assalamualaikum semua..:)
tengah godek-godek gambar dalam folder, jumpa pula satu gambar nih. rasanya gambar ni dah lama sangat-sangat. krismas tahun lepas. hakhak. kalau makanan, entah tahap apa entah kulat yang tumbuh kan. lama sangat peram nya.
insan dalam gambar tu lah bapaku yang tersayang. semangat sungguh tebar jala. ini lah akviti kitorang kalau bosan-bosan tak tahu nak buat apa. menjala, memancing dekat bendang (sawah padi.). untung-untung dapat jugak ikan puyu ke, ikan sepat ke, ikan keli ke, ikan haruan ke. sedap tu..
pernah jugak aku mintak diajarkan cara-cara menebar jala ni. tapi hmmphhhh!! tak pernah dibagi peluang untuk belajar. memandang rendah pada kewibawaan aku. padahal memang takkan aku boleh menebar jala tu. payah kott.
jadi, hanya memancing sahajalah yang boleh aku buat. gambar atas ni cilok adik bujang aku punya. tapi joran tu dia cilok aku punya. haha. tak nak kalah jugak kan. tapi dah memang aku bukan kaki pancing. haruslah ikan dapat beberapa ketul sahaja. -__-"
21 comments:
xpernh wat aktviti cmni..hihi.
suka tengok kawasan sawah :)
adakah tempat ini dinamakan Sg. Besar ? sebab macam pernah lihat..
pakcik boleh geng dgn somi saya..dia suka menjala!
Seronok kalau kampung ada sawah kan...
bestnyer dik... lg2 gambar yg ada sawah pd tuh... akak tingin tul lah jln2 kt swh pd tu... tak penah rasa tau... al maklum kg akak takde swh pd lg...
msti bestkan... rasa aman je...
@nuyui a.k.a miss YUI
apa lagi..cuba lah buat yui..hehe
@Nurul Husna Mohd Hassan
cantikk kan..:)
@Muhamad Syafiq
ye..anda betul!!
@Nini D..
geng geng..huhu
@Kakzakie
dulu sebelum duduk kampung, rasa excited tiap kali balik kampung..bila dah duduk kampung, rasa takde perasaan dah tengok sawah..hehe
@norhidana
yang best bila padi menghijau..cantik je..:)
eh, ni kat kampung aku ni...huwaaa!! rindu kampung...
p/s: aku tak minat memancing, sbb kurang sabar...haha..pas tu x boleh bising2..huhu...nyammmpah..
Assalammualaikum ..
Waaahhh .. Seronoknya aktiviti masa lapang korang sefamili .. Sangat2 bermanfaat .. Sesambil santai, dapat gak hasilnya ...
Anis, dapat sikit ikan takpe, janji ada daripada takde langsung kaannn .. Huhuhu
P/S : Baru sempat nak berBW kejap2 .. ^^
xpernah pgg ikan hidup ...hehe
mmg best kalau blh belajar menjala ni. blh tmbh skill baru.
seronok duduk di kampung..anak-anak sekarang tak tahu pun apa itu menjala
wahh bestnyaa..teringin jugak nk buat aktiviti mcm ni tpi abah tak pandai menjala@pancing ikan..hehehe
kampung kat mana ni sis..cantik laa ada sawah..memancing dan makan ikan kat sawah ni memang sedap..tambah2 puyu n sepat..saya suka sangat kalau goreng garing2..
salam anis, cantiklah gmba 1st tuh i like!
akk pon suka aktiviti kg neh tp suka tgok je la
teringin jugak nak buat aktiviti2 camni.. hehe
Post a Comment