antara tips-tips nya :
- lebih menumpukan buku teks berbanding buku rujukan. sebab kebanyakan soalan diambil daripada buku teks sahaja.
- jika soalan subjektif, tempat kosong yang disediakan adalah cukup-cukup untuk jawapan anda. tidak boleh terlalu sikit dan tidak perlu terlalu panjang sehingga tidak cukup ruang. jika dulu, siapa yang menulis panjang berjela, cikgu aku akan mengatakan bahawa mereka seperti menulis lirik lagu.
- buat rujukan terhadap soalan-soalan peperiksaan lepas dan soalan-soalan percubaan bagi setiap negeri.
- untuk bahasa inggeris, sesiapa yang tidak mahir dalam bahasa inggeris ( seperti aku ) digalakkan menghafal 1 karangan cereka. senang untuk anda mejawab karangan bahasa inggeris nanti. cuma anda perlu bijak mengolah karangan yang anda hafal mengikut soalan. ( ini sangat membantu aku )
- bagi matapelajaran matematik dan matematik tambahan, anda harus banyak membuat latihan. semakin banyak anda buat latihan, semakin senang anda faham.
note : berapa kali aku cakap benda ni dekat adik aku. respon nya cuma buat bodoh je.. gerammm..
No comments:
Post a Comment