Tuesday, April 3, 2012

cerewet pilih kerja?

walaupun sekarang aku sudah bekerja, 
tetapi aku masih belum berhenti mencari kerja.
setiap orang inginkan kerjaya yang lebih baik kan?


tapi memang aku cerewet memilih kerja.
bukan cerewet tentang gaji.
tetapi cerewet tentang lokasi pejabat tersebut.


kalau lokasi dekat bandar-bandar besar,
memang tak akan aku apply.
sebab?


1. sewa rumah yang mahal.
2. taraf hidup yang tinggi.
3. tak sanggup jem teruk hari-hari.
4. rasanya, parking pun semua nak berbayar kan?


banyak lagi sebab-sebab yang dah ku fikirkan siap-siap.
walaupun gaji banyak, tetapi aku rasa agak sukar untuk menyimpan.
dan tak sanggup nak stress hari-hari menghadap jem.


sebab tu aku rela kerja di kampung ni.
walaupun gaji tak sehebat mereka yang kerja di bandar.
tapi aku tenang di sini.
masih boleh menyimpan.
dapat teman mak duduk di rumah.
nak pergi kerja tak perlu menghadap jem.
kerja pun tak banyak.
hari-hari boleh online dalam office.


cuma sekarang aku banyak apply kerja goverment.
memang susah nak dapat.
tapi harus usaha juga kan.
mana tahu satu hari nanti membuahkan hasil.

5 comments:

nuyui a.k.a miss YUI said...

ddah lama x apply mana2.. tp govermnt mmg kena apply gak la ni.

Myra Jay said...

MJ pun bersyukur dengan kerja sekarang..
Nak apply Gomen cuma tinggal 2 thn je nak usaha, lepas tu dah masuk fasa 3 takleh dah...huhuuu

Nurul Husna Mohd Hassan said...

saya tak boleh duduk bandar besar, jiwa saya jiwa kampung :)

J.Syazwana said...

semoga berjaya.
saya kerja kl.
memang banyak benda nak kene pikir. huhuhu

nanakimie said...

uma anis ktna ye?huhu..lupa dah...kte pun lau leh nk dkt ngn mak,hee...

..klik klik..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...