Friday, March 23, 2012

kenapa sanggup lari ikut kekasih?

sekarang ni makin banyak kes pelajar perempuan lari ikut kekasih.
sampai orang naik bosan nak baca berita macam ni.


tapi salah siapa semua ni jadi?


budak-budak yang terlibat ni banyak budak sekolah.
masih muda sangat.
tengok orang lain bercinta, 
nak bercinta juga.


tapi kalau nak bercinta pun, berhati-hatilah memilih pasangan.
adakah pasangan itu betul ingin menjaga kita.
ataupun pasangan itu hanya ingin mengambil kesempatan semata-mata.


mungkin alasan mereka, tension dekat rumah.
asyik kena marah je dengan mak ayah.
kena buat itu kena buat ini.
nak buat apa-apa pun, kena halang mak ayah.
 kadang-kadang mereka ingatkan mak ayah tak sayangkan mereka.


mula bercerita dengan teman lelaki yang kononnya penyayang sangat.
 dik, kalau lelaki tu baik, dia takkan suruh adik lari rumah tau.
kalau lelaki tu baik, dia akan suruh kita hormat orang tua.
kalau lelaki tu baik, dia tak kan bersekongkol nak tolong kita lari dari rumah.
kalau lelaki itu baik, dia akan sentiasa bagi kita nasihat yang ibu bapa adalah segalanya.


mak ayah mana yang tak sayangkan anak.
macam kes siti nur fatiha tu, 
mak dia dah pun maafkan dia.
walaupun mak dia malu besar.
tapi tetap memaafkan anak.


jadi, untuk peringatan sendiri dan semua,
berhati-hati dalam sesuatu perkara.
berfikir dahulu sebelum berbuat sesuatu.

13 comments:

nuyui a.k.a miss YUI said...

ikut sedap hati aje tak pikir..

mcm hal skg ni..

Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine said...

bile nafsu menguasai akal, jadi cm ni la kn.. :(

::CIK LYNN:: said...

2 la...cian kt mak ayah dia...beria nngis2 rsau psal dia...huhu

merahitujambu said...

ikut hati mati..bila dh jadi bukan2 baru nk nyesal

Syazni SimplyStyle said...

budak-budak tak fikir panjang..nanti dah dewasa menyesal tak sudah..mula-mula dengar berita ni memang sedih, kenapa la nak lari ikut teman lelaki :( lelaki tu bila-bila masa je boleh amik tinggalkan dia, family yang tetap akan bersama

Nurul Husna Mohd Hassan said...

cian mak ayh. anak-anak tak pk pnjg, cbuk kejar keseronokan. semoga si anak sedar n menyesal dgn apa yg die dah buat.

Tihara said...

susah budak2 pempuan skrg..terlalu naif, dengar je ckp org lain takmo dengar cakap parents..nauzubillah

Cik Rose Cute said...

betul tue...buat malu ibu dan bapak jer huhuhu

Azee Hana said...

http://azievanilla91.blogspot.com/2012/03/1st-giveaway-by-amna.html

Uncle Jonni said...

mungkin terpengaruh citer titanic...

you jump.. i jump...


kehkehkehkeh...

AMNA said...

http://akubencihacker.blogspot.com/2012/03/1st-giveaway-by-amna.html

waniey_puff said...

hit u dear..nice blog! hit me back ok=)

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

tu lah, menyedihkan kalau seorang gadis remaja bertindak melampaui batas macamtu:(

..klik klik..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...