Thursday, March 24, 2011

kemana hala tuju : marikulasi, asasi, STPM atau diploma

matrikulasi

matrikulasi ni ada dua jenis. 1 yang setahun. 1 lagi yang 2 tahun.. ikut kelayakan nak dapat yang mana. ramai orang kata mariks ni susah.. aku tak tau sebab tak ada pengalaman. tapi bila tanya orang, diorang kata biasa je.. boleh je lah bawak dekat matriks ni.. lagi-lagi kalau score subjek-subjek math and sains.

lepasan matriks nanti boleh pilih je mana-mana universiti and apa-apa course untuk sambung degree..

asasi

asasi ni lebih kurang macam matrikulasi jugak sebenarnya.. dia ada dekat universiti tertentu je.. nak isi dekat borang UPU tu.. ada dengan diploma sekali.. untungnya asasi ni, sebelah kaki korang dah ada dekat universiti tu dah..

kalau asasi yang dah fokus dekat sesuatu course, so pilihan untuk ke degree kurang la.. contohnya Asasi Alam Bina dekat UM. korang ada 4 pilihan course je boleh pergi.. apa yang korang belajar pun lebih terjerumus dekat course tu je.. macam tu jugak dengan asasi lain. macam Asasi Pertanian UPM, Asasi Kejuruteraan UITM and lain lagi lah..

asasi ni ada yang setahun, setahun setengah and dua tahun.. ikut universiti.. boleh tengok dekat website lah..

STPM

mesti ramai yang tahu STPM kan.. aku rasa STPM pun ok je.. macam matriks jugak.. cuma beza 2 tahun.. belajar dekat sekolah.. kalau rajin, boleh score and boleh masuk degree nanti..

Diploma

aku rasa diploma banyak jadi pilihan.. banyak universiti yang tawarkan diploma.. kalau betul-betul nak belajar apa salahnya.. pilih course yang banyak peluang pekerjaan.. takut nanti penat belajar, kena menganggur pula.. diploma 3 tahun.. kalau tak lepas, boleh repeat..


so adik-adik.. buatlah pilihan yang bijak.. bincang dengan family.. kalau ada dalam family yang dah ada pengalaman dalam semua ni, lagi elok.. tanya pandangan diorang..^_^

3 comments:

Unknown said...

salam kenal :)

nur anis said...

alinac lover : salam kenal..:)

Syat0za Zai said...

Assalamualaikum, :D singgah sini baca pasal entri ni..uhuhu

..klik klik..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...