Showing posts with label pinjaman ASB. Show all posts
Showing posts with label pinjaman ASB. Show all posts

Monday, May 28, 2012

pinjaman pelaburan ASB dari Maybank


untuk pertanyaan gnie syazni, permohonan ni saya buat di Maybank. bukan apa, sebab gaji saya masuk ke Maybank. jadi, senang diorang nak automatik tolak dari akaun setiap awal bulan. pendaftaran ni kena bayar RM70. itupun bila dah lulus permohonan, dia akan tolak dari akaun kita juga. bayaran tu merangkumi duti setem RM10, sijil RM50 and RM10 lagi tak ingat apa dia. hehe.

untuk pertanyaan yui pula, mula-mula saya pergi bank. diorang ada sediakan pamphlet. dekat situ ada jadual untuk jumlah pinjaman, kadar faedah, jangka masa pinjaman dan jumlah bayaran bulanan. dekat sini saya ambil sikit masa. balik buat kira-kira. tengok jumlah pinjaman mana dalam jangka masa berapa tahun yang akan lebih menguntungkan kita. bila dah decide, boleh la pergi bank semula, isi borang. ^___^ tunggu sebulan, dah setel. 


sekarang ni saya akan bayar RM200++ sebulan. memang sebelum ni saya akan simpan dalam jumlah yang sama sebulan. tapi biasalah, bila nafsu shopping sampai, mesti fikir "takpelah. gunalah simpanan tu sikit buat shopping, nanti boleh simpan lagi.." susah nak disiplinkan diri. alih-alih, guna simpanan untuk benda tak perlu. -___-"



Friday, May 25, 2012

pelaburan ASB

alhamdulillah. permohonan pinjaman pelaburan ASB dah diluluskan. ada juga lah simpanan untuk masa depan nanti. walaupun pinjaman itu hanya akan dapat selepas habis bayar semua pinjaman tu nanti, tapi aku rasa ia berbaloi.


kalau nak mengharapkan simpan sendiri setiap bulan, aku tak rasa aku akan dapat simpan banyak-banyak. itu pun entah bulan ni simpan. bulan depan tak simpan. bulan depan lagi baru simpan lagi. -__-"

..klik klik..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...