Wednesday, April 20, 2011

pudu berwajah baru

pudu dah bukak. sempat jugak aku rasmikan sabtu hari tu. haha. rasmikan naik bas dari situ. macam jauh je nak balik. padahal tanjung malim je pun. nak masuk pun teragak-agak. tanya pegawai yang jaga tepi tu, "kak, boleh naik bas dari sini dah ke?"

dah masuk dalam tu lagi la terpinga-pinga. wehh..mana nak beli tiket ni.. suka hati kaki aku je jalan ntah ke mana-mana. rupanya kaunter tiket dah dekat tingkat atas.


pergi lah naik escalator yang belum berfungsi ni.. -__-"


punya lah aku melilau dekat kaunter ni. dah la tulisan kecik-kecik. tak nampak dari jauh. nak pergi dekat, segan lah pulak. ada ke bas tanjung malim ni. tak ada kang malu je. haha.

aleh-aleh ada makcik tiket tu panggil aku. nampak sangat kot muka terpinga-pinga aku ni.


dah banyak kerusi dekat kaunter tiket. lapang sikit. tengok budak boleh berlari-lari. tapi yela, hari tu bukan ramai orang pun. cuba tengok nak raya nanti.


dah, turun pergi platform 5. nak naik bas.

dah beli, cepat-cepat pergi platform 5. ye la, bas nak gerak 10 minit je lagi. tak nak aku tertinggal bas lagi. tu ha tempat nak turun pergi dekat bas. kerusi pun dah banyak sikit.


apa-apa pun, semoga kebersihan pudu tu sentiasa terjaga. biarlah bersih and cantik macam tu. tak la serabut duduk tunggu bas lama-lama.




4 comments:

nusha said...

xmerasa la ke sane..xder sbb..heheheh..

nur anis said...

nusha : saya pun mungkin itu yang last..huhu

ardinihumaira said...

wahh canggihnya!

nur anis said...

dni : tu la..cantik..:)

..klik klik..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...