salam jumaat semua... ^__^
kali ni aku nak review simply siti bejeweled powder foundation.
seee. blink blink gituu kan. sebelum ni aku pakai compact powder 2 way cake tu je. memang syokkk sangat. after 10 months, baru bedak tu habis. lama betul bedak tu bertahan. bila pergi watsons hari tu, compact powder 2 way cake tu tengah tak ada sale. so, harga dia dalam RM60 macam tu la. and, aku nampak bedak kat atas tu tengah ada sale. harga dalam RM48++ . kalau tak harga dia RM60++ jugak lah. so, aku pun beli lah yang murah sedikit kan. jimattt. yang penting, simply siti. haha.. ^__^
ni dalam dia. aku ambik kaler medium. dia ada dua kaler je. light and medium. and haruslah ambik medium kan. bukannya aku putih pun. kang ada yang jadi tepung gomak. haha. tapi sebenarnya, kaler medium pun agak cerah jugak. tak ada lah gelap pun kaler dia.
kalau nak dibandingkan dengan compact powder 2 way cake, saiz bejeweled powder foundation ni agak kecik sikit. sikit je lah. lagipun dia tak ada penutup dekat bahagian bedak tu. and bagi aku, aku suka lagi pakai compact powder 2 way cake. sebab lebih gebusss gebuss gitu. yang bejeweled ni pun gebus, lembut jugak. tapi mungkin dah pernah pakai yang lagi gebusss kan.
and aku rasa, bejeweled powder foundation ni tahan lama juga. sebab dah berkali-kali tenyah dekat muka, logo simplysiti dekat atas bedak tu still belum hilang. mungkin the next 10 months baru habis jugak kot. huhu.
p/s : aku bukanlah peminat siti. seriously, dulu-dulu, aku tak minat pun dia. biasa-biasa je. tapi sejak dia ada produk ni, aku suka pulak. haha. dan memang aku suka produk-produk dia. ^__^
31 comments:
wah..mcm best jer..akak sabarkan diri dulu dh masuk keje baru beli ..masih menunggu surat posting
xpernh try..mcm tak mampu nak beli mahal2..hihi..pakai pixy aje..
tak pernah try kosmetik siti ni lagi..akak masih setia dgn maybeline punye bedak. terbaik..hehe
mcm kena beli je ni..
eh . .nak try la produk simply siti pulak hehehe
akak x pandai sgt bab mekap² nie..selama nie pakai compact silky girl je tp bile baca revies anis pasal compact 2-way tu, rasa nak try pulak produk siti ni :)
masa akak kawin, SIL hadiahkan satu set produk SS ni, ada cleanser, toner, foundation, dan set mekap. akak cuma guna toner, set mekap sekali je guna time mekap majlis belah suami. sampai sekarang ada je elok set tu tak guna pun, hehe
xpnh cba lg tp klu ok why not cba kan..hehe
teringin nk pakai gakj...tp terlampau mahal arr bagi zie. parkinson tgk rega...hehe. zie pakai silky girl je. murah
;D
dia punyer foundation dlm tiup tu lagi best dik...try la :)
tak pernah pun pakai apa2 dari simply siti ni. huhuhu
tak pernah try produk simplysiti lg....
x pernah pakai lg produk siti ni..tp cantik..;)
casing pun dah cantik...produk siti ni ok ke anis???
bestnya kalau boleh cuba2 produk... akak ni kulit sensitif.. mmg tak boleh nak cuba2 produk... sekarang ni muka tgh naik jerawat teruk... huhuhu sedey!
ok jugak kan...
tapi tak penah beli lg la...sbb cam agak mahal sket, tp tak tau lah kot pas ni teringin nak beli hihi...
wahhh...simply siti gitu...xpnh guna..pkai silky girl saje skrg.huhu~
jimat nye kalau boleh pakai sampai 10 bulan. wahhhh
cantik bekas bedak tu.lama gak bertahan yea.sampai 10 bln
wah! mcm menarik je produk2 siti nie..sy xpernah cuba pown
not bad gak harga dia kan :)
akak pun suka guna produk ss tapi sebab harga dia agak mahal la jugak, akak guna baby johnson je le,.. belas2 je harganya
kalau serasi teruskanlah... sebab ada sesetengah orang dia tak serasi dengan sebarang jenama kan...
hmmm sayang q laki2 mba,,jadi nda suka mba,,
hehehehehehehe
mencari nur anis di malam sabtu
hi.. singgah follow sini :)
Nak cantikkah kalau pakai itu ?? :)
Salam ARTIKEL MOTIVASI CINTA
nanti boleh jadi segebusss dato ct kan ;)
ni prouct baru dato kan anis
rasanya kt sini ada komen
cantik plak bekas dia siap blink2 lagi.. :-)
rajin anis review produk :)
Post a Comment