tengah syok-syok relax bercuti semalam,
tiba-tiba kecoh dengan gempa bumi dekat acheh tu kan.
seriously seram sangat-sangat.
bila amaran tsunami dikeluarkan, harus lah rasa cuak tu lebih tinggi.
seriously semalam siap ajak family pergi lari tau.
harus jadi begitu sebab rumah kitorang memang dekat sangat lah dengan pantai.
tak sampai 500 meter ponn.
walaupun kitorang nih dekat sungai besar,
dan selangor tak termasuk dalam amaran tsunami,
tapi waspada tu harus ada kan.
sungai besar dengan perak bukan jauh pun.
dekat sesangat.
tapi selepas amaran tsunami ditarik balik malam tadi,
baru lah boleh tarik nafas lega sedikit.
semoga tiada apa yang buruk akan terjadi.
5 comments:
alhmdulillah takde apa2..
mmg ngerikan dik, akak masa adik akak ckp rasa sofa tu gerak2 akak dh suspen je... pastu tgk kt tv ada tulis gempa bumi sampai 8.6 perkh doa2 dlm hati takde tsunami.,,
alhamdulillah mintak2 dijauhkan...teringat2 lah tsunami 2004 dasyat sungguh
Alhamdulillah tak ada kejadian tsunami..muga kita dilindungi ALLAH
semoga kita dilindungi. amin ya rabbal alamin.
moga kita dilindungi dari bencana...amin..
Post a Comment