Showing posts with label cuti. Show all posts
Showing posts with label cuti. Show all posts

Monday, June 4, 2012

keletihan sungguh ni

isnin oh isnin. 
setelah bercuti 3 hari, hari ni mula kerja semula. 
dengan mengantuk, dengan penat. dengan sakit badan. 
wahh..menguji kesabaran sungguh ni.


kenapa boleh penat sangat begini bagai?
sebab cuti 3  hari tu aku dah pergi jalan-jalan melaka.
^__^


sekarang tengah nak setel kan kerja..
nanti ye story-story kisah cuti-cuti melaka.
^___^

Tuesday, May 8, 2012

tarikh pilihanraya umum 2012

assalamualaikum semua..:)


nampaknya pilihanraya tahun ni, boleh lah melibatkan diri. dah layak mengundi lah katakan. dah siap-siap daftar dah hari tu. padahal umur 23 baru nak sibuk mendaftar. hikhik.


tapi, bila tarikh pilihan raya ni ye? ada ura-ura bulan 6. ada ura-ura jugak katanya cuti sekolah bulan 6 tu. ni baru tadi search katanya awal bulan 7 pulak. -__-"


kenapa aku sibuk sangat nih? macam semangat sangat je nak mengundi. hakhak. tidakkk sama sekali. sebabnya, kitorang satu family nak bercuti ke melaka cuti sekolah bulan 6 tu. haruslah nak book apartment siap-siap kan. cuti sekolah ni mesti ramai yang nak pergi bercuti. nanti kalau book siap-siap, tiba-tiba kena dengan tarikh pilihanraya. camne? camne?

Saturday, April 28, 2012

semalam mc, tapi tak tak melekat kat rumah

assalamualaikum semua..:)


bulan nih je, dah dua kali ambil mc. semalam mc gara-gara mata sebelah tetiba je merah menyala. semalaman macam tu. dengan berairnya. dengan tahi matanya. tapi yang peliknya, lepas je dapat mc, elok pulak mata tu kan. -__-" memang sengaja nak suruh aku cuti. ^__^


maka dari petang sampai malam haruslah berjalan sakan. lagi-lagi jakel tengah ada sale nih. laju je terjah. kata dah gila kain pasang sekarang nih kan. tapi gila-gila pun, setakat beli 2 pasang je lah kan. sepasang untuk emak, sepasang lagi untuk diri sendiri. disebabkan sekarang dah fall in love dengan warna biru, haruslah beli kain pasang kebiru biruan. ^__^


petang semalam sempat ke manjung untuk sedikit urusan. dah alang-alang ke manjung, haruslah terus ke lumut kan. tapi satu pun tak ada gambar. sebab cuaca mak datuk panas ya amat. bila cuaca panas, otak jadi blur. badan jadi penat. maka, hanya shopping jajan-jajan seafood jer.

Thursday, March 15, 2012

tak dapat nak bercuti sepenuhnya esok

dari awal lagi dah plan nak cuti esok.
sengaja nak berehat-rehat di rumah.
sambil melayan anak buah, hana mustika.
hari sabtu nanti hana mustika dah nak balik port dickson.
tu yang nak ambil cuti sebab nak main puas-puas dengan budak gemok tu.


tapi...
esok pagi kena pergi lawat tapak.
habis punah harapan.
tapi untuk tak kecewakan diri, 
mintak cuti setengah hari je.
lepas je habis lawat tapak esok, 
harus terus cabut balik rumah.
^__^


p/s : orang lain cuti untuk balik kampung.
tapi aku cuti bila adik beradik balik kampung.

..klik klik..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...