gambar husna mandi pantai. Cecah kaki dekat air laut, kena ombak, meraung kuat ya amat. Sebatu dengar dia menangis. Alahai la husna.
 

15 comments:

nuyui a.k.a miss YUI said...

xbiasa lg..t dah ok silap2 dia mnta selalu p situ..hihihi

Fazleyatul Aini said...

tunggu besa sket mesti dia suka mandi laut
silap2 xnak balik nanti

Qaseh Abadi said...

tak silap belangkas ni ada yg boleh makan ada yang tak. apa rasa belangkas ni? tak pernah plak makan

lia ummiirfan said...

alololo..husnaaaa... kenapa tak mandi husnaa... rugi tau... hihi

Tips untuk subur

norhidana miswan said...

auch merah nyer makngah gincu... tp akak suke

kene selalu2 bwk husna pi pantai lah kalu gitu kan... ada ek belangkas kt situ... ko tak bwk balik msk dik? akak pun tak pnh rsa camne

Malinda said...

comel je husna bercanda di tepian pantai...baby2 selalu memang camtu geli2 nak memijak pasir nanti kalau beso sikit baru ok cam anak2 akak...siap amik pasir masuk mulut....hahaha

HeNRieTTa JoSe said...

dah lamer jugak xke pntai....husna dah boleh berjalan...bestnye...dah berapa bulan yea umo dia?

aizamia3 said...

Belum masa dia kenal mesra dengan laut lagi tu.. hehehe..
psstt: nama anak kite pun Husna.. ;)

Pengobatan Gagal Ginjal said...

komen pertama nih he

Kakzakie said...

Belum lagi.. tunggulah masuk setahun lebih aje mahu bila mandi tak nak nak berhenti. Masa tu baru tahu. Sekarang Husna kecik lagi..

Cik Puan Rann said...

Dah lama tak jumpa belangkas.....org kata telur belangkas sedap dimakan

Farrah MF said...

Seronoknya Husna main tepi pantai :)

Amy Hilmirda Daud said...

Akak pun sama... konon nak keluar pagi kadang kadang dah tengah hari baru nak keluar.

aiman mania said...

geli pon ada tgok belangkas tuh...hoohohohoh
such a happy family..moga bahagia till jannah !

QasehnyaRania said...

saya pon blm lg bg rania kenal pantai..
alolo.. pergi pijak kasut tok abah ye..

..klik klik..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...