Saturday, November 12, 2011

3 maut nahas kereta rempuh pejalan kaki

YAN 12 Nov. – Tiga maut manakala dua lagi cedera parah apabila sebuah kereta yang dinaiki empat orang terbabas lalu merempuh seorang pejalan kaki dalam kejadian di Batu 13, di Jalan Sungai Petani-Alor Setar dekat Bukit Besar di sini awal pagi ini.
Jurucakap polis berkata, dalam kejadian kira-kira 2.45 pagi itu, pemandu dan seorang penumpang kereta serta pejalan kaki itu maut di tempat kejadian.
Katanya, identiti kesemua mangsa yang terlibat dalam kemalangan itu masih belum dikenal pasti.
Mayat mangsa dibawa ke Hospital Yan, manakala mangsa yang cedera dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini.
Jurucakap itu berkata, punca kemalangan sedang disiasat.

sumber - utusan


kata hati : seram bila tengok berita-berita tentang accident ni..

3 comments:

Unknown said...

kesian kalau dengar cerita pasal excident2 ni. lagi2 kalau musim2 raya kn.

nur anis said...

eyfaalias : tu lah..memang seram sangat..

bobiedanbad said...

kesian :(

..klik klik..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...