Monday, July 2, 2012

tak boleh cakap nak beli kereta baru

semalam, sempat berborak dengan abah. aku bagi tahu nak beli kereta. tak ada lah nak beli betul-betul lagi. sengaja nak berangan-angan ada kereta sendiri. kira-kira bayaran muka. kira lagi bayaran bulanan. kira macam, "okeyh..boleh beli ni." haha.


bila aku nak balik rumah dekat pasir panjang ni petang semalam, terus kereta yang aku tengah pakai sekarang ni berbunyik-bunyik lain macam. hishhhh. seram kot bunyi dia. terus tinggal kereta dekat rumah abah, and pinjam kereta abah. maka, 2 minggu ni akan sedikit pokai sebab minyak kereta abah aku ni mahal kot. -__-"  kalau sebelum ni sebulan minyak minimum seratus setengah, agaknya bulan ni berapalah ye. huuu.. tak dapat shopping baju raya.


kesimpulannya, jangan mengada nak berangan beli kereta baru kalau belum betul-betul nak beli. kan dah merajuk kereta tu. nervous tunggu berapa lah harga repair kereta tu. sobs sobs.

14 comments:

IntaNBerliaN said...

hihii betoi2.. kereta mmg camtu kan.. baru berangan dia dah buat hal.. pandai merajuk.. hihii

♥ Wina ♥ said...

dah few times jadi benda mcm nie dengan saya..macam tau² jer kan keta tue hiksss!

:: Mrs.Eady :: said...

merajuk plak dia ek!

Masya said...

samelah.. hubby baru cakap nak beli motor... tup² motor buat hal dah beberapa hari ni.. macam nak sembut² dibawak huhuhuhu....

Lizzie Yasmin said...

Alamak, lain kali kene msg jer. Baru keta tak dengar apa di cakap. Tak der lar merajuknya..

widiea azira said...

betul3. .kreta henpon, laptop smua mcm tu kan. .asal ckp nk tukar baru msti dy mrajuk dulu. .org acah je pn. .hahaha

awk jom la ke blog sy. .vote band sy ..jom laaaaaa

lia said...

betui2... kete ni ala2 ada nyawa kalau kita ngumpat lelebey ckp nk ganti kete baru he3

Yana Libra said...

haha...kan dah merajuk kete tu..~ :p

anisalya said...

pujuk la dia. cakap bkn nak beli sekarang. kan dia dah merajuk.

eLL said...

ala, dia dah merajuk. siannye....

♥ wawawawa ♥ said...

betul2...org salu ckp kereta nie jgn ckp nak beli baru..nti kereta kite pakai skrg nie mula buat hal ~

are_lin@yu said...

kan dah merajuk..hihi

Nurul Husna Mohd Hassan said...

semua barang2 yang kita guna macam tau2 je kalau kita nak beli yang baru. hehe

Che' Li said...

Aslmkm... maaf mencelah... pada saya bukan kenderaan tu yang tahu ttg hasrat atau angan2 kita nak menukar kenderaan baru. Tapi ini adalah "rasa" yang diberikanNya kepada kita secara tidak sedar yg seolah hendak memberitahu bahawa kenderaan yang sedang kita gunakan akan mengalami gangguan/kerosakan...

Apa pun... kalau nak beli kereta Proton baru secara 100% loan (skim graduan) silalah berhubung dengan saya, Che' Li @ 017-6338699

..klik klik..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...