Showing posts with label bercuti. Show all posts
Showing posts with label bercuti. Show all posts

Wednesday, May 27, 2015

bercuti ke cameron highlands : taman lebah (bee farm)

Eh, tak habis lagi cerita jalan-jalan cameron rupanya. Sikit je lagi. Hari isnin tu memang kitorang melilau je la mencari tempat nak jalan-jalan. 

Lepas pergi muzium tunnel tu, pergi la pekena teh tarik dengan roti bakar dekat the palace. 

 Husna excited la dah recharge energy.

gelak geram sebab tak dapat join makan. 

Sempat posing depat banner. Masuk Bee Farm ni free je. Dia sebelah taman rama-rama. Dekat dengan simpang nak masuk Tea Boh Plantation. Kitorang masuk yang free je. ^__^

https://igcdn-photos-f-a.akamaihd.net/hphotos-ak-xaf1/t51.2885-15/11352186_1456615574649845_553129468_n.jpg 
Anak abah sangat. 


1) abah suruh husna pandang camera
2) husna suruh abah pandang camera
3) last sekali, ummi yang suruh abah dengan husna pandang camera

Settle!!

 ni bukan kes abah layan anak. anak yang kena melayan abah.

 posing dengan ummi relax-relas je. suweet la kekonon kan.

ni la rumah lebah. kena turun tangga 2 tingkat. mengah jugak la. 

 nampak tak lebah cecomel tu. mula-mula risau jugak dia gigit husna. Tapi suami cakap lebah ni tak menggigit.

 Muka husna pelik bila rasa madu lebah.

 Cantik jugak la tempat dia. Sejuk je mata memandang.

bunga raya besar gedabak. dah sama besar dengan muka husna.

Kitorang jalan tak jauh pun. Nampak macam luas lagi. Tapi baru sekerat jalan, nampak patung berhala besar pulak. Tak jadi lalu sebab bawak Husna kan. So, patah balik.

Bagi aku tempat ni boleh la nak melawat kejap. Free je pon...

Thursday, May 14, 2015

bercuti ke Cameron Highlands - MARDI

Alhamdulillah. Last week dapat juga melencong keluar dari KL, naik ke Cameron. Kitorang memang plan pergi hari Ahad sampai Selasa. Saje nak kawasan yang lengang tenang tak ramai orang. Hari jumaat tu Husna tiba-tiba demam. Alhamdlillah, pagi Ahad tu dia dah mula berpeluh. Demam nak jalan mungkin.

Kitorang gerak dari rumah pukul 8.00 pagi. Awal kan? saje nak bawak relax-relax. Lepastu nak kejar pergi ladang teh dengan MARDI. Hari isnin kan tutup. Nak pergi hari selasa takut tak sempat.


Husna sepanjang perjalanan, tidur je. Huhu. Budak baru baik demam kan.Sempat la bagi makan ubat dekat RnR Sungai Buloh. Tapi habis muntah lepas tu. Kesian tengok. 

Kitorang decide untuk naik ikut Tapah walaupun jalan agak bengkang bengkok, sempit. Ada kereta baru lepas accident. Memang dalam kereta asyik bebel kat suami suruh bawak pelan-pelan. Ingat Husna. Mula-mula pelik sebab setiap corner yang tak nampak kereta dari depan, dia bunyikan hon. Tapi lama-lama kita pulak yang asyik suruh bunyi hin bila sampai corner. Kikiki. 


Sempat la berhenti kejap dekat Lata Iskandar. Seronoknya dapat pegang air sungai. Lama tak merasa. Rasa macam nak terjun je dalam tu. Sebab Husna baru baik demam, memangtak berani la nak bagi merasa pegang air sejuk ya amat tu.


Sampai sudah kami ke MARDI. Nampak muka Husna moody tu? Dia nak tidur lagi sebenarnya tu. Tu yang dia monyok semacam je.

Monyok dan monyom lagi.

 Bagi dia duduk je dekat rumput tu. Panggil bergambar langsung tak nak. 

 Husna memang suka warna hijau. Nampak hijau-hijau mula la excited pegang nak ambik.

Try bagi makan strawberry. Langsung tak nak. Kikiki.

Kitorang tak ada beli apa pun dekat MARDI. Setakat berjalan-jalan je tengok. Ok la bagi aku. Berbaloi dengan  tiket RM3 untuk dewasa.

..klik klik..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...