jumaat lepas, masa nak balik rumah, boleh pulak aku tercicirkan kunci kereta dalam kereta. kereta pulak tak de pakai alarm-alarm ni. kunci manual je. bila nak buka pintu, menggagau cari kunci kereta dalam beg. memang la tak akan jumpa kan, kalau kunci tu elok duduk dalam kereta. -___-"
mula lah sibuk telefon sana telefon sini minta bantuan. tanya orang lalu lalang. kot-kot ada yang boleh tolong kan. tapi tak ada juga. pipie kata, cuba buka guna pembaris. tapi tak boleh juga. mungkin tak pandai kan. pergi lagi jalan-jalan cari bantuan. tengah sibuk nak cari bantuan tu, boleh pulak ada orang lain sibuk nak menjual produk. -__-" kita dah la sibuk, tension. dia nak juga paksa kita dengar dia nak berleter apa. padahal dah bagi tahu siap-siap dah kita ni tengah ada masalah. hmmppphhh!!
last sekali, jumpa kedai aksesori kereta. mintak tolong sorang budak tu buat. memang betul dia guna pembaris je. sekejap je dah boleh terbuka kunci tu. ^__^ so, pengajarannya, untuk orang yang guna kunci manual ni, hati-hati jangan sampai tercicir kunci lagi. -___-"