Showing posts with label kenduri. Show all posts
Showing posts with label kenduri. Show all posts

Monday, September 14, 2015

shopping di zalora ; Kurung moden gene martino



Hari tu aku ada dapat voucher ZALORA  RM 40. Hishhh. Rugi kot kalau tak guna. Dah tak pasal-pasal terpaksa shopping. Terpaksa tau buka suka rela. Kikiki.


Dann. Finally baju ni jadi piliha. Yang murah-murah sudahlaaaa. Mahal-mahal buat apa kan. Ni harga asal RM119. So, tolak voucher, jadila RM79 untuk sepasang baju kurung. Berbaloi rasanya. Haruslah warna merah terang tang tang tang jadi pilihan. Ni aku ambil saiz M. Dan nasib aku tak ambik saiz S. Sebab kain jenis stretchable tu. Tapi bukan lycra. Kain sedap. Sejuk je. Memang tak panas buat g kenduri tengah hari buta macam ni.

Aku pilih bayar masa delivery. hari ni order, lusa sampai dah. :)


Terus korek dalam box baju husna, cari baju merah untuk Husna. Nak sedondon katanya. Husna muka masam sebab ngantuk nak tidur. 5 minit dalam kereta, terus lena.


Habis dah cerita baju. Nak share gambar je pulak. Husna dan mak udanya.


Dan gambar mereka lagi. Azee marah aku sebab sibuk nak port gambar belakang ada pokok jagung. Hookeyy apa. Baru la hijau mata memandang kan. Kata kampung.


Selfie anak beranak. Penat nak suruh mak selfie sama. Husna tak ada sebab dan tido.

Habis kenduri, kitorang singgah jeti Bagan Datoh, Perak. Kendurinya kat situ jugak. Saje-saje ambik angin. Jerebu teruk kot. Husna memang excited la dapat jalan-jalan.

 

Husna sibuk dengan uda, Tok dengan Embah dia. Ummi Abah boleh la nak bergambar berdua kan. Bukan selalu. :)

 

Teruk kan jerebu tu. Kat KL jerebu. Kat kampung pun jerebu. Harap cepat la elok jerebu ni. Dah rasa duduk dalam asap je.




Sunday, July 15, 2012

weekend yang penat

salam hujung minggu semua. macam mana weekend anda? seronok? bosan? weekend ni weekend yang sangat penat bagi aku. kenduri rumah nenek aku, 2 hari berturut-turut. dekat kampung aku ni, kenduri masih lagi masak sendiri. so, beramai-ramai lah rewang ye. 


tu pun kejap-kejap aku lari balik rumah. rumah setakat seploh langkah je dah sampai. tapi bukan balik dapat tidur-tiduran pun. bila ramai sedara mara balik, rumah aku sentiasa jadi tumpuan. haruss lah sentiasa ramai. bila sentiasa ramai, bersepah tu biasalah kan. misi mengemas rumah pula di rumah. kejap-kejap kemas, kejap-kejap kemas.


hari ni, bangun tidur, badan sangat sakit. T___T

Saturday, May 12, 2012

tampil berseluar jeans di majlis doa selamat

assalamualaikum semua..:)


siapa tak kerja hari ni? jeles ni dengan orang-orang yang cuti hari ni. sebab aku kena kerja. -___-" nak cuti nak cuti nak cuti. heh. mengada sungguh. haha.


pagi tadi, dapat mesej dari bos. jemput majlis doa selamat dan bacaan yassin sempena pembukaan reban baru dia pukul 10 pagi. perghh..dah nak pergi naik kereta, baru perasan mesej tu. hari ni sabtu, haruslah dah siap-siap pakai blouse dengan jeans sahaja. nak tukar memang tak sempat lah kan. mula gelabah tak pasal-pasal.


laju-laju capai baju kurung yang tak payah nak iron dengan tudung. sumbat je dalam kereta. nanti dekat office je lah baru salin. sampai office, tengok semua pakai seluar je. sebab semua kes tak sempat nak salin baju dah. diorang pakai seluar, haruslah aku ikut diorang sekali kan. maka, akan lah kami ke majlis doa selamat dan bacaan yassin dengan hanya berseluar jeans. tapi mungkin pergi lewat sikit kot. segan nih. -___-"

Saturday, January 28, 2012

jom pergi makan nasi minyak

sekejap lagi nak pergi kenduri kahwin officemate.
nak pergi kenduri kawan ni, haruslah tak datang dengan tangan kosong kan.



sekotak hadiah untuk mereka.
apa isinya?
haruslah barang dapur.
^__^

Thursday, December 29, 2011

kenduri cukur jambul dan akikah

sabtu lepas rumah aku buat kenduri akikah dan cukur jambul anak buah aku hana mustika..
ramai orang tegur, baby dah besar.
sebenarnya baby baru umor 2 bulan setengah.
tapi badannya yang debab nampak macam dia dah 4 bulan. =__=




ini sebahagian daripada berkat (jajan untuk tetamu)

untung ada sepupu cilik-cilik yang rajin macam ni..
3 abdul yang rajin membantu. ^__^



nota anis : gambar tika tak ada la. sebab kitorang buat majlis yang simle. tak ada buai-buai pulak. huhu

..klik klik..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...