Tuesday, September 9, 2014

mengidam mi siput

Tiba-tiba hari tu terasa teringin sangat nak makan mi siput cicah sambal merah. Perghhh. Terbayang-bayang je sentiasa. Masalahnya pulak, mi siput ni ada dekat johor nun jauh tu.

Mula la tanya bebudak office, kot-kot ada yang nak balik Johor. Boleh la kirim. Tapi sedihh. Time tu juga tak ada yang nak balik Johor. Tak ada yang nak outstation ke Johor. 

Jadi aku pun siap google lagi kot-kot ada yang jual online. Haha. Gigih. Tapi memang malang sebab tak ada pun orang jual online. T__T

Hari Jumaat lepas, lunch hour tu biasalah kan. Rehat lama, maka pergi merayap la jalan-jalan cuci mata. Masuk office semula, tengok ada bungkusan plastik atas meja. Sekali buka...

Tadaaaa...

Mi siput weh!!!! Ya Allah.. Happy sangat.

Ada sorang kawan office jumpa mi siput ni masa dia pergi Halfest last week. Terus dia belikan. Suka sangat rasa. ^___^

Alhamdulillah. Rezeki baby dan ibu dia sekali. Heeee..

17 comments:

norhidana said...

akak pun takde stok kalu ada blh bg kt kamu dik oi, akak kalu blik kg mmg wajib beli sepeket beso.... asal goreng je msti abis... maklum ramai peminat mee siput nih

Asep Haryono said...

Tahniah :)
Excellent name ya. Mie Siput
Sounds like "Sea Food"

Kakzakie Purvit said...

Kakak terharu Anis. Baik kawan Anis tu. Sungguh besar ganjaran buat dia sebab Anis benar-benar berkeinginan.. Syukurlah dah dpt.

::EIDA:: said...

mi siput? makan cenggitu je ke or kene goreng? pertama kali ida tgok mi ni hehehhee~

MizzTina said...

ya Allah dik, nape xbgtau..kt umah akak ada.. akak kn org johor, mmg ada stok kt umah.. blh je pos.. xpun awk dtg je dengkil.. hehehe..

lia said...

Alhmdlh... ada rezeki utk ibu mengandung...

Cho Zila said...

tak pernah rasa.. rasa dia camner... penah dengar katanya di Johor jer der... Johor memang makanann sedap2kan..
ps thanks melawat blog akak..

FadMN said...

ala...dah berapa orang dah asyik update pasal mee siput ni.teringin jugak,tapi nasib baik la tak preggy ,kalau tak jenuh la kan.mmg teringin betul tengok.huhu.

btw, salam kenal.jemput la singgah blog.

FAD

shura shushi said...

Sedap ke mee siput ni..? Rasa macam mana..? Tak pernah rasa tapi teringin nak rasa hihi

Unknown said...

alhamdulillah.. rezeki baby.. hehe..

Anonymous said...

You brought up some rather legitimate tips within your site and I wished to thank yoou for using
the time and effort for supplying this important information. I'm
sure plenty of individuals have profited from studying this.


Feel free to visit my web page :: e-juice

AnneRaini said...

akak org johor..mee siput mkn dgn sambal tumis mmg terbaik..

licha said...

baru tau ini mee siput :) tak pernah tengok n dengar sebelom ni

licha said...

baru tau ini mee siput :) tak pernah tengok n dengar sebelom ni

licha said...

baru tau ini mee siput :) tak pernah tengok n dengar sebelom ni

licha said...

baru tau ini mee siput :) tak pernah tengok n dengar sebelom ni

licha said...

ohh ni rupa mee siput rupanya :) tak pernah makan lagi

..klik klik..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...