salam hujung minggu semua. macam mana weekend anda? seronok? bosan? weekend ni weekend yang sangat penat bagi aku. kenduri rumah nenek aku, 2 hari berturut-turut. dekat kampung aku ni, kenduri masih lagi masak sendiri. so, beramai-ramai lah rewang ye.
tu pun kejap-kejap aku lari balik rumah. rumah setakat seploh langkah je dah sampai. tapi bukan balik dapat tidur-tiduran pun. bila ramai sedara mara balik, rumah aku sentiasa jadi tumpuan. haruss lah sentiasa ramai. bila sentiasa ramai, bersepah tu biasalah kan. misi mengemas rumah pula di rumah. kejap-kejap kemas, kejap-kejap kemas.
hari ni, bangun tidur, badan sangat sakit. T___T
5 comments:
penat tu dik ^^
sabar je la. hehehe...
rehat ye cik anis :D
weekend saya pun penat gila..sampai sakit paha sbb mengecat rmh.. hehe :D
best gak rewang2 ni tp yg xbest tu lah.. kemas umah... ;-)
Post a Comment