Wednesday, September 29, 2010

saya suka rumah saya

rumah aku merupakan kampung aku. yang ni memang tak best. aku rindu suasana balik kampung jauh-jauh. lagi-lagi bila nak raya. teringat semasa aku duduk di jengka dulu. memang semangat terlebih nak balik kampung. selepas itu pindah ke sungkai. jauh lah sikit balik kampung. pindah pula ke sg tengi. lagi dekat. bila rumah di kampung sudah siap, lagi la dekat. depan mata rumah nenek aku.

tapi aku suka kampung aku atau erti kata lain rumah aku. maksud aku di sini suasana dia. suasana kampung tu sangatlah ada. yang pertama sekali ada sawah padi. kampung aku bukan di kedah ye. cuma di sekinchan sahaja.



seronok bersantai di sawah seperti ini. tenang rasanya. angin pun sangat kuat.


macam ni lah selalu. duduk bertenggek tepi sawah. kadang-kadang aku suka ikut abah pergi menjala ikan. tapi sekarang aku dah pandai memancing. seronok sangat. tapi balik seronok juga. tengok cermin muka hitam legam. haha. lepastu tengah memancing orang lalu mesti pandang-pandang. ye la, tiba-tiba ada seorang budak perempuan duduk memancing sorang-sorang. ayah aku tak memancing. dia cuma menjala. mana boleh duduk dekat-dekat dengan aku.

kalau dulu seronok. senang je nak pergi sawah @ bendang. sebab sawah seberang jalan besar. dulu cuma dua lorong. senang nak melintas. naik basikal pun boleh. tapi aku tak suka bila dia dah buat 4 lorong. kereta laju-laju. banyak pulak tu. sebab tu je satu-satunya jalan utama. aku dah tak berani nak melintas walaupun naik motor. :(



jadi, aku pergilah pula duduk di tepi laut. seperti gambar di atas. oh, ini bukan pantai yang boleh di buat mandi. cuma pantai paya bakau. hanya untuk menghirup udara pantai. maaf. tak ada gambar lain. terpaksa mempromosikan mamat di atas pula. kecik-kecik aku suka pergi tepi laut semata-mata nak kutip kulit kerang. dah kutip, basuh bersih-bersih. lepastu simpan, tak ada motif.

sekian sahaja kisah rumahku, kampungku. tengah rindu rumah sebenarnya ni. =p

note : fifie ku sayang, bila mahu datang rumah?? ^_^

4 comments:

Ogy said...

Salam ziarah dr mama...selamat berblogging... :)

Ckin Kembaq said...

Makin lama,makin suka tengok view kat kampung..indah sgt..hehe

eelobor said...

salam,

sejuk mata memandang tengok bendang sawah, seronok & nyaman

nur anis said...

ogy : thanx mama..selamat berblogging juga..:)

ckin kembaq : memang indah sangat. lagi-lagi bila dah serabut dekat bandar..:)

eelobor : salam.. betul tu..tengok padi yang hijau je..sejuk sangat..

..klik klik..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...