Thursday, September 30, 2010

post beremosi : kenapa orang memilih kerja?

kenapa ada di antara rakyat kita suka sangat bertukar-tukar kerja. kalau baru mula-mula nak mengenal alam pekerjaan masih tidak mengapa. kerana mereka mahu mencari pekerjaan yang betul-betul sesuai. tapi kalau dah beranak bini, tapi nak jugak tukar-tukar kerja susahlah.

aku minta maaf jika ada yang terasa. aku cuma geram kalau mereka berhenti kerja sebab alasan yang tak munasabah. gaji sikit. tak larat lah. kalau berpendidikan tak apa. ni kalau setakat belajar tingkatan 3 je, kenapa nak memilih. gaji seribu lebih tu kira banyak jugak apa. bukan bujang lagi pun. anak dah dua tiga. yang tanggung makan minum mak bapak mertua.

mak bapak mertua pulak dah la bukan orang senang. kerja kampung sahaja. kasihan tengok mereka. orang lain yang sibuk carikan kerja. isikan borang. tapi diri sendiri? ayah aku dulu mula kerja dengan gaji rm250 sebulan. ini memang kenyataan. berkat bersabar, sampai sekarang masih mampu besarkan anak-anak sampai berjaya.

post kali ini agak beremosi. bukan apa, kejadian ini jadi disekililing aku sahaja. bukan sorang. tapi lebih. cuma tak sanggup tengok orang lain yang kena mencari rezeki.

peraduan dari OhPemandu.com

blog oh pemandu tengah buat contest. terasa nak join je. bukan apa, tengah bosan tak ada idea nak tulis entry apa dah. walaupun aku bukan pemandu dan memang tak reti memandu, tapi aku nak jugak join. boleh kan?

aku baru tau jugak blog oh pemandu ni. tapi bila tengok, kelakar jugak. macam-macam gelagat atas jalan raya. gambar banyak yang menarik.

dekat sini aku sertakan cadangan tagline untuk oh pemandu.
  1. satu jalan, banyak ragam
  2. bila pemandu lepas geram

sesiapa berminat, ini linknya..http://ohpemandu.com/2010/07/peraduan-mencari-tagline-untuk-ohpemandu/ hari ni last day (30 september 2010)

angel vs devil

gara-gara nak print assignment hari ni, aku terpaksa buat jahat. bagi budak baik seperti aku, memang susah bila terpaksa buat jahat. haha. ini memang ayat poyo. maaf. sila abaikan.




ibarat seperti gambar. keliru memilih antara jahat ataupun yang baik. namun, apakan daya. kejahatan lebih menguasai diri. sebab tu dia sengih nampak gigi. sebab dia dah berjaya.

tidak. ini bukan salah aku. niat aku sudah baik untuk pergi ke kelas. beg juga sudah diletakkan di dalam kelas. sementara menunggu kelas yang bermula lewat sedikit, aku dan rakan memutuskan untuk print assignment yang harus dihantar petang ini. tapi, apakan daya bila pelbagai masalah pula yang timbul. sejam masa dihabiskan untuk print assignment yang cuma dua helai!!

mahu masuk ke kelas, tapi.. takut. takut kena marah dengan lecturer. lecturer itu tidak suka pelajarnya lambat. jadi kerana ketakutan yang amat sangat, kami terpaksa ponteng juga. memandangkan aku tidak pernah lagi ponteng kelasnya, jadi apa salahnya ponteng sekali. tersangkutlah kami di makmal komputer sementara menunggu kelas seterusnya.

Wednesday, September 29, 2010

bila pensyarah mengajar dihadapan, anak murid di belakang?

kelas malam semalam sangat bosan. aku langsung tak tau belajar apa. sebab aku memang dah penat nak belajar. bahaya betul.


meja dah penuh dah. pelan dah buka. SMM2 pun dah buka juga. contoh bills of quantity pun dah buka. semua dah dibuka. bekas pensil pun sudah mengeluarkan isi-isi di dalamnya. tapi, perlu kah pen yang bewarna-warni sebegitu?


makanan ringan pun sudah dibuka. walaupun bukan aku yang punya, tapi aku tak akan ketinggalan menjadi penyumbang terbesar dalam menghabiskan makanan tersebut.


tada.. cantik kan nota aku. memang tak ada kerja. ini adalah kerja biasa bagi pelajar-pelajar perempuan sekolah menengah. rugi tau kalau tak pernah cuba masa sekolah dulu. menconteng di atas tangan sendiri. macam dah tak ada kertas sahaja. jadi, apa salahnya perasan jadi budak sekolah balik kan.? ^_^



akhir sekali, muka orang bosan. sweater tu untuk dipakai, bukan letak atas kepala. aiyo..

