Friday, June 5, 2015

dapat cash back melalui shopback

Sebenarnya dah lama aku join shopback ni. Entah bila aku register pun tak tau. Tak faham pun pasal benda alah ni. Main klik klik klik je. 

Dan hari tu aku nampak shopback ni bagi email. Bila aku buka akaun, tengok, eh! ada duit. Mana datang?

Haaaa. gini rupanya. Bila tengok balik, RM10 tu dapat sebab register tak silap. Lepas tu singgit lebih tu dapat sebab beli barang dekat lazada. 6 hinggit tu dapat sebab beli air chatime dekat foodpanda. 

oooooo... baru faham. 

kat sini ada list-list cashback yang kita akan dapat kalau kita shopping dekat website tertentu. Ni baru sebahagian dekat kategori fesyen. Ada banyak lagi ketegori macam foods and beverages, travel dan lain-lain.

Tapi aku tak tahu cashback tu boleh redeem apa. Sebab tak cukup lagi nilai boleh redeem. Alang-alang suka shopping, apa salahnya shopping guna shopback ni kan. :)

Thursday, June 4, 2015

mak abah konvo


Eh eh eh!

Mak abah dah konvo.

Bila masuk belajar?


Hihi. Suka tengok gambar ni. Ni masa konvo adik bongsu. Mak abah tumpang bergambar dengan jubah.

Walaupun mak abah belajar tak tinggi, tapi tetap dipandang tinggi di mata anak-anak. :)

rumahku berbunga-bunga


ewaaahhh. Berseri sudah balkoni rumah kecilku. sejak balik Cameron, terus excited nak hias bunga dekat rumah. Semua ni kami angkut dari kampung. Curik sikit bunga mak mertua. 

Pasu beli kat kedai 2 hinggit je yang barang semua dah jadi RM2.12. GST punya pasal.

Lepas ni nak cari rumput plastik tu lah. boleh alas dekat lantai balkoni yang kecik cenonet ni. jadi la kan.

Monday, June 1, 2015

kisah pagi ahad di pasar shah alam

Al kisahnya aku tengah gigih mencari baju raya ikut tema warna hijau lumut. Perggg. Bapak aih payah bebenau nak cari baju siap warna hijau lumut ni. Nak hantar tailor memang tak dan dah la. Kalau boleh memang aku nak settlekan baju raya sebelum puasa, sebab malas nak jalan waktu bulan puasa.

Jumaat tengah hari tu aku dah pusing 1 masjid india. Tak jumpa yang berkenan. Terasa diri ni dah tua pulak bila jalan masjid india, tapi tak ada nafsu nak shopping macam zaman anak dara dulu. Sekarang nafsu shopping kat barang anak je. 

So, suami suggest pergi pasar pagi ahad dekat stadium shah alam tu. Bukan senang tau suami nak ajak pergi tempat crowded gini. Semangat la pukul 8.00 pagi gerak dari rumah. Sampai sana dalam pukul 9 gituuu. 

Tapi mak aihhh. ramainya orang. Besar pulak tu tempatnya. Tapi tekad, kena jugak dapatkan baju raya tu. Penat datang dari jauh. Harung orang ramai gini. Husband dengan husna dah give up awal-awal. So, diorang tunggu dalam kereta, aku sesorang la duduk keliling pasar tu.

Tengah jalan, jumpa carpet pulak. Rembat la sekeping buat hadiah mak. Murah la kot saiz besar 10xberapa entah ukuran dia. RM120.

Dah nak penghujung pasar, Finally!!! aku jumpa baju kurung siap warna hijau lumut. Aku nampak ada orang tengah beli. Aku tanya, ada lagi tak? Dia rasa macam dah habis warna tu. Tapi dia try cari. Dannn.. Ada wehhh. Suka aku. Tak sia-sia datang.


inilah dia hasil tangkapan. Baju kurung modern jenis kain cotton tenun gitu. Harga RM110 sepasang. Dapat RM95 lepas mintak tawar. Legaaaa...

Baju Husna tak jumpa lagi.. Huwaaaa..

..klik klik..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...