Friday, September 12, 2014

GST - harga rumah bakal naik 3 hingga 4%

 

kalau macam ni, sampai bila rakyat nak beli rumah. Harga sekarang pun dah mencanak naik. Lepas ni apa tah lagi. 

Yang kaya makin kaya, yang miskin makin miskin.


Bukan nak mengeluh, bukan tak nak berusaha. Tapi, terbeban juga. 
 

check up pregnant - berat naik mendadak lagi

Al kisah last month berat naik 3.5 kg.  Rupanya bulan ni lagi teruk! Hurmmm. Penat control makan. Tapi sudahnya,

naik 5kg kauuuu.

Dah, stress. Tak nak control makan dah. Badan tetap naik. Terpaksa la tadah tekak minum air gula minggu depan. T___T


Dan lagi, scan baby tetap baby tak nak tunjuk jantina. Huhu. Seronok ye anak ibu ni nak bagi surprise dekat ibu abah.


Tak apalah, tunggu baby lahir je la baru tau boy ke girl.. Heee..

belajar jadi mak mak


ni lah bila budak berdua ni jumpa mak ngah dia. yang aqid tu okay lagi. nak lagi la kalau orang nak ambik dia. tapi kalau tika tu. hadoihhh. kalau jumpa aku, memang berlagak habis. dengan semua orang dia tak nak. mommy dia pun dia tak nak. melekat je la dengan aku 24 jam.


petang ni nak balik kampung. bebudak 2 orang ni pun balik kampung juga. tak sabar nak jumpa bebudak 2 orang ni. rinduuu. walaupun baru jumpa last week.

Thursday, September 11, 2014

Rezeki Baby - Tilam Kekabu

Alhamdulillah...

Dalam mencari-cari tilam baby, yang rata-rata tengok mahal-mahal semuanya. Ada kawan office hadiahkan tilam dekat atas ni. Syukur sangat. 


Sebab tak tahu baby boy atau girl, dia belikan je dulu warna biru. Lelaki ke Perempuan ke, boleh je pakai. 


Murah rezeki anak ibu ni. ^__^

Wednesday, September 10, 2014

handbag besar gedabak

 ni lah handbag besar gedabak yang aku baru beli hari tu. Memang aim nak beli handbag besar sekarang ni. Al maklumlah, bakal jadi ibu kan. Kang senang nak sumbat pampers, baju baby, botol susu dalam beg kalau keluar jejalan.


Dan maka dengan rasmi juga aku dah jadi mak-mak dah weekend lepas. keluar jejalan dengan akak dan anak-anaknya. Maka beg ni la letak botol susu anak buah.

Tuesday, September 9, 2014

mengidam mi siput

Tiba-tiba hari tu terasa teringin sangat nak makan mi siput cicah sambal merah. Perghhh. Terbayang-bayang je sentiasa. Masalahnya pulak, mi siput ni ada dekat johor nun jauh tu.

Mula la tanya bebudak office, kot-kot ada yang nak balik Johor. Boleh la kirim. Tapi sedihh. Time tu juga tak ada yang nak balik Johor. Tak ada yang nak outstation ke Johor. 

Jadi aku pun siap google lagi kot-kot ada yang jual online. Haha. Gigih. Tapi memang malang sebab tak ada pun orang jual online. T__T

Hari Jumaat lepas, lunch hour tu biasalah kan. Rehat lama, maka pergi merayap la jalan-jalan cuci mata. Masuk office semula, tengok ada bungkusan plastik atas meja. Sekali buka...

Tadaaaa...

Mi siput weh!!!! Ya Allah.. Happy sangat.

Ada sorang kawan office jumpa mi siput ni masa dia pergi Halfest last week. Terus dia belikan. Suka sangat rasa. ^___^

Alhamdulillah. Rezeki baby dan ibu dia sekali. Heeee..

Monday, September 8, 2014

sukar tidur malam

Sekarang ni bila kandungan dah masuk 7 bulan, aku perasan yang aku susah sangat tidur malam. Walaupun mata mengantuk dan penat sekalipun, memang agak susah nak melelapkan mata. Kalau dulu, pukul 9 malam je, dah boleh lena dibuai mimpi. 


Bila dah tidur lambat, bangun pun dah asyik terlajak je. Dan masuk harini, dah 3 hari berturut-turut punch card merah. Huwaaaa.. Mata pula memang asyik mengantuk je dekat office ni.


dapat bantal selimut, sodap ni. Heeee..

..klik klik..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...