Tuesday, August 31, 2010

adakah tarikh penting bagi anda?

adakah tarikh penting bagi anda? contohnya tarikh-tarikh penting untuk diri anda sendiri. sebagai contoh, tarikh birthday, tarikh anniversary atau pun tarikh mula kenal. adakah semua itu penting? perlu ke kita sambut pada tarikh itu sahaja? macam mana kalau terlewat sehari, seminggu atau selebihnya?

contoh lain, kalau nak bagi hadiah, mesti nak orang tu dapat masa tarikh tu je. tak nak tarikh lain. kalau boleh esok birthday dia, malam ni tepat pukul 12, hadiah tu mesti dah dapat dekat tangan dia.

bagi pandangan aku, ya.!! tarikh tu sangat-sangatlah penting. kenapa?

1) sebab bila tarikh yang betul, kita lebih semangat.

2) lagipun, bila terlewat rasa macam tak best pulak.

3) dah nama pun tarikh yang penting, mestila kita nak sesuatu yang best jugak jadi masa hari tu kan.

4) yang paling kejam, aku nak jadi orang first yang bagi hadiah or wish!! jeles okey kalau ada orang lain yang wish dulu..

tapi sebenarnya, lambat atau awal atau tepat pada masanya, semuanya sama sahaja. yang penting hati kita ikhlas nak memberi. and kita cuma mengharapkan apa yang kita berikan akan sampai ketangan dia.

note : tengah tak ada mood sebab delivery tak sampai tadi. dorang cari rumah fifie tak jumpa!!! so, esok je lah dorang hantar balik. dah lewat sehari. =(

No comments:

..klik klik..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...