Wednesday, October 8, 2014

mengandung jangan malas-malas okeyhhhh!



Hari ni mood ke laut sikit. Baru masuk kerja lah katakan. Dengan malam tadi tak boleh tidur. Menangis sakit perut dengan ari-ari. Langsung tak selesa nak tidur. Hukhuk. 


Sekarang ni sakit di bahagian ari-ari dengan atas perut makin terasa. Duduk lama sakit. Baring pun sakit. Sampai tak tahu dah nak relax macam mana. Baru 32 minggu. huuu..Nak menghadap minggu-minggu seterusnya.


Alhamdulillah, ada rezeki lebih, raya hari tu aku dan suami ada join korban lembu dengan family. Biasalah duduk kampung. Gotong royong memang dah jadi amalan. Dari tua ke muda ke budak. Semua turun padang. Meriah. 4 ekor lembu selamat dikorbankan pagi tu.

sesi melapah lembu.


Sebab keadaan aku yang sakit dan tak daya nak bergerak banyak, maka aku duduk diam-diam dekat kerusi. Sambil minta tolong adik-beradik ambilkan makanan itu dan ini. Heeee. Kuat makan lah katakan. 


Dan ada lah suara sumbang yang mengata aku ni pemalas. Duduk je kerjanya. Bandingkan pula aku dengan seorang lagi yang mengandung yang jalan kehulu kehilir. Panas je hati dengar.


Kadang-kadang orang ni tahu mengata je. Dia tak tahu kehidupan harian kita macam mana. Bukan dia duduk dengan kita. Kita kerja keluar subuh balik maghrib. Naik tangga hari-hari 5 tingkat. Dekat office jalan sana jalan sini. Takkan itu kita nak bagi tahu diorang supaya faham, Ye Dok.?


Jadi kesimpulannya, lantak lah orang nak kata apa. Bukan dia tahu apa yang kita rasa. ^___^

9 comments:

nuyui a.k.a miss YUI said...

mulut org biasalah tu anis..sbr ea.

safurara said...

hehehehe biasa lah tu.mulut org.buat pekak jelahhh~ hhehehe


#BW sambil klikklik IKLAN nuffnang!

Kakzakie said...

Itulah mulut org Anis. Kena sabar dan jgn emotional ada baby tu. Harap baby pun boleh jadi penyabar macam mamanya..

Mila Hilas said...

abaikan je sis..klo nk dgr ckp org je,, kite lah mkn hati hehe

eima said...

mmg panas hati bila tatau ape yg kite tgh rasa kan .. tak pe la .. byk kan bersabar ye ... mungkin pas ni die plak rasa anis rs plak ...
bumi ni sentiasa berputar

Aisya A. said...

mulut org kalau dah boleh selotape stapler agaknya kiri kanan kita jumpa manusia yg mulut di selotape bagai. haha..

sendiri je faham apa yg sendiri rasa.. kan? hiks

El Janna said...

Hehehe.. Org mengandung ni dia sendiri je yg rasa. C
Kesian awak.

Nurzakiah Hanum said...

singgah n follow back
salam perkenalan

ida =) said...

pedulikan apa org kata. kita jaga diri kita

..klik klik..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...