Tuesday, March 6, 2012

bihun goreng pataya itu pelik ke?

tadi, akibat kelaparan yang teramat sangat.
terus pergi kedai makan dekat bawah pejabat nih.
terbayang-bayang bihun goreng yang sedap.
tapi mesti lagi sedap bila dibalut dengan telur goreng.
atau lebih senang, bihun goreng pataya.


setelah order dan duduk berangan sambil tunggu order siap.
siap juga makanan yang dipesan.
bukak tengok kuantiti sos.
sebab hari tu order nasi goreng pataya, dia letak sos punya lah sikit.
semangat je tambah sos banyak-banyak.


naik office, laju je bukak nak makan.
sebab memang dah kelaparan dah ni.
tapi..
alangkah kecewanya bila makan.
bukan bihun goreng pataya.
tapi nasi goreng pataya.


mungkin budak pelayan tu dengar pataya.
terus ingat nasi goreng pataya.
tak pun budak tu dengar betul.
tapi tukang masak yang silap.


sebab malas sangat nak turun pergi kecoh-kecoh kat kedai makan tu.
suap je lah dalam mulut.
sambil hati kempunan bihun goreng.
T____T

5 comments:

.: mama lynn :. said...

sounds cam best jugak ni. nak try la nnt

nuyui a.k.a miss YUI said...

ololo..cian dia dah kempunan tu.

Ckin Kembaq said...

haha..tak penah org order gitu kot..hehe

Cik Puan Muda Umi said...

first time dengar bihun goreng pataya..haha

Yana Libra said...

jarang dengar mihun pattaya, tu yang org tu wat nasi goreng pattaya tu..sabar je lah ye~~ :)

..klik klik..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...