Friday, October 5, 2012

idea hadiah untuk kana-kanak setahun

hoyehhhhhh. dah jumaat. suka sangat. oh ye, esok kitorang nak sambut birthday hana mustika yang pertama. tapiiii. aku masih blurr nak bagi hadiah apa. habis satu sungai besar aku dah pusing. habis semua kedai aku dah masuk. tapi tetap blurrrrr. -____-"


agaknya nak bagi hadiah apa ye yang best. nak bagi baju, aku dah ulang alik belikan dia baju. nak beli mainan, aku tak tahu mainan apa yang sesuai untuk budak setahun. itulah cucu sulung. banyak benda dah dibelikan. sampai dah tak tahu nak bagi apa dah. hahaha.


ada tak idea yang best? akak-akak yang dah ada anak tu, boleh la suggest kan benda yang best. kalau boleh, benda yang boleh merangsang minda dia. ^___^  oh ye. tika ni dah pandai jalan tau. ^__^


p/s : hari ni genap setahun dah konvo. kejap je masa berlalu.

27 comments:

ayut said...

kanak-kanak setahun ea...belikan alat mainan bunyi2 kot..dak setaun ni mmg gian men je gaya yer :)

nuyui a.k.a miss YUI said...

mainan yg uji minda.. mcm warna warni tu..ala..apa namanya tak tau.

MizzTina said...

akak pun ngah fkr nk beli apa utk anak angkat akak ni..umur setahun gak..

Masya said...

kalau akak ade 2 jer pilihan

1. Laptop/ipad mainan
2. Rumah mainan yg dia blh masuk dalam tu.. mesti dia suke..... main keluar masuk..

♥ Vna ♥ said...

hurmmmm kalau baju, mainan tak nak..belikan dia educational toys ke..byk jual kat Jusco

atau beli teddy bear besar & comel ke? mesti dia suke!

cikeyrah said...

keyrah belum kahwin la kak, jadi tak tau hadiah ape yang sesuai untuk budak kecik hehehhe bagilah hadiah mainan yang boleh rangsang minda dia.

Cikgu Ma said...

bg hadiah beskal..hehe

Unknown said...

biasa baju la yg akak suke bg, mainan pon okey jgak..xpon bg angpow..hehe

Izwa Kamaruddin said...

buku abc yg kails air tu..

Cik Rose said...

haaa dia dah pandai jalan kan... belikan dia kasut yang super duper cute :)

Kakzakie Purvit said...

Kalau kakak memang beli bear ajelah selain baju.

miss yatie said...

susah jugak ni, KY sendiri pun, kadang2 tanya org, tapi rasanya mainanlah..apa2 mainan lah, asalkan yg selamat

are_lin@yu said...

bagi baju ka,kasut ka..hihi

sal ya said...

tak belikan present masa birthday anak2. beli hari2 biasa je.

.::: Princess MOMOY :::. said...

urm...bawa dia pergi legoland =)

off topic~
lebih murah produk kolagen
sis ni jual murah

seller lain jual mahal 100 gm RM 40
RM 50 bagi 3 paket (100 gm sepeket)
tapi kod rahsia . kod rahsia jangan lupa jika nak murah. hehe

jika x proses , tahan sampai setahun
kalau dah masak , simpan dalam peti ais. tahan sebulan.

emarieys said...

teady bear okey kot

Nurul Husna Mohd Hassan said...

belikan mainan ABC yang leh cabut2 tu anis. nanti suruh tika padankan huruf2 tu :)

Lyaa Suriany said...

belik buku untuk color color ke
blh ajr die psl color

norhidana said...

hehhehe akak pun tak hade idea sgt, bg menan mcm kete menan yg beso tuh, yg pakai bateri tu dik, menan besar yg mcm playground tu dik heheh...
tak pun ko belikan je tablet yg biasa2 utk dia main...

atau belikan menan berunsurkan pelajaran, belikan kasut ke... hehehe takde idea gk nih...

syafiqa said...

bakal konvo ^^

adyna AB said...

AKAK RASA BAGI BUKU cerita or set pesel warna ;)

Deq's Qienz said...

Bajet brapa sis?? Kasi ipad la...leh jana minda what.hikhik..

Maaf dh agk lm xterjah sini.

Tie HT said...

beli meja abc tu, tak pun tempat pijak yg ada alphabet tu..eh akkpon tk reti gak ni sbb tak ada anak..huk huk sedey...

pinky said...

beli teady bear pun okayh...=)

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

ala xdan nk cadang anis dh beli hehe...tu la lambat terjah sini kan hahaha

IntaNBerliaN said...

xsempat nak suggest sbb anis dah beli.. hihii

Unknown said...

Tak perlulah susah sangat, saja pergi ke Little Kids, selesai.....

..klik klik..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...