Showing posts with label kek. Show all posts
Showing posts with label kek. Show all posts

Thursday, September 17, 2015

Kek milo 3 minit ; simple, mudah dan sedap


Ini lah rupa kek milo microwave 3 minit aku yang tengah famous sekarang ni. Huduh? Alaaaa.. Janji sedap. Kikiki. 

Memandangkan rumah aku tak ada microwave, aku buat projek ni dekat office. Waktu lunch hour tau. Hari Jumaat. Rehat kan lama.. Hehe. Buat ramai-ramai dengan kawan office. 

Resepi?

Simple je. 

4 sudu makan milo
4 sudu makan gula
4 sudu makan susu cair
4 sudu makan minyak
4 sudu makan tepung gandum
sebiji telur
sedikit soda bikarbonat

gaul je semua dalam satu bekas. Masuk dalam cawan, masak 3 minit dalam microwave. SIAP!!!

Satu adunan tu dapat la 3-4 cawan. Mula-mula aku bubuh 3/4 cawan. Hambekkk ko.. melimpah ruah habis. 
Aku buat 3 adunan. Semua main campak-campak je. First adunan, jadi lembab dan cair-cair sikit. Mungkin kurang tepung. 2nd adunan, agak kering. 3rd adunan, gambar atas tu. Balance lembab and kering.

Tapi aku suka lagi first adunan. Dia ada cair-cair, leleh sikit. So, sape nak cair-cair sikit, kurangkan sikit tepung. 

Aku jumpa kat facebook, banyak jenis kek dah diorang bagi resepi. Hishhh. Kena try ni. 


Tuesday, June 26, 2012

kursus membuat kek

sekarang ni terasa teringin sangat nak belajar buat kek. mesti seronok kan kalau dapat buat kek sendiri. hias kek cantik-cantik. dapat belajar buat kek yang basic dulu pun jadi lah kan. belajar perlahan-perlahan. ^__^


terasa macam nak cari je tempat belajar buat kek ni. azee pun tengah menganggur dekat rumah. boleh ajak dia sekali buat kawan. dapat angkut mak ikut join sekali pun mesti best jugak ni. 



p/s : sekarang ni mood berblog agak tiada. masih belum lagi balas kunjungan yang datang ke blog ni. sebab tu komen-komen belum dipublish..bila dah balas kunjungan nanti, baru publish semua komen tu ye..:)

Wednesday, June 20, 2012

Friday, January 27, 2012

singgah sebentar di kedai kek

sekarang ni aku dah jadi pelanggan tetap kedai kek happy angel sungai besar.
serious, nak pergi buat member card lah.
pekerja kedai tu dah boleh kenal dah muka ni.
^__^


kali ni, pilihan untuk lunch adalah :



 ini blueberry cheese tart pilihan.
sedap sesangat.
harga pun murah. 
seketul RM 1.80
beli 3 RM 5.00

 cheese dia memang banyak.
memang hari-hari rasa nak beli.
serious tak tipu.

ini kek coklat apa ntah nama dia.
tapi pun sedap.
satu slice RM 4.00
kalau member, buy 1 free 1.
nak g jadi member cepat-cepat lah cam ni.

..klik klik..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...