Wednesday, July 11, 2012

kedai yang boleh buat aku menggila

tajuk nak gempak je kan. haha. tapi seriously, ada dua kedai yang buat aku menggila duduk dalam tu. yang rasa tak nak keluar-keluar. pusing-pusing dalam kedai tu, sambil belek segala jenis barang. sambil fikir, barang apa yang nak disebat bawak balik.


kedai pertama, kedai menjahit. lagi-lagi nak raya ni kan. harus lah ulang-ulang masuk kedai alata menjahit ni. ahad hari tu dah aku shopping berbekas-bekas manik. lunch hour tadi dah habiskan masa mencari manik lagi. bila dah cari, kompem lah beli kan.


dah gigih pujuk rayu mak supaya jahit baju kurung aku dulu. dan hasilnya, pujukan berjaya. yeay..semua baju raya aku dah siap. tinggal turn aku nak bubuh butang, kancing dan yang paling penting, manik.


kedai kedua pulak, kedai alat tulis. walaupun dah lama tinggalkan alam persekolahan, tetap teruja masuk kedai alat tulis. macam-macam boleh beli tau. lagi-lagi barang untuk buat kad. memang excited habis lah.


so, korang pula, kedai apa yang boleh buat korang menggila?

23 comments:

Ardini Humaira said...

sama la dni pun suka benau masuk kedai stationery haha

MizzTina said...

akak suke kedai cenderahati..

lia said...

suker masuk kedai kek.... ha3 dasar suka makan kan..

norhidana said...

akak ni banyak kedai yg bt akak pusing2 tak kuar... kedai kain, kedai buku, kedai manik of course lah... kalu akak, waktu rehat tu tak ckup duk kt kedai kene duk lama lg heheheh

Masya said...

kedai beli brg buat kuih, macam kek, atau coklat.. klu dah masuk.. memang tak sedar rupenya dah satu jam dalam tu dok membelek².. tp bakul masih kosong hihihihihihi... ;p

nuyui a.k.a miss YUI said...

mmg leh gila..hihi.

laskar pelangi said...

rasa menggila bila tengok kedai buku. novel tu best, novel ni best.adessss pitam kejab tengok novel mana yg berkenan.hihi lepas tu, kedai baju2 la yang paling besttt.semua baju nak. part kedai aksesori pun camtu gak. haishhhh =,=

:::aZiE::: said...

oohh...sy suker kedai perabot yg ader jual katil king size..

sy tumpg tdo..hahahaha

AnneRaini said...

Akak memang menggila kalau pergi kedai barang anak2. Suka dok lama2 smpi hasben boring

ros_reeza said...

suka jugak masuk kedai alat tulis.. suka beli colour pencil walaupun bukan nak guna pun sebenarnya.. heheheh

saffiya_aleesya @ echa said...

kedai yang buat saya menggila rasa xmo kuar2 ialah gift shop..tengok tu comeiii tgk ni comeiii hisshhh kira pendek kata semuanya comeiii2 geram tau

Hartina Arssid said...

Samalah dengan akak pon pantang nampak lagi2 kedai kain alahai rambang mata d buatnya... :-). Anyway hari sabtu nih free tak jom joint event akak Ramadhan preview di Brisik restaurant Jaya One, PJ jam 10 pagi. Kalau berminat confirm hari ini before 8 pm yer ke email akak hartinaarssyid@yahoo.com.my. datang jangan tak datang :-)

Cheers,
www.mylittlewing12.com

siti kektus said...

sekarang, nampak je buah-buahan gila nak membeli. hakhak

kunun nak diet. :D

Nini D.. said...

apa kata awak bukak jugak 1 kedai jait..mesti best!

Bunga Bunga Cinta said...

hihihi.... tp kalau ain plak mmg tak der lah... :)

Aida Azryn said...

aida suka pi kedai popular.(kedai buku) hehe. :)

si kiut lavender said...

err..saya hanya suka kedai baju..hihi

Wanieys said...

wah anis baju raya tahun ni bermanik-manik la yer hihihi

pinky said...

hehhee...kedai yang blh buat akak tak nak kuar2 kedai baju nga kedai kasut....hehehhe...kedai handbag jgk...=P

are_lin@yu said...

mana baju raya tu..hehe..beznya baju raya dah siap ;-)

mustika hati said...

klw k.ain,,satu..kedai buku..mph atau popular...bley gile..beli jer..baceny x pon...x smpat..kedai kedua,,arked man(kedai baju n tdung kt sg,besar...)

mustika hati said...

klw k.ain,,satu..kedai buku..mph atau popular...bley gile..beli jer..baceny x pon...x smpat..kedai kedua,,arked man(kedai baju n tdung kt sg,besar...)

IntaNBerliaN said...

mmg terserlah yg anis ni pandai jhit.. tu yg kedai tu jd fav tu.. hhiihi

..klik klik..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...