Wednesday, September 21, 2011

sebab sate lah jadi begini


hoit. tangan siapa yang kuning tu. kuku pun kuning. sungguh tak cantik betul. siapa punya tangan baik mengaku. -_-".

sebenarnya, itu lah tangan empunya blog ni ha. kenapa kuning? sebab buat sate. sebab tu jadi kuning begitu. raya tak habis lagi. maka jamuan raya masih ada lagi. oleh itu, tempahan sate masih ada lagi. tapi sikit-sikit je la. bukan banyak pun orang tempahnya. heeee..

teringat dulu masa kecik-kecik, seronok rasa bila tangan kuning macam tu. konon rasa macam cantik je. haha. lepastu bila dah besar sikit, jadi tak suka bila tangan kuning. sanggup pergi sental dengan clorox. haha. memang gila. tapi sekarang ni, tak kisah dah. nanti orang tengok tangan kuning, orang tau kita buat sate. boleh la orang datang tempah. heee..

hari ni proses mencucuk sudah. esok membakar pula. ^__^

2 comments:

Kathy Tuah said...

kalau sy bising dgn tangan kuning mcm tu, mesti mak sy akan ckp.."biar jela mcm tu, skurang2nya org tau awk tu tau masak".. (^_^)

nur anis said...

kathy tuah : huhu..mak mak mesti jawab macam tu..

..klik klik..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...