Showing posts with label contact lens. Show all posts
Showing posts with label contact lens. Show all posts

Friday, August 10, 2012

lens raya. weehoooo!

 parcel dah sampai. yeay!! aku suka perkhidmatan coolshoppe onmurah ni. pagi ni payment, lepas tu dia pos, esok barang sampai. suka sangat. 


ada 3 pasang. aku sepasang, azee sepasang, akak aku sepasang. macam biasa, aku suka lens warna hitam. yang tengah tu aku punya. ^___^

kalau dah warna hitam, pakai corak apa pun, tak de bezanya. haha. gambar kat header tu pun aku pakai warna hitam jugak. cuma lens tu dah lama. harus tukar. ^__^

Wednesday, December 7, 2011

yeay..contact lens cun melecun dah sampai.

hari itu aku ada tulis yang aku ada membeli contact lens baru. akhirnya, hari ni aku sudah dapat lens tersebut. sooo, mood hari ni sangatlah bahagia. yeayyy. sooo, tengok je lah gambar-gambar ni ye...


sudah sampai parcel ini. pakai alamat office je senang. confirm-confirm aku ada kat office.

wahhh. teruja bila dah bukak.. ^__^

haaa.. total 6 pasang semua sekali. tapi tidaklah aku gila lens sampai bolot semua. aku punya 3 pasang sahaja. lagi 3 pasang tu adik dan kakakku yang punya.

 ni crystal hazel. aku tengok officemate aku pakai cun la pulak. tu yang beli tu. akak and adikku pun beli yang ni jugak.


ni pulak crystal blue. tengok officemate pakai pun cantik. tu yang beli jugak. heeee. hari tu beli kira-kira blue tak nampak sangat colour dia. ni nak try yang lebih terang. sesekali nak belagak jadi orang pituh. haha

haaa..yang ni pulak bod one black. memang hitam je lah. tapi tengok akakku pakai, cun la..dia beli satu, and aku beli satu.
okey, semua lens tu aku beli sebab tengok dekat mata orang memang cun. sebab aku tension tengok gambar cun, bila pakai sangat tak kena. hihi.

Friday, December 2, 2011

wahhh..lens murah..nak beli cepat-cepat.

aku seorang pemakai lens yang tegar. setiap hari mahu pakai lens. tidak mahu pakai cermin mata ke tempat kerja. walaupun sekarang aku sudah ada 4 pasang lens, tetapi aku mahu tambah lagi stock yang ada. sebabnya, 2 pasang lens tu bakal masuk ke tong sampah kerana sudah mahu expired.

coolshoppe lensmurah tengah buat promotion lagi la. hadoi..memang ini yang tak dapat aku tahan. terlalu menggugat nafsu aku untuk membeli sahaja. T__T. mahu tak nya, BUY 5 FREE 1 dengan hanya RM70 (tak masuk pos). confirm la laju-laju tanya kakak dan adik, nak ajak share beli. hehehe. so, tunggu lah nak bergaya dengan lens baru pula..:)

Wednesday, November 23, 2011

akhirnya, aku dah ada contact lens baru. yeayyyy. suka suka dan suka lagi. 


seee. ada 5 pasang semuanya. tapi tidak lah aku pakai 5 pasang tu semua. aku punya cuma 2 pasang sahaja. lagi 3 pasang itu, kakak dan adik ku punya. 

aku beli ni daripada coolshoppe lensmurah.sebab waktu tu ada promotion, 
buy 4 + 1 free lens + 5 lens case + free postage = RM75. 
maka kami 3 beradik laju-laju lah pergi beli. ^_^
 ini kira-kira blue. kaler biru dia tak nampak sangat. kalau dekat cahaya baru nampak sikit-sikit. siapa yang tak mau kaler yang obvious, boleh la try yang ni. 

ini pulak, dreamy-i brown. yang ni nampak pelik sikit sebenarnya. huhu. cuma dalam gambar tak nampak sangat.

lens lain yang kitorang beli : bod. one black lens. yang ni sumpah cun!!
and lagi satu, barbiedoll 400 grey. yang ni tak boleh komen sebab empunya lens nya belum pakai lagi. :)

kata hati : terasa nak beli lens lagi la..hiiiii..


Wednesday, November 16, 2011

penawar mata lesu pakai contact lens

pakai contact lens sememangnya boleh buat mata menjadi penat, kering, lesu, tak bermaya dan seangkatan dengannya. lagi-lagi contact lens dipakai oleh seorang gadis yang anggun lagi bergaya tetapi selalu naik motor ke tempat kerja. sekali kena angin, fuhhhhhh. sakitttt tu..

dah la naik motor, sampai pula ke tempat kerja, duduk di bilik beraircond yang sejuk sampai ke tulang. di tambah pula dengan pekerjaan yang memerlukan menghadap komputer sehingga habis waktu pejabat. (sebenarnya online. =p)  oleh itu, mata yang sudah cantik dengan contact lens berwarna-warni dan yang boleh membesarkan mata itu pun mula lesu dan kering dan penat.

jadi..penawarnya.....


ini lah dia penawarnya. baru dibeli di guardian. boleh dititikkan di dalam mata untuk menyegarkan mata.

"for soft contact lenses including disposable lenses"
selalu aku pakai jenama compete. tapi dekat guardian tu tak ada pulak. so, try la pulak yang ini. harapnya, best jugak la..:)

Thursday, April 7, 2011

dapat contact lens cun secara percuma.. ^_^

hari tu aku ada menang satu giveaway...

boleh rujuk SINI



semalam aku dah terima hadiahnya...

nak tengok?



tadaaaaaa...


ni lah dia sepasang lens RM50



warna apa?
meh tengok bawah..


nampak tak?


okay.. jap zoom lagi..


tadaaa...

warna grey... ^_^


sumpah cantik tau.. diameter 16.2mm..
bigger eyes..nampak mataku membesar dan membulat..
shining-shining pulak tu..

nampak mata lebih berseri..

betul tak tipu..
walaupun warna tak nampak sangat, tapi bila berseri-seri tu nampak sangat cantik..

aku dah ada lens colour terang, so kali ni nak la yang colour gelap sikit.. ^_^

banyak lagi tau jenis-jenis lens I FAIRY ni..

nak tau siapa yang baik hati bagi lens free ni?



beliau adalah cik eira shoppe.. ^_^


Saturday, April 2, 2011

menang contact lens dari cik eira shoppe :)


wahh.. macam tak percaya je aku menang giveaway..

nak tengok? klik sini..

dah la hadianya lens.. lagi la aku suka nak melompat-lompat...

sebabnya aku memang suka sangat dengan lens..

dengan pantas, aku pilih lens yang cun ni..

aku suka lens bigger eyes ni.. baru bundar sikit mata..

apa pun, thanks a lot dekat penganjur giveaway ni.. cik eira.. :)



Wednesday, March 23, 2011

cik eira shoppe giveaway :)



jom rakan-rakan.. kita meriahkan giveaway cik eira pulak.. boleh klik gambar mata menawan dekat atas tu kalau nak join.. :)

giveaway ni akan tutup pada 1 april 2011.. ada masa ni, meh kita join..

mana tau ada rezeki dapat hadiah lens.. aku suka bab lens ni.. ^_^

..klik klik..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...