Showing posts with label diet. Show all posts
Showing posts with label diet. Show all posts

Thursday, September 10, 2015

kuruskan badan lepas bersalin

Haaaa.. dah 9 bulan lebih dah bersalin. Sibuk nak up entry turunkan berat badan lepas bersalin.


Haaa. Ni kira gambar yang paling dekat la nak bersalin. Last berat sebelum bersalin, 85kg. Nangis tengok berat. Naik 30kg wehhhhh! Mula risau, boleh ke berat turun.

Lepas bersalin, gigih sapu losyen panas, berbarut ikat tali tu ketat-ketat. Sangat-sangat nak kurus. Cuma, aku tak bertungku sangat. Sebab family aku memang jenis tak bertungku lepas bersalin. Memang tak ada siapa suruh aku bertungku.

Balik rumah mertua, baru mak mertua ajar bertungku. Tu pun dah sebulan lepas bersalin. Lemak dah degil dah.


Ni gambar sebulan setengah lepas bersalin. Baru turun 15kg. Berat still 70kg. Lagi 2 minggu nak masuk kerja. Memang runsing habis. Try baju kerja, semua tak muat!!! 

Terus ajak husband beli baju kurung. Saiz L wehh baju.

Lepas tu aku dah tak kisah dah pasal berat. Pegang kata orang, breastfeed anak kerap, rajin pam susu.




Dannnn. Alhamdulillah, puasa hari tu aku dapat turunkan berat lagi 10kg. Now, 60kg-61kg gituuu. Yang peting semuaaa baju dah muat semula. Simpan balik semua baju yang baru beli saiz L hari tu. haha.

Tapi ada lagi 5kg untuk dapat berat zaman anak dara. Hihi.

Sekarang aku tengah ada cabaran sendiri. Cabaran 5 cawan green tea sehari untuk hilangkan perut buncit. Nanti kalau berjaya aku share ye..


Wednesday, January 28, 2015

misi menguruskan badan



haaa.. waktu pregnant hari tu memang champion la boleh naik sampai 30kg. waktu tu dengan confident boleh turun berat 30 kg tu. Haha.

Angan-angan tau tak? 2 bulan cuti baru turun 15kg je???

Sebelum masuk kerja, habis 1 almari baju aku geledah. Try semua baju kurung. Dannnn. Yang muat cuma kurang dari 5 pasang! Dengan perasaan yang sedih, gulung semua baju tu cantik-cantik, sumbat dalam kotak.

terkumpul lah 2 kotak baju kurung yang tak muat.

Lepas tu, sendeng-sendeng suami, ajak pergi shopping baju kurung. Hihi.

Dan sekarang, gigih catu makan. Tapi tak boleh la tak makan langsung kan. Kesian Husna. Dah la fully breastfeed.

Tapi misi diet ni agak tercabar bila ada suami yang suka bagi isteri makan. Maklumlah, dah biasa dengan isteri yang sangat kuat makan selama 9 bulan. Balik kerja je beli nasi goreng lah, kek lah, KFC lah... Haaaaaaaaa.. Tak kan tak makan kan?


https://fbcdn-sphotos-b-a.akamaihd.net/hphotos-ak-xfp1/v/t1.0-9/1610843_10204389528652333_5058558923653370447_n.jpg?oh=0fcb2cc80d6971b5707d3db513ba927b&oe=555AAD90&__gda__=1432131264_ce110ee0b47ac6421e19b7085822cae1
Daku yang gemok gedempol masa pregnant

Friday, December 7, 2012

tiada lagi roti untuk menggantikan nasi

disebabkan pagi tadi aku dah membaham sebungkus nasik kerabu yang agak banyak,
maka lunch tadi memang tak akan sentuh nasik lagi.


selalunya, kalau aku tak makan nasik, aku akan makan roti barang seketul dua.
tapi sebenarnyakan roti tu lebih kurang je dengan nasik.
kalau tak makan nasi, tapi makan roti, sama je sebenarnya.


jadi..inilah penggantinya,


gambar ambik website munchy's.


pilihan aku, yang tengah tu, perisa strawberry & blackcurrent.
sebab antara 3 tu, yang tengah tu paling tinggi fibernya.
weeeehhhh, first time aku tengok kotak nutrition sebelum beli makanan.
syabas anis!
well done!


alhamdulillah, makan 6 keping pun dah kenyang.
eh, ke banyak 6 keping tu? haha.




Thursday, December 6, 2012

starting my diet!

kelmarin, tumpang timbang dekat alat penimbang cousin.
timbang tu siap boleh tunjuk lemak, air, muscle, semua tu lah..
apa kebenda entah nama timbang tu.
lupaaaaaa. 


my current weight, 59.2kg. pergh!!!!
nak pengsan.
lemak pulak, 30.9%....
perghh. pengsan lagi sekali sebab normal 15% je tau.
muscle kurang, means kurang exercise.
bila muscle kurang, tak boleh lah nak membakar lemak kan.
air dalam badan mencukupi. good!!
umur dalaman badan pulak, 29 tahun!
kali ni bukan pengsan je dah rasanya.
seeee, umur dalaman 6 tahun lebih tua dari umur asal.
-____-"


malu dengan embah tau.
umur embah nak dekat 90 tahun, tapi umur dalaman baru 54 tahun tau.
kagummmmm.
kena ikut makan jamu lah cenggini.
haha.


bila bagi tau pipie, terus kena consult free punyaaa.
sooo..he's my diet consultant now.
starting today, kena kurangkan makan nasi, mee dengan roti.
banyakkan makan buah, sayur dengan fiber.
banyakkan berjalan sebab dia tahu aku malas exercise.
hahahaha.


