Thursday, August 30, 2012

lagi cerita tentang baraan raya

lepas buat entry tentang baraan sekampung tadi, ramai juga yang tak tahu tentang baraan ni ye. heee..meh sini nak bercerita lagi.


rumah aku ni dekat kampung pasir panjang, sekinchan selangor. kampung jawa lah katakan. ^__^  dari cerita abah, baraan ni memang dari dolu-dolu lagi. dari aku kecik-kecik pun ada dah. tapi jarang sangat dapat ikut. bila dah besar ni, dah duduk rumah sendiri, memang wajib kena ikut. nanti tak ada pulak wakil baraan perempuan dari rumah kitorang.


sekeping gambar sebelum mulakan baraan. ^__^

tujuan baraan ni cuma untuk datang beraya rumah orang kampung. rasanya, kalau tak ada baraan ni, tak terlarat nak beraya sekampung kan. mesti pergi rumah orang-orang terdekat je. 

dalam baraan ni, akan ada 3 kumpulan.  

kumpulan pertama, mualim depan. : kumpulan ni dalam 10 orang. mereka ni akan gerak dulu dari rumah ke rumah. tugas mereka adalah untuk menyusun cawan, menghidang apa pun hidangan yang tuan rumah masak.

kumpulan kedua, warga baraan : kumpulan ni la yang paling ramai. siapa je yang ikut, masuk dalam kumpulan ni termasuk aku. hihi. kumpulan ni, tukang makan je. haha. masuk rumah, selit selit cari port boleh duduk, makan. biasanya akan ada 1 ketua. ketua ni akan jumpa tuan rumah. wakilkan semua warga baraan, mintak maaf salah dan silap dari tuan rumah. (dalam bahasa jawa : peluputanku dingapuro seng akeh-akeh) lepas tu ada tukang baca doa makan. lepas tu ada tukang selawat. selawat sikt menandakan, dah kena bangun, keluar dah.

kumpulan ketiga, mualim belakang. : kumpulan ni dalam lebih kurang 10 orang juga. cuma bezanya, mualim ni akan geram lambat sedikit. kira gerak yang paling last lah ni. tugas mereka, kemas semula cawan pinggan mangkuk tu semua. copp. tak perlu sampai basuh pinggan cawan ye. cuma kemas cawan-cawan semua bawak ke dapur. ^__^


dari segi makanan, tak semua rumah sediakan makanan. ikut kemampuan. sediakan air dengan kuih raya pun dah memadai. makanan ringan pun tak apa. macam kentang goreng, keropok, buah-buah. singgah cuma 5 minit, agak agak la nak makan nasik kan. hehe. itu pun dah cukup membuncitkan perut tau. haha.


kenapa ramai yang join baraan ni? haaa..sebab semua generasi ada. dari budak kecik, budak sekolah, budak remaja, budak belia dan orang tua. kiranya, bila anak cucu cicit balik kampung, semua boleh ikut baraan ni. bila dari kecik dah ajak ikut baraan, maka sampai besar diorang akan rasa seronok dan teruja nak ikut lagi. sebab tu sentiasa ramai je yang ikut baraan ni dari tahun ke tahun.


penat? kompem lah penat. seriously penat sangat. aku hari tu pun curik-curik balik rumah kejap-kejap. siap balik awal lagi. haha. tak baik sebenarnya tau. tapi dah penat sangat. tak larat. -___-" 


ok, cukup kot cerita baraan ni. hehe. panjang sungguh ni. rajin tak korang baca semua? ^__^

20 comments:

:: Mrs.Eady :: said...

okey baru tau :)

MizzTina said...

umah akak sediakan tempe goreng n buah jambu je.. :)

nur said...

tq dear,..

Cik Saila said...

eh,komen akak kat previous entry takde eh..akak lupa submit ke eh? huhu..best la baraan ni..mcm ni baru lah raya :D

Nurul Husna Mohd Hassan said...

haip! curik2 balik ye :)

ros_reeza said...

Ros memang baca semua ;)
memang minat nak tahu ni ...

♥ Wina ♥ said...

seronoknya baraan nie!!

eerrr baru nak cakap kesiannye kalau kumpulan ketiga tu kena basuh pinggan mangkuk hikhikhikkk rupanya kemaskan aje ;-)

ayut said...

aik..ada gitu ea..bg2 3 group..al kisah ye :)

Afasz said...

raya thun ni sy sederhana je. makan kuih kering n masa bihun goreng je. tu pon mak yg masak :D

anie said...

gambar tue macam tunggu nak sarung cicin le..hihihi

pinky said...

tp tgk best jer...dahlah asingkan laki nga pompuan...

Nora Karim said...

wah menariknya... secara tidak langsung akan mengeratkan lagi silaturrahim dengan jiran dan sanak keluarga...

iela said...

Saya pon orang jawa.. biasanya org jawa yang tahu baraan tu apa.. huhu..

are_lin@yu said...

mcm beznya..fisrt time ayu dgr baraan ni..rmai2 jln g rya msti bez ;-)

ieda said...

memang seronok baraan nie
pueh melayan budak2 dgn duit raya kan dik ;)

nanakimie said...

hee,rajen je janah baca,sampai abes tau:)

abg ipar org jawa jugak,ada la dgr kakak cerita pasal baraan ni,tp gitu2 jela,heee...

p/s: comehnya dia^-^

ain vanilla said...

dalam mood raya lagi yewww . hehe

♥ sitifarhana ♥ said...

kalau kat tmpt sy di batu pahat, baraan raya kedua dn ketiga..smpi skrg msih ikot sbb trdisi..memang meriah..hehe

MamaEma said...

perkataan baru belajar

sal ya said...

pernah dgr jugak pasal baraan ni. tp ok la tu. blh kenal2 org kampung.

..klik klik..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...