Monday, September 14, 2015

shopping di zalora ; Kurung moden gene martino



Hari tu aku ada dapat voucher ZALORA  RM 40. Hishhh. Rugi kot kalau tak guna. Dah tak pasal-pasal terpaksa shopping. Terpaksa tau buka suka rela. Kikiki.


Dann. Finally baju ni jadi piliha. Yang murah-murah sudahlaaaa. Mahal-mahal buat apa kan. Ni harga asal RM119. So, tolak voucher, jadila RM79 untuk sepasang baju kurung. Berbaloi rasanya. Haruslah warna merah terang tang tang tang jadi pilihan. Ni aku ambil saiz M. Dan nasib aku tak ambik saiz S. Sebab kain jenis stretchable tu. Tapi bukan lycra. Kain sedap. Sejuk je. Memang tak panas buat g kenduri tengah hari buta macam ni.

Aku pilih bayar masa delivery. hari ni order, lusa sampai dah. :)


Terus korek dalam box baju husna, cari baju merah untuk Husna. Nak sedondon katanya. Husna muka masam sebab ngantuk nak tidur. 5 minit dalam kereta, terus lena.


Habis dah cerita baju. Nak share gambar je pulak. Husna dan mak udanya.


Dan gambar mereka lagi. Azee marah aku sebab sibuk nak port gambar belakang ada pokok jagung. Hookeyy apa. Baru la hijau mata memandang kan. Kata kampung.


Selfie anak beranak. Penat nak suruh mak selfie sama. Husna tak ada sebab dan tido.

Habis kenduri, kitorang singgah jeti Bagan Datoh, Perak. Kendurinya kat situ jugak. Saje-saje ambik angin. Jerebu teruk kot. Husna memang excited la dapat jalan-jalan.

 

Husna sibuk dengan uda, Tok dengan Embah dia. Ummi Abah boleh la nak bergambar berdua kan. Bukan selalu. :)

 

Teruk kan jerebu tu. Kat KL jerebu. Kat kampung pun jerebu. Harap cepat la elok jerebu ni. Dah rasa duduk dalam asap je.




9 comments:

Nurzakiah Hanum said...

cantik
berbaloi

Qaseh Abadi said...

merahnya mak ngah.. hehe

eima said...

wahhh ok la tu kan ..... comeynye huda dan maknye

Kakzakie said...

Walaupun jerebu kena juga keluar rumah kan Anis
Cuma itulah nasib baik Husna ni jenis antibodi kuat...

HeNRieTTa JoSe said...

cantik bajunye....sedondon anak beranak...bestkan...

Malinda said...

cantik baju kurung merah tu dapat sedondon dengan husna...badan kecik2 cam anis ni memang senang nak cari baju lawa2 pulak tu...cam akak ni tak bape konpiden nak beli baju online ni takut ada je nanti yg tak kene..hehehe

tiga lalat said...

wah untunglah dpt beli baju murah2 gituuu., chantekknyerr ;p

aiman mania said...

untungnya dapat voucher RM40 dr Zalora..kongsi2lah rahsia camana bole dpt voucher tuh..hehehhehehee....
Take care of yourself and your family's health ........jerebu kuat sgt nih..huhuhuhu...bila lah nak blah si jerebu nih ....

P/S:sggh klik klik nuff ...jom sggh blog saya n klik2 lah jugak kalau ada iklan menari2..hooohooohooo...

Siti Yang Menaip said...

kalo CT yang super comel ni xleh la beli baju online..
takot size tak kena..

..klik klik..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...