Friday, November 9, 2012

mood kembali berbawal

seriously dah lama sangat-sangat tak pakai tudung bawal.
asyik tudung ekspress je.
senang. 
sarung je dekat kepala.
tak payah susah-susah tiup-tiup muncung.
angin kuat pun tak kelepet tudung.
haha.


tapi sekarang ni dah mula berjinak dengan tudung bawal.
rasa rindu tiba-tiba.
tapi koleksi tudung bawal dah habis semua dibedal adik dan kakak.
-___-"

hishh. memang suruh beli baru lah ni.



ni dalam kereta redah jem masa nak ke Port Dickson raya haji hari tu.
marah azee aku buat gambar ni jadi profile picture fb.
nasib lah zee. dah memang muka ko tak fotogenik. haha.
suka pulak dengan bawal tone-tone macam ni.
tengah dalam misi buat koleksi.
^__^



Saya join GA 2012 Nurul Yui


klik kartun comel atas ni ye untuk join. ^__^

saya join GA 2012 Nurul Yui kerana...

haruslah nak support yui kan. mana tahu kot-kot ada rezeki dari yui. heee.


majlis tunang sepupu

ni majlis tunang sepupu masa raya haji kedua hari tu.


tukang sibuk.
bersama isteri sepupu aku dengan makcik aku.

dan ni lah my cousin yang bertunang hari tu.
untung muda-muda dah bertunang.
bawah aku 3 tahun kot.
^__^

Thursday, November 8, 2012

sesi menyelongkar beg


ni gambar masa pergi rumah akak time raya haji hari tu.
seronok betul tika ni menyelongkar beg aku.
aku tengok lepas tu,
tengok dalam tu macam-macam ada.
dan macam-macam juga barang dalam tu dah bersepah keluar.
tika lah tika...
tak sabar tunggu dia balik ahad ni.
^__^

Wednesday, November 7, 2012

aiskrim jus mangga


yummyy..ais krim jus manggaaa.. ^__^


ni hari tu la terlalu banyak mangga masak.
daripada busuk, baik kita buat aiskrim je kan.
boleh jugak simpan dalam peti.


ni first time buat.
first time hari tu, rasa macam dah pekat dah.
tapi bila dah jadi aiskrim, macam kurang pekat.
so, kali kedua buat pekat lagi sikit.
bila dah jadi aiskrim, memang yummyyy sangat.
tekstur dia pun soft je.
^___^


haritu ada mak sedara bagi tips.
kalau nak tekstur aiskrim ni lebih lembut, campur tepung jagung sikit.
tapi aku tak pernah cuba lagi.
mungkin lain kali boleh cuba.

Tuesday, November 6, 2012

DIY : alter maxi dress jadi blouse

ni maxi dress yang dibeli dulu.
tapi just pakai dalam 3 kali je.
sebabnya, SINGKAT!
betul-betul paras buku lali.
tapi sebab pakai heels, maka, kesingkatannya tu lebih teserlah.


maka, ambil pen, pembaris dan gunting.
zap, zap, zap.
jadilah begini.

-
-
-
-
-
-

seeee. pendek sudahhhh.
baru lah boleh pakai selalu.
^__^
dah jimat tak payah membazir beli blouse baru.

Monday, November 5, 2012

si cecomot makan aiskrim

 tika ni suka makan aiskrim coklat.
tengok la habis comot sampai hidung tu ha makan aiskrim.


 meh zoom sikit.
hahaha.

..klik klik..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...