Tuesday, September 20, 2011

lagi kisah kucing dilanggar mati

semalam boyfriend aku (pipie) baru beritahu aku yang kucing kesayangannya (merah) dah mati. merah mati akibat dilanggar kereta. sangat menyayat hati. ya. memang sangat sedih bila kehilangan orang, binatang mahupun benda yang kita sayangi.

berbalik kisah si merah tadi, merah telah dilanggar dihadapan rumah. melambung dan menggelupur sebelum menghembuskan nafas yang terakhir. meraung ibu pipie yang melihat kejadian yang berlaku betul-betul di hahadapan matanya. yang lebih menyedihkan, adik kecil pipie masih tak dapat menerima kenyataan. menangis dan duduk di kubur merah menyuruh ayahnya menggali semula kubur merah.

diharap, kepada pemandu-pemandu di luar sana, berhati-hatilah semasa memandu. lebih-lebih lagi di kawasan perumahan ataupun perkampungan. sebab kita dah tau di kawasan-kawasan macam tu, mesti ada budak-budak atau kucing-kucing yang akan main depan rumah. aku memang tak sampai hati kalau nampak kucing mati dekat tengah jalan. sedih sangat tengok.

2 comments:

nuyui a.k.a miss YUI said...

hmm..cian dia..

sedih...teringat lak kucing yg ada mati kat depan umh..cian dia..

nur anis said...

nuyui : kesian kan tengok kucing-kucing mati ni..

..klik klik..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...