soooo..lets diet!
tak sanggup weh bila tengok umur dalaman ni lagi tua dari umur sebenar kita.
lebih baik berjaga-jaga dari sekarang kan.
^___^


Thursday, November 29, 2012

bolehkah kembali langsing seperti dulu?

acehhh..tajuk tak boleh blah kan.
dah macam nak promote produk kuruskan badan dah gayanya.


tak tak.
ini bukan iklan ye semua-semua sekalian.
tapi ni tentang aku.


hari ni rajin lah belek-belek gambar lama masa dekat U dulu.
rinduuu woooooo.
tapi 1 benda yang aku perasan.
"hoit. kurus lah aku dulu."
haha. padahal dulu ingatkan dah cukup berisi dah.
rupanya sekarang lebih, lebih dan lebih berisi.



haaaa.. ni gambar sekarang.


nak tengok gambar dua tahun lepas?
haha...
meh nak tunjuk.

-
-
-
-
-
-
-
-
-

 hahaha.. seee.
nampak tak bezanya.

tiba-tiba terasa macam..
"waaaaa..nak badan macam tu semulaaa..."


masa tu berat aku 48kg sahaja.
sekarang?
hahaha. kalau naik 10kg jadi berapa?
haaaa..itu lah berat aku sekarang ni.
hikhik.


hari tu sempat lah diet + exercise sekejap.
dan berjaya turunkan 3kg.
wahhhh. seronokssss.
tapi itu hari tu ye,..
bukan hari ni.
sebab sekarang aku dah kembali normal dengan nafsu makan yang hebat.
haha. nasib baik sekarang ni musim buah.
maka, bila mulut ni gatal nak mengunyah je, kita sumbat je dengan buah-buahan.
^___^


Monday, September 24, 2012

memang betul-betul nak kurus lah gini

lunch hour habis dah ye. jom lah kerja semula jom. walaupun pagi tadi berkobar-kobar kata nak tidur, tapi hampeh. elok time lunh hour je, mata jadi segar bugar. -___-"


hari ni aku lunch degan yogurt saje. walawehhhh. dalam misi nak turunkan berat badan lah katakan. haha. kena gelak je dengan member office. pergi beli yogurt pun jalan kaki jek. walaupun kedai tu tak sampai 100 meter pun. sebab sebelum ni, gigih naik kereta jugak. -___-" patut la sebelum ni laju je berat badan naik bagai nak di pam pam saje. malas bebenar nak keluarkan peluh. -___-"


dah balik office, semangat ni bukak yogurt tu. sekali tetiba tengok, "wehhhh..apesal yogurt ni dah terbukak?" dia punya gam penutup yogurt tu memang tak melekat dah. hampa gila lah. sebab kena berjalan semula pergi ke kedai tu semula. tang ni memang kena gelak kaw kaw je dengan member office. nak kurus sangat kan. pergi la ulang alik jalan kaki lagi. -__-"

Monday, August 27, 2012

tiada istilah diet

mula-mula tadi, ingat malas nak lunch. tapi bila dah ada yang ajak, harusss kau laju je pergi. tetiba je pulak terasa lapar. -___-"  pusing punya pusing, banyak kedai makan still tutup. raya belum habis mungkin. jadi, alternatifnya, ke KFC lah kita ye. 


orang yang konon-konon tak nak lunch tadi, berjaya habiskan set green curry dengan licin dan jayanya. gila melantak. -___-" siap tambah side dishes lagi. -____-" eh, tapi green curry tu tak ada lah hijau sangat macam dalam gambar tu. rasa macam gulai biasa tu je. boleh la. tak ada lah tak sedap pun.


sebab gambar banyak, maka nak tempek je dekat setiap entry.
haha. sila jangan muak ye. please...^__^


p/s : alamak, ASTRO dah call suruh buat bill payment. serious lupa. -____-"


Tuesday, December 20, 2011

rahsia kurangkan berat badan

semalam aku ada cakap berat aku turun sebanyak 3 kilo.

apa rahsianya turun 3 kilo dalam masa sebulan setengah?

sebabnya aku kurang makan.
breakfast sikit-sikit je.
lunch selalu tak makan.
aku dinner time petang ataupun lepas maghrib.

itulah sebabnya aku boleh kurangkan berat badan..
cuma aim aku, aku nak dapatkan berat 40++ kilo.

tapi hari ni aku dah makan banyak.
dengan breakfast mee goreng.
ditambah dengan lunch KFC.
tapi sekali sekala tak salah pun.. ^__^

Thursday, November 24, 2011

diet oh diet

walaupun berat badanku sudah naik secara mendadak sejak aku habis belajar ni, tapi aku tidaklah kisahkan sangat. sebabnya, aku memanglah suka makan. duduk rumah tak tahu buat apa. maka, pergi dapur, carilah makanan. walaupun agak malu bila berat sudah sama dengan berat pakwe sendiri.. kang kalau pengsan sape nak angkat.  =__="

tetapi, malang sekali bila aku mula bekerja, aku tiba-tiba berdiet. berdiet sebab tak makan tengah hari. kasihan perutku. terpaksa mengeluarkan bunyi-bunyi. tetapi disebabkan sifat kemalasan untuk keluar membeli makanan lebih tinggi daripada tahap kelaparan, terpaksa tahan lapar juga. bila balik je rumah, terus melantak makan. ^_^. tapi kalau balik malam, maka malam la baru jumpa nasi. T__T

adakah suatu hari nanti aku akan bertukar jadi macam ni? =p

..klik klik..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...