saya suka rumah saya

rumah aku merupakan kampung aku. yang ni memang tak best. aku rindu suasana balik kampung jauh-jauh. lagi-lagi bila nak raya. teringat semasa aku duduk di jengka dulu. memang semangat terlebih nak balik kampung. selepas itu pindah ke sungkai. jauh lah sikit balik kampung. pindah pula ke sg tengi. lagi dekat. bila rumah di kampung sudah siap, lagi la dekat. depan mata rumah nenek aku.

tapi aku suka kampung aku atau erti kata lain rumah aku. maksud aku di sini suasana dia. suasana kampung tu sangatlah ada. yang pertama sekali ada sawah padi. kampung aku bukan di kedah ye. cuma di sekinchan sahaja.



seronok bersantai di sawah seperti ini. tenang rasanya. angin pun sangat kuat.


macam ni lah selalu. duduk bertenggek tepi sawah. kadang-kadang aku suka ikut abah pergi menjala ikan. tapi sekarang aku dah pandai memancing. seronok sangat. tapi balik seronok juga. tengok cermin muka hitam legam. haha. lepastu tengah memancing orang lalu mesti pandang-pandang. ye la, tiba-tiba ada seorang budak perempuan duduk memancing sorang-sorang. ayah aku tak memancing. dia cuma menjala. mana boleh duduk dekat-dekat dengan aku.

kalau dulu seronok. senang je nak pergi sawah @ bendang. sebab sawah seberang jalan besar. dulu cuma dua lorong. senang nak melintas. naik basikal pun boleh. tapi aku tak suka bila dia dah buat 4 lorong. kereta laju-laju. banyak pulak tu. sebab tu je satu-satunya jalan utama. aku dah tak berani nak melintas walaupun naik motor. :(



jadi, aku pergilah pula duduk di tepi laut. seperti gambar di atas. oh, ini bukan pantai yang boleh di buat mandi. cuma pantai paya bakau. hanya untuk menghirup udara pantai. maaf. tak ada gambar lain. terpaksa mempromosikan mamat di atas pula. kecik-kecik aku suka pergi tepi laut semata-mata nak kutip kulit kerang. dah kutip, basuh bersih-bersih. lepastu simpan, tak ada motif.

sekian sahaja kisah rumahku, kampungku. tengah rindu rumah sebenarnya ni. =p

note : fifie ku sayang, bila mahu datang rumah?? ^_^

pagi yang nyaman

pagi-pagi bangun awal. walaupun tak ada lah tersangat awal. tapi masih boleh dikira awal pagi. walaupun mata masih mengantuk, gagahkan diri juga untuk bangun. bukan kerana apa, cuma mahu membiasakan diri dan sekali gus mendisiplinkan diri dalam jadual bangun pagi.

bila di asrama, bangun awal pagi tidaklah begitu terasa. tetapi, kalau di rumah memang sangat terasa. pagi-pagi bangun sahaja tidur, membersihkan diri sedikit. (sebab mandi awal pagi di kampung sangat sejuk ok. menggigil satu badan. jadi mahu elakkan. ) pagi-pagi ni lah selalunya sibuk kemas rumah. kemas apa yang patut. bila rumah kemas, baru lah tenang nak duduk dalam rumah kan. tapi nanti kejap lagi kalau budak-budak kecik datang memang sekelip mata bersepah balik. memang penat..

selepas itu, duduk di beranda rumah. tengok orang lalu lalang. semua orang awal-awal pagi dah mencari rezeki. kalau di tempat aku, ada yang akan pergi ke sawah, ada yang akan pergi ke ladang. semua mencari rezeki. ada jugak yang pergi ke jeti membeli ikan untuk dibuat lauk. sambil menunggu abahku membeli sarapan. di rumah aku sangat jarang membuat sarapan. sebab kalau buat memang menbazir. tak akan habis. jadi cuma membeli sedikit sahaja dari makcik-makcik yang pagi-pagi lagi dah menjual.

sangat rindukan suasana pagi begitu.

Tuesday, September 28, 2010

nak jerit sikit

agaknya kalau sekarang ni aku jerit..

"fifie......i miss u!!!!"

dia dengar tak..? ^_^

ouh..kenapalah jauh sangat..

tips menjawab SPM

aku pun tak tahu kenapa aku asyik terfikirkan SPM sekarang. mungkin kerana adik aku bakal menduduki SPM, jadi aku rasa sedikit risau. bukan sedikit sebenarnya, tetapi sangat risau. teringat sewaktu aku berada di tingkatan 5, cikgu-cikgu aku banyak memberi tips menjawab peperiksaan. jadi, aku hanya mengikut tips-tips yang mereka berikan.

antara tips-tips nya :

