Showing posts with label cute kitten. Show all posts
Showing posts with label cute kitten. Show all posts

Thursday, February 2, 2012

anak kucing comel tak ada nama lagi




eee..sangat geram dengan kucing ni.
umur dia dalam 2 minggu baru.


setakat ni semua tak ada nama.
3 ekor anak kucing oren tu sebijik sejiban.
cam ne nak beza. =___=
cadang nak letak A,B,C,D,E,F
cukup la 6 ekor.
=p

Saturday, April 9, 2011

the cutest puppy


sangat comel anjing ni.. nasib tak boleh pegang anjing comel-comel macam ni.. dapat tengok je lah..

Friday, April 8, 2011

anak kucing comel diselamatkan si ibu



comel sangat anak kucing tu.. mengiau-ngiau cari mak nya.. cepat-cepat mak dia datang gonggong dia balik tempat dia.. gerammm..

ni pulak kucing aku, kecik.. sibuk nak gonggong anak dia.. nak cari tempat baru.. tutup semua pintu bilik, dia letak balik tempat asal.. huhu..

rindu sangat dengan kucing-kucing kat rumah tu... T.T

Monday, March 28, 2011

kenapa aku lain dari yang lain? dah macam ugly duckling.

cuba tengok gambar dekat bawah ni...

-
-
-
-

tengok la.. yang lain semua oren.. sekor je hitam..
kesian dia..

aku musykil jugak..
terus tanya mak..
"mak kenapa sekor ni hitam?"

mak pun jawab...
"nak buat macam mana.. yang sekor tu anak angkat.."

ha.. anak angkat?

tengok gambar bawah pulak..

-
-
-
-

yang ni semua anak hitam-hitam.

sebenarnya yang sekor hitam tu anak kucing ni..
tapi mak kesian..
anak dia banyak sangat..
6 ekor..
maknya pulak kurus..

so, mak aku pun ambik sekor letak kat kecik.
kecik pun terima je anak angkat tu dengan hati terbuka..
dia jaga macam anak dia sendiri..


Monday, March 21, 2011

saya nak tidur..jom..^_^


hai semua.. nama saya pendek.. siapa lah bagi nama yang tak glamour tu.. (aku la penyumbang nama kucing-kucing dekat rumah)

saya dah penat main kejar-kejar dengan adik-beradik saya.. nak tidur dulu ye.. selimut pun dah sarung..jom..siapa nak ikut saya tidur jom.. ^_^



note : sekarang ni asyik cerita kucing je.. sebab hari tu balik rumah banyak ambik gambar diorang.. ada lah jugak modal nak update blog ni..

Friday, March 18, 2011

bila kucing bangun tidur

tiga ekor anak kucing tengah tidur lepas kenyang menyusu. pendek, putih dan labu. pendek dah mula terjaga sedikit.

pendek dah bangun. turun lantai dan duduk termenung. masih mamai mungkin.

lepas tu.."iyyyaaaaahhhh.." mula bersenam...habis tonggek bontot..


anak-anak kucing ni kurus.. tak tau kenapa.. makan banyak.. minum susu banyak.. mungkin banyak main jugak kot.. entahlah..


Tuesday, March 15, 2011

3 ekor anak kucing comel

punya lah lama tak balik rumah dekat sg tengi selatan tu.. sekali tengok anak kucing dah ada 12 ekor.. sukaaa sangat.. tapi yang 3 je dah besar sikit.. yang laik baru seminggu lahir.. semua kucing comel sangat.. ^_^ tapi dorang tengah sakit mata.. T.T


ni putih. dia tengah cuba nak melompat turun.

putih dah turun. dah main dekat laman rumah.

ni pendek. panggil pendek sebab dia yang paling kecik and ketot antara 3 beradik tu.

ni mak dia. mak dia ni memang pantang sangat kalau anak dia main dekat luar. mula panggil bawak masuk rumah balik. kalau degil jugak, boleh dia pergi gonggong anak dia naik. dah besar kot anak-anak dia..


note : lagi sekor tak ada pulak gambar time main ni. aktif sangat. asik gerak je. lagi sekor namanya labu. ^_^

..klik klik..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...