Friday, June 22, 2012

tukar krim muka lagi - organic aid

aku dan produk muka memang tak boleh nak setia betul. agak-agak nampak bagi kesan yang tak best tu, harus bertukar yang lain pula. 


sebelum ni ada pakain skinz infinite. pelembap dia ok. boleh mencerahkan kulit. boleh meratakan warna kulit. tapi, ada satu sebab yang buatkan aku tak berapa puas hati sikit. pelembap ni mencerahkan kulit, tapi tak pudarkan parut jerawat. bila kulit makin cerah, parut jerawat pula jadi nampak makin ketara. -___-" kita ni nak hilangkan sekali parut jerawat tu. beli mahal-mahal, tapi kalau tak memuakan, rugi juga kan.


maka, aku bertukar kepada produk organic aid. ni pun sebab dah tak tahu nak pakai krim apa. ada yang kata krim ni ok. ada yang kata tak ok. ikut kulit muka seseorang tu juga kan. 



ni lah dia organic aid vitamin E moisturizing cream. dalam 14 ringgit lebih tak silap. lupa pula. tertarik sebab dia vitamin E cream kan.



ni dalam dia. cream dia ni jenis yang likat sikit. macam ubat sapu klinik tu pun ada. mula-mula pakai agak pelik. tapi dah dua tiga kali pakai, dah tak rasa pelik. rasa biasa je. ^__^


setakat ni dah seminggu pakai. nasib baik ok dengan muka aku ni. tapi tak tahu lah lama-lama kan. kita tengok lah nanti macam mana hasilnya. mana tahu jadi siti nurhaliza. hahaha.

22 comments:

Nurul Husna Mohd Hassan said...

kalau macam ct nurhaliza, saya orang 1st mintak sign. hehe

Kathy Tuah said...

x penah lagi try yg organik mcm ni.. buat masa skrng guna safi je ^^

fieda said...

kak fieda guna safi rania..

sarah mohamad said...

Saya pun selalu tukar krim muka ni, rasa cam membazir je tapi apakan daya kalau tak tukar kang naik jerawat berketul ketul. heee

Anastasyea Aida said...

Saya pun tak pernah lagi guna produk ni. Nak tau jugak kesannya macam mana. Nanti update lagi nanti k .. ^__^

www.anastasyea.com

jaakechik said...

jaa guna fair & lovely je..hehe

Anisa Hang Tuah said...

tak pernah try

-__-

jemarisuri said...

sis jugak tak dpt guna ikut suka tak pasal2 lg teruk muka sis...moga dik berjaya mendpt kulit yg dihajati..

Yana Libra said...

tak berminyak ke muka pakai? huhu~

Wanieys said...

akak guna safi jer...

IntaNBerliaN said...

kalu muka yg jnis senag2 je blh tukar apa2 produk oklah kan.. cam akka, kalu xsesuai.. tumbuh jerawat satu muka.. ahhahha

Yumida said...

hg pn berbaloi kan..semalam tgk wanita hari ini..ada laser khas utk cerahkan kulit..woo..mmg canggih skrg kan...

izamin said...

fizah setia dengan tia emilia je.. huhu tak leh tukar dah.. nnti keluar jerawat >< errrr tanak lah dia kuar

siti kektus said...

aih, kite pon jenis yg bertukar krim. tapi, tak de 1 pon yg lekat. sabar je lah.

Aida Azryn said...

aida guna alaisyah je. hehe

drzira said...

kenape rse pelik? rse cne?

✽ ⓔ ⓔ ⓘ ⓨ ⓢ ⓢ ✽ said...

lamaaaaaaaaaaaaaaa sudah tak berkunjung ke sini... salam kebizian dari teratak siFaqir 'ilmu
.............................
terima kasih atas kesudian meninggalkan komen (^___^)
.............................

haz said...

haz pun br nk beli crean ni. testi byk kte ok. tu yg nk try. hihi amcm ok x pkai?

Anonymous said...

saya pakai yogurt asli je malam2

Anonymous said...

salam...dulu mse umo 18thun (skrg 28)kene minyak panas kt dada(bawah leher), teruk betol masa tu parut & luka kene minyak panas tu..pastu sy sapu hari2 krim ni..alhamdulillah...langsung xde parut yg tggl...

zek zaidie said...

mane saya nak dapat kan lagi krim ni...kerana ditempat saya di bandar sudah tiada beberapa bulan sudah...saper2 boleh tolong belikan dan pos kan...pleas tolong saya....bole hubungi saya di no ini ya 0148427517...AISHAH HASSAN....
FB-Aishah Hassan

zek zaidie said...

tolong

..klik klik..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...