Wednesday, February 29, 2012

memet dah mula nampak perubahan positif

siapa ingat cerita tentang memet tak sihat semalam?
kalau tak ingat, boleh ingat-ingat balik dekat sini.


disebabkan diri ni agak sibuk dan tak mampu nak ambil cuti.
maka tak dapat bawa memet ke pejabat veterinar.
dah la pejabat tu bukak pagi je.


inisiatif lain, gigihkan diri pergi ke farmasi semalam.
walaupun guruh dah berdentum-dentum nak hujan.
tetap gigih jugak pergi farmasi.


bila cerita dekat ahli farmasi tu,
dia sarankan ambil ubat demam dan antibiotik.
tapi aku cakap nak ubat demam dengan ubat cacing je.


selepas 2 kali bagi makan ubat.
pagi ni nampak sedikit perubahan.
memet mula nak berjalan-jalan.
cuba nak main.
tapi masih belum larat sepenuhnya.


harap-harap memet akan terus sihat.
dan cergas macam dulu.

dan boleh main panjat-panjat macam dulu lagi.

12 comments:

aanie said...

bagusla memet dah ok....:)

anakcikbob said...

nak beli kat farmasi mana? farmasi biasa ke? kucing kat kampung tu salu gak sakit sikit. 2-3 hai lepas tu elok la. tapi nak tunggu 2-3 hari tu risau kan.

nuyui a.k.a miss YUI said...

haa..alhmdulillah.moga sihat spnhnya ea..

ery D cat said...

alhamdulillah...xnak makanpun kn paksa tau..nk sihat kan..

nur anis said...

aanie : tu la..tapi belum sihat sepenuhnya lagi..still lemah jugak..

nur anis said...

anakcikbob : beli dekat farmasi biasa je..cakap nak ubat demam untuk kucing..huhu..tak pun cakap je apa masalah kucing tu..nanti dorang suggest ubat..

nur anis said...

nuyui : harap sangat macam tu..:)

nur anis said...

ery d cat : memang kena paksa..kesian jugak tengok kena makan ubat ni..hehe..ubat pil senang sikit..

Yana Libra said...

farmasi ada jual ubat kucing eh?

AdiaLuze said...

Assalammualaikum...

Alalaaa ... comeynyeeee ... Sukaaaa .. Teringat kucing adik akak kat kg .. Huhuhuu

nur anis said...

yana libra : saya selalu beli ada je..huhu

nur anis said...

adialuze : waalaikumussalam..hihi..seronok ada kucing ni..:)

..klik klik..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...