Saturday, May 12, 2012

tampil berseluar jeans di majlis doa selamat

assalamualaikum semua..:)


siapa tak kerja hari ni? jeles ni dengan orang-orang yang cuti hari ni. sebab aku kena kerja. -___-" nak cuti nak cuti nak cuti. heh. mengada sungguh. haha.


pagi tadi, dapat mesej dari bos. jemput majlis doa selamat dan bacaan yassin sempena pembukaan reban baru dia pukul 10 pagi. perghh..dah nak pergi naik kereta, baru perasan mesej tu. hari ni sabtu, haruslah dah siap-siap pakai blouse dengan jeans sahaja. nak tukar memang tak sempat lah kan. mula gelabah tak pasal-pasal.


laju-laju capai baju kurung yang tak payah nak iron dengan tudung. sumbat je dalam kereta. nanti dekat office je lah baru salin. sampai office, tengok semua pakai seluar je. sebab semua kes tak sempat nak salin baju dah. diorang pakai seluar, haruslah aku ikut diorang sekali kan. maka, akan lah kami ke majlis doa selamat dan bacaan yassin dengan hanya berseluar jeans. tapi mungkin pergi lewat sikit kot. segan nih. -___-"

6 comments:

Nini D.. said...

xpe..xpe..no konsider darurat.kiki

Myra Jay said...

Ada geng sekaki tak pe redah je..
Lgpun tuan rumah mesti faham :)

Kakzakie said...

Mesti rasa tak selesa bila situasi begini terjadi. Mujur ada geng...

mizzkechique said...

xpe sbb akak pun pernah mcm tu..hehe

eh, akak pun keje hri ni.. :(

Uncle Jonni said...

janji dtg memenuhi jemputan tu...
huhuhu

Nurul Husna Mohd Hassan said...

saya pernah pergi kenduri pakai jeans, tapi kalau mak dapat tau habis la. hihi

..klik klik..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...