Wednesday, May 16, 2012

kisah aku dan guru yang tak dapat dilupakan

assalamualaikum semua..:)


kalau tiba je hari guru, mesti aku akan ingat satu peristiwa ni. yang boleh buat aku ketawa sendiri. haha. gila kah ketawa sendiri? 


dulu masa darjah 6, (tahun 2001) ada cikgu praktikal 4 orang. semua lelaki bujang. ha....ni bukan kes gatal suka kat cikgu tau. tapi ni kes tak suka gila dengan sorang cikgu praktikal tu. yang 3 orang lagi tu aku okey je. tapi yang sorang tu memang aku tak suka sangat. masalahnya, aku sendiri pun tak tahu kenapa aku tak suka dengan cikgu tu. sampaikan cikgu tu tanda buku latihan besar-besar pun jadi isu bagi aku. -___-" subjek matematik yang memang favorite tu pun terus jadi tak favorite dah.


lama-lama cikgu tu pun dapat rasakan yang aku tak suka dia. obvious kot. tengok muka dia pun aku taknak. haishh..memang pelik. one day, dia panggil aku ke bilik guru. dia tanya apa yang aku tak puas hati dengan dia. selagi aku tak cakap, aku tak boleh balik kelas. memang sampai ke sudah la aku tak cakap apa-apa. diam seribu bahasa. sambil pandang dia dengan riak tak suka. haha.


"kringggggg.." tetiba pulak loceng bunyi. aku ingat dah selamat lah boleh masuk kelas. rupanya dia suruh aku ikut masuk kelas yang dia mengajar tu. duduk sebelah meja guru dekat tepi papan hitam. perghh..malu semua budak tengok aku. tapi buat tak tahu je. lama-lama dia pun fed up, suruh aku masuk kelas.


hari last dia kat sekolah tu, dia masuk ngajar cam biasa. and last sekali dia tanya, "siapa yang tak suka saya angkat tangan." tak ada maknanya aku nak angkat kan. haha. and dia cakap lagi, "saya tahu ada yang tak suka saya.." hihi. sedih je ayat. 


sampai sekarang aku teringat je benda tu. kelakar pun ada. terasa diri sendiri jahat pun ye jugak. kalau lah aku jumpa cikgu tu, mesti segan je. haha.

11 comments:

nuyui a.k.a miss YUI said...

alahai..dah minta maaf? hihih.

IntaNBerliaN said...

wah nape xsk sgt ni.. smpai sudah ckgu tu xda jwpn.. mesti dia tertanya2..hihi

Nurul Husna Mohd Hassan said...

tak pasal2 cikgu tu jadik mangsa. hihi.

p/s : harap2 cikgu tu baca blog anis ni. hehe

CIK MAY said...

DI KALE UMUR BEGINI, TAK BERAPE NK INGT KENANGAN SEK DULU..HIHI..(MCM TUA SGT KAN.)

Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine said...

cian cikgu tu... mesti die kecik ati giler.... ntah dah bersara awal sebab benda ni.. haha

zOeY zAu YaH said...

rasa kelakar pulak sbb bila diingatkn mmg sapa2 pun akn pengalaman suka kt cikgu.

zOeY zAu YaH said...

lorr takdan tulis hbs dah send haha..ok sambung..dlm byk2 cikgu yg kita suka mesti akn ada jugak yg x ska..kalau mcm awk cikgu tu boleh tau kot? mcm kecik ati je dia kan haha..

norhidana said...

hehehhe... biasalah masa tu kite kan tak matang lg kan... cube cite kt sini napaer anis tak suke sgt ngn dia?

Iena Eliena said...

aha cian cikgu tu(^_~)
puas mencari jawapapan tp xdpt2 yer:)

are_lin@yu said...

dear still ingt lg kn..ayu yg kcik2 byk lpa ingtn dh..hehe

Ckin Kembaq said...

ganas..haha

..klik klik..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...