Tuesday, June 5, 2012

penginapan murah di melaka

masa mula-mula plan nak pergi melaka hari tu, aku dah survey tempat penginapan awal-awal lagi. sebab kitorang nak pergi time cuti sekolah. haruslah ramai orang bercuti kan masa tu. nak survey ni pun makan masa. sebab ada benda yang kena ambil kira.

1. jenis penginapan - disebabkan percutian kitorang secara berjemaah, maka haruslah cari jenis apartment atau homestay. lebih jimat dan lebih meriah.

2. kawasan penginapan. -  aku memang cari kawasan yang dekat dengan bandar hilir. sebab senang nak jalan-jalan pergi bandar hilir. banyak tempat bersejarah tertumpu dekat bandar hilir tu. 

3. harga - bab harga ni, mestilah kita nak cari yang murah kan. lagi-lagi masa cuti sekolah. harga memang lebih mahal dari biasa.

4. kelengkapan tempat penginapan - yang ni kita kena juga tengok apa yang disediakan. berapa katil, berapa toto. kalau tak cukup, senang kita nak bawak toto dari rumah kan. kelengkapan dapur pun kena tengok juga. 


dan akhirnya, aku berjaya jumpa satu homestay yang bagi aku cukup baik. rumah ni macam flat rumah kedai. rumah ni kecik je. tapi cantik dan kemas kot dalam dia. muat untuk kitorang 13 orang. tapi bentang toto dekat ruang tamu lah kan.


kelengkapan dapur semua ada. peti ais, microwave, dapur gas, periuk nasi, cerek eletrik, kuali periuk, pinggan mangkuk, mesin basuh, iron. semua ada. balik rumah bawak baju bersih je. tak ada baju-baju kotor. selesai basuh siap dekat sana. dengan bandar hilir pun dekat. cuma waktu kitorang pergi tu sesak, jem kot. lama la sikit perjalanan.


12 comments:

norhidana said...

mmg kene survey betul2 kalu nk bercuti2an kn... kalu tak rasa rugi lak banyak yg dibazirkan... tak kirelah duit or masa

nuyui a.k.a miss YUI said...

wah,besh..nak terjah.

Nurul Husna Mohd Hassan said...

kemas. berbaloi2 ;)

Siti Asiah said...

Sonoknyer pegi jalan2 Melaka...akak planning tahun depan nak g Melaka...
Info yg menarik...:)

IntaNBerliaN said...

kalau homestay tu sesuai dgn harga.. mmg oklah kan.. :-)

Anonymous said...

Thanks atas tips yg berguna ni,harap dpt jadi rakan niaga dlm pelancongan,plz add Mohd Yusof Hamzah@facebook.com

Waasil Zamri said...

Terima kasih!!

dak aten said...

nak tnye.. homestay yg akak servey tu kat mane eak? kiteorg cadang nk g melaka hujung tahun ni.. mase tu tengah ct sekolah.. kompom ramai yg dah book hotel n homestay kan?? so kiteorg ingat nk cri homestay yg murah.. dalam 4 org je cam tu.. gase2 ingat lagi tak kt mane tempat yg akak duduk dulu.. huhu.. thanks.. :D

dak aten said...

nk tnye homestay tu kat area mane eak?? sbb saya cadang tok ct ke melaka hujung tahun ni..

nur anis said...

dak aten : homestay tu dekat dengan melaka sentral..kira tak jauh pun kalau nak jalan-jalan dekat muzium-muzium, menara taming sari..homestay tu ok je..hari tu kitorang sumabt dalam 12 orang..heee..try call no tu..nanti dia akan guide nak pergi ke tempat homestay tu..:)

dak aten said...

owh okay.. thanks yer.. :D

FarRaf RaFar 89 said...

salam nak tanya la ape name homestay yg awak dok tu ek.

..klik klik..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...