Showing posts with label melaka. Show all posts
Showing posts with label melaka. Show all posts

Thursday, June 14, 2012

muzium yang kena bukak kasut memang terbaik.

last day dekat melaka hari tu, luangkan masa pergi beberapa muzium. dalam 3 muzium je tak silap. muzium setem, muzium dunia melayu dunia islam, istana kesultanan melaka. nak masuk ni haruslah semua berbayar. tiket sorang RM2. kanak-kanak pula, sorang RM1.


muzium ni semua kena buka kasut bila nak masuk tau. kenapa aku suka sebab kena buka kasut? jom layan gambar jom.


 bagi si bayi yang baru belajar merangkak macam ni, memang dia suka kalau dapat bebas begini.
meniarap, guling-guling sesuka hati.


 embah (nenek) melayan karenah cucunya.


 hamboi. baring tak ingat dunia.
bila dah penat, macam ni lah gaya nya. 


 sesi santai dan gosip.


bertambah ahli bergosip.

Tuesday, June 12, 2012

menara taming sari melaka

eh..sambung semula kisah jalan-jalan melaka. kali ni cerita naik menara taming sari pula. kitorang naik menara ni, selepas habis naik river cruise. harus lah dah lewat masa tu. tapi sebab nak juga merasa naik menara tu, tetap gigih beratur. -__-"


harga tiket : siang : dewasa RM10, kanak-kanak RM5
harga tiket : malam : dewasa RM15, kanak-kanak RM10
 

 view menara taming sari dari jalan.


view menara taming sari dari bawah.


 budak yang membazirkan RM15. cisss..menjerit takut je kerja. dari bawah sampai ke atas, sampai turun balik, macam tu jelah kedudukan dia. siapa budak tu? ni dia.


 view dari atas. gambar blurr sebab tak sempat belajar setting kamera apa yang buatkan gambar tak blur. sebab menara tu kan dia pusing-pusing.


 gigihkan diri lawan rasa takut untuk berdiri.

Friday, June 8, 2012

river cruise melaka

dah sampai melaka, harus lah cuba naik river cruise kan. gerak dari apartment petang dalam pukul 5 setengah. tapi jem punya pasal, sambil nak cari parking lagi, nak dekat pukul 7 baru sampai. -___-" cuti sekolah lah katakan, berduyun duyun orang. 


sekali sampai dekat kaunter tiket tu, perghhhhhh.. ramai seyh... tapi gigih juga beratur. alang-alang sampai dah kan. aku pergi beli tiket, yang lain beratur siap-siap nak naik bot. jimat masa. ^__^  tiket dewasa RM10, kanak-kanak RM5.


 gigih berjalan nak pergi ke river cruise.
park kereta dekat mahkota parade, harus lah berjalan lebih sikit.


 sungai laluan bot.


 kami-kami sekeluarga.


 muka penat tunggu turn naik bot tak sampai-sampai.


 akhirnya, berjaya naik bot.
lawak la si bulat tu. apesal entah buat gaya gitu.


 pemandangan tepi sungai.


 lagi pemandangan.


rumah-rumah perkampungan tepi sungai ni seriously cantik sangat sangat.

Thursday, June 7, 2012

jalan-jalan zoo melaka

sambung lagi kisah ke melaka ye. kali ni jalan-jalan ke zoo melaka pula. tiket masuk RM10 untuk dewasa. RM5 untuk kanak-kanak. 

mula-mula, ingatkan zoo melaka ni tak lah besar pun. sekali hambekkk kau. naik lenguh kaki jalan. nasib lah cuaca waktu tu tak terik. jom layan gambar je lah ye.


 aku, kakak dan anak dia. stroller ni wajib okey. siapa larat nak dukung si bulat ni sepanjang masa.


 belakang aku tu menatang apa entah. lupa pulak dah.


3 gadis? tidak.. ada mak budak kat situ. haha


persembahan gajah. comel sangat gajah-gajah ni. bijak tau.


si merak kayangan. eh eh. sama biru la. -__-"


 kami sekeluarga. 


 aku dan abah. depan rumah kancil.
serious sekor kancil pun aku tak nampak. haha. adik aku kata ada. mana entah dia nyorok.


galeri binatang.


lagi dalam galeri binatang. 
besar buaya tu. tapi patung je lah. 


mak abah yang kepenatan. hihi



 see. budak bolat ni pun dah lena. senang je bagi tidur budak ni. daddy dia sorong-sorong dalam stroller, lena terus. tu untung bawak stroller ni.


 menatang ni ada kisah tersendiri tau. 
next entry ok.
dah panjang sangat ni.




Wednesday, June 6, 2012

jalan-jalan muzium lebah

mula-mula hari tu, kitorang plan nak pergi taman mini malaysia dengan taman mini asia. sekali sampai je, under construction. bulan 9 nanti kot baru bukak. tak ingat pula. hampa je rasa. walaupun dah pernah pergi dulu, tapi terasa nak pergi lagi. dulu time kecik-kecik. tak berapa ingat sangat.


masa nak keluar tu, perasan ada signboard muzium lebah dekat depan taman mini malaysia tu. alang-alang dah sampai, apa salahnya singgah kan. bukan kena bayar pun. free


 lebah dan sarang.
lebah-lebah ni semua dah di awet dah ni.


 lagi sarang lebah yang unik.


 belajar tentang lebah.


 sarang lebah yang unik dan cantik.


 rasa madu lebah secara percuma.
ada macam-macam jenis tau.


 patung lebah.


pintu masuk.

Tuesday, June 5, 2012

penginapan murah di melaka

masa mula-mula plan nak pergi melaka hari tu, aku dah survey tempat penginapan awal-awal lagi. sebab kitorang nak pergi time cuti sekolah. haruslah ramai orang bercuti kan masa tu. nak survey ni pun makan masa. sebab ada benda yang kena ambil kira.

1. jenis penginapan - disebabkan percutian kitorang secara berjemaah, maka haruslah cari jenis apartment atau homestay. lebih jimat dan lebih meriah.

2. kawasan penginapan. -  aku memang cari kawasan yang dekat dengan bandar hilir. sebab senang nak jalan-jalan pergi bandar hilir. banyak tempat bersejarah tertumpu dekat bandar hilir tu. 

3. harga - bab harga ni, mestilah kita nak cari yang murah kan. lagi-lagi masa cuti sekolah. harga memang lebih mahal dari biasa.

4. kelengkapan tempat penginapan - yang ni kita kena juga tengok apa yang disediakan. berapa katil, berapa toto. kalau tak cukup, senang kita nak bawak toto dari rumah kan. kelengkapan dapur pun kena tengok juga. 


dan akhirnya, aku berjaya jumpa satu homestay yang bagi aku cukup baik. rumah ni macam flat rumah kedai. rumah ni kecik je. tapi cantik dan kemas kot dalam dia. muat untuk kitorang 13 orang. tapi bentang toto dekat ruang tamu lah kan.


kelengkapan dapur semua ada. peti ais, microwave, dapur gas, periuk nasi, cerek eletrik, kuali periuk, pinggan mangkuk, mesin basuh, iron. semua ada. balik rumah bawak baju bersih je. tak ada baju-baju kotor. selesai basuh siap dekat sana. dengan bandar hilir pun dekat. cuma waktu kitorang pergi tu sesak, jem kot. lama la sikit perjalanan.


..klik klik..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...