Thursday, April 19, 2012

sunglasses..keperluan atau tidak?


teserlah kepoyooan di situ. hakhak.


terpaksa juga keluarkan gambar tu sebab nak buat entri ni. sudah lah tembam. mengada pulak tuh. layankan sahaja lah ye. ^__^  berbalik kepada tajuk, adakah sunglasses ini keperluan ataupun hanya untuk bergaya?


untuk diriku yang rabun dan tahap kerabunan silau itu sangat tinggi, sunglasses merupakan satu keperluan. tapi untuk cuaca panas je lah kan. kalau tak, ada yang drive sambil keluar air mata sebab tak tahan panahan mentari tu. tak pasal-pasal jadi perhatian orang sebab menangis sambil drive. -___-"


disebabkan hanya memakai lens biasa yang tidak support untuk rabun silau, memang tak akan tahan lah kalau tengok cahaya matahari. lagi-lagi tengah drive, elok je matahari tu kat depan. pergghhh. memang terbaik. terpaksalah menyarungkan sunglasses tu untuk mengurangkan silau tu.


rabun silau ni bukan semata-mata silau cahaya matahari je. cahaya lampu pun boleh buat sakit mata. sebab tu aku tak suka sangat drive malam. walaupun pakai cermin mata, tapi tetap silau jugak. jalan kampung ni memang gelap sikit kan. suram-suram je lampu. bila banyak kereta, memang sakit mata la tengok suluhan lampu kereta tu. lagi-lagi yang lampu kereta warna putih. memang nak kena maki je. boleh terbabas tau tak sebab tak nampak jalan punya pasal. bertimbang rasa lah dengan orang yang rabun silau macam ni. pergi tukar lampu warna kuning sana. kurang sikit silaunya.

18 comments:

are_lin@yu said...

hehe klu untuk ayu bergaya kot..tp bla pns nya mntari semestinya keperluan..hehe

Izwa Kamaruddin said...

perlu perlu perlu..lagi lagi org yg senang sakit kepala mcm akak nie..

Nurul Husna Mohd Hassan said...

mula2 kehendak. tapi boleh jadik keperluan untuk kurangkan silau matahari :).

*SiRibenMerah said...

perlu....yeahhh~

adventure mama said...

depends hehe..sy pening kalo pki sunglasses..eheh

fynahere said...

fyna ada 2,3 tp beli je..pakai xpun =.=

emarieys said...

pakai siang tak apa..pakai malam memang mengada-ngada

kurus said...

adakalanya perlu .. adakalanya tidak ! ekekke tgk keadaan ;)

Kazman / Sue said...

hanya orang yg mempunyai tahap silau yg tinggi tahu akan penderitaannya seperti kami juga...

kathy said...

ikut situasi lah kan..kdg2 pelu, kdg x..hehe..sy pun rabun, nasib baik rabun silau kurang sikit ^^

Sis AI said...

Hmm.. Sy jarang sgt pkai sunglass, tp tgk ahli fmily pkai, ktanya chaya matahari. Apapun, sy dfahamkn klu pkai sunglass yg kat psar mlm, jnis murah2, dpt rosakkn mata.. Kna pkai yg elok skit la..

Unknown said...

Bagi nurul keperluan.. seba kalau bawak kete waktu tengahari mata ni tak tahan dgn chaya matahari..

Liyana Anuar said...

kalau silau teruk sangat memang perlu sangatlah cermin mata hitam tu~~

nak lagi selamat baik buat cermin mata yang mmg siap2 utk silau skali..sbb malam takkan nak pakai cermin mata hitam jugak kan..huhU~~

Firdaus Ahmad said...

u look fat.. (faaa....ncy) statement jujur...haha..

Aida Tamrim said...

Assalammualaikum ..

Sempat gak balas komen kengkawan .. Minggu ni sgt sibuk !! Huhuhu ..

Suka la sunglasses awak ... beli katner?

Azhafizah MN said...

ianya untuk keperluan memberi perlindungan pada mata dalam masa yang sama boleh bergaya sekali.^__^

nuyui a.k.a miss YUI said...

mampu,apa slhnya kan..hihi.

Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine said...

memang perlu.. untuk menampak kn kita lagi jelita or hensem.. hahahahah

..klik klik..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...