  1. lebih menumpukan buku teks berbanding buku rujukan. sebab kebanyakan soalan diambil daripada buku teks sahaja.
  2. jika soalan subjektif, tempat kosong yang disediakan adalah cukup-cukup untuk jawapan anda. tidak boleh terlalu sikit dan tidak perlu terlalu panjang sehingga tidak cukup ruang. jika dulu, siapa yang menulis panjang berjela, cikgu aku akan mengatakan bahawa mereka seperti menulis lirik lagu.
  3. buat rujukan terhadap soalan-soalan peperiksaan lepas dan soalan-soalan percubaan bagi setiap negeri.
  4. untuk bahasa inggeris, sesiapa yang tidak mahir dalam bahasa inggeris ( seperti aku ) digalakkan menghafal 1 karangan cereka. senang untuk anda mejawab karangan bahasa inggeris nanti. cuma anda perlu bijak mengolah karangan yang anda hafal mengikut soalan. ( ini sangat membantu aku )
  5. bagi matapelajaran matematik dan matematik tambahan, anda harus banyak membuat latihan. semakin banyak anda buat latihan, semakin senang anda faham.
itulah antara tips-tips yang aku ingat. selamat mencuba kepada adik-adik semua..^_^

note : berapa kali aku cakap benda ni dekat adik aku. respon nya cuma buat bodoh je.. gerammm..

al-fatihah

setiap yang hidup, pasti akan pergi jua. al fatihah kepada pakcik aku yang baru menghadap ilahi tengah malam tadi..berita yang sangat mengejutkan. bila tengok kesihatannya raya hari tu, nampak sangat sihat dan sangat ceria. pertama kali aku lihat dia bergurau senda dengan semua orang. mungkin itu petanda ajalnya makin hampir.

tak sampai hati bila terkenangkan anak-anak dan isterinya. dari satu masalah ke satu masalah, tak pernah berhenti dugaan ilahi. anaknya yang bakal menduduki SPM dan PMR, aku harap diorang tabah.

al-fatihah.

Monday, September 27, 2010

bahaya perempuan memandu seorang diri pada waktu malam

entry kali ini khas untuk para wanita atau gadis di luar sana. kepada sesiapa yang suka memandu seorang diri pada waktu malam, harap silalah berfikir banyak-banyak kali. bahaya sangat. jangan dah terhantuk baru nak tergandah.

berita metro hari ini. seorang gadis DIPERKOSA PEROMPAK DALAM KERETA. gadis tersebut memandu seorang diri pada pukul 11 malam. bila berhenti di lampu isyarat, terus ada orang masuk kereta dia, pukul dan paksa dia duduk bahagian penumpang. gadis tu kena bawak pusing-pusing dan sampai satu tempat dia dirogol. bila baca, memang sedih. dah la kena rompak. kena rogol lagi. kalau nak baca lebih berita tersebut klik sini..

dahsyatnya azab neraka

walaupun aku tengah sibuk dengan assignment, tapi bila dah tension sebab tak dapat buat. mulalah aku buat kerja lain. macam biasa, aku akan ziarah ke blog-blog orang. jalan punya jalan, aku jumpa blog ni..

post dia menceritakan tentang kisah seorang wanita yang koma sewaktu menunaikan haji. dalam komanya, dia menerima azab yang sangat dahsyat akibat daripada dosa-dosanya. jika nak baca dengan lebih lanjut klik sini..

fungsi katil


nampak cantik kan katil tu.. macam empuk je kalau nak baring-baring atas tu. cuma tukar bunga mawar tu dengan bunga lain. bagi aku bunga mawar busuk. pening kepala aku bau. haha.

apakah maksud katil bagi anda. pernahkah anda rasa katil memberi manfaat yang banyak kepada anda..?

fungsi-fungsi katil :

  1. tempat tidur ( ini yang paling utama )
  2. tempat berangan
  3. tempat bergayut ( sambil selubung dalam selimut )
  4. medan untuk membuat assignment
  5. tempat untuk mengulangkaji pelajaran
  6. tempat untuk melayari internet
  7. tempat selesa untuk menonton cerita
  8. tempat untuk bermain game
  9. tempat makan
  10. tempat minum juga
  11. tempat untuk anda berehat jika sakit
  12. tempat untuk anda menggosok baju
  13. tempat untuk bersembang dan bergosip
  14. tempat untuk mebuat kad atau membungkus hadiah
  15. tempat melipat baju
  16. tempat untuk melonggokkan baju-baju yang baru di angkat sebelum dilipat ( mungkin boleh jadi berhari-hari )
rasanya banyak lagi fungsi katil ni. cuma tak ingat. erti kata lain, apa nak buat, mesti atas katil punya lah. tapi, bagi aku, fungsi katil ini cuma semasa aku berada di asrama sahaja. sebab bila di rumah, aku paling tak suka katil. aku tak suka berkurung dalam bilik. sebab aku rasa rimas dalam bilik.

..klik klik..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...