Saturday, May 26, 2012

buah delima



buah delima ni memang favourite. sedap sangat. tapi gigih lah nak makan sebutir-sebutir kan. pesen aku ni pulak, makan buah delima ni, biji dia kena buang. tak reti nak makan dengan biji-biji dia sekali. mak, ayah, nenek aku semua gelak kat aku sebab gigih makan buang biji. orang dah habis sebiji, aku suku pun belum habis. -___-"


korang makan buah delima ni, dengan biji ke buang biji? tak sabar nak tunggu pokok delima kat rumah tu membesar dan berbuah. ^__^

Friday, May 25, 2012

pelaburan ASB

alhamdulillah. permohonan pinjaman pelaburan ASB dah diluluskan. ada juga lah simpanan untuk masa depan nanti. walaupun pinjaman itu hanya akan dapat selepas habis bayar semua pinjaman tu nanti, tapi aku rasa ia berbaloi.


kalau nak mengharapkan simpan sendiri setiap bulan, aku tak rasa aku akan dapat simpan banyak-banyak. itu pun entah bulan ni simpan. bulan depan tak simpan. bulan depan lagi baru simpan lagi. -__-"

..klik klik..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...