Monday, December 31, 2012

DIY - painting mug untuk kekawan


4 ketul mug yang dah siap aku conteng-conteng atas tu khas untuk kekawan office.
boleh lah buat kenang-kenangan kan.



hari ni last day kerja dekat office lama ni.
huuuu.. sedih!


bos susah hati sebab still tak dapat pekerja baru.


gambar - celebrate anniversary abah mak

lama jugak kot peram gambar ni.
punya lah malas nak update.
jom layan gambo jom.



si kenit gemdut ni sebenarnya tengah sibuk menari.
sambil dengan lagu tema superstar astro ceria tu.
suka benor dia dengan lagu tu.
automatik bangun and menari.



hadiah abah untuk mak.
huhu.



ni pulak hadiah dari kitorang 4 beradik.
bagi set pinggan mangkuk je.
nampak budak tika tu tengah sibuk nak join bukak hadiah.



budak ni memang pantang nampak makanan atau minumam.
kompem laju je, "mam, mam"
pulak tu nak cawan dengan pinggan sendiri pulak tu.
tika lah tika.


eh, gambar makanan takde pon.
sebab dah kelaparan.
malas nak ambik gambar bagai.
huhu.


kitorang ni makan kat sungai pelek, sepang.
ingat nak makan seafood kat bagan lalang, dekat dengan goldcoast tu.
tapi hambek kau...
seramai ramai manusia ada dekat situ.
nak order pun sampai kena tunggu sejam empat puluh minit.
perghhhhhhh.
tak sanggup lah kitorang.



Saturday, December 29, 2012

buaian kecik untuk tika


ni buaian yang belum dipasang lagi.
tahu je tika nak balik kampung, laju je Tok K nya belikan buaian.
berpeluh peluh kot nak pasang buaian ni.
kejap kejap silap. kejap-kejap bukak.




eh! kata untuk tika.kenapa mak ngah dia yang sibuk?
hahaha.
tak sempat nak ambik gambar tika men atas buaian ni.
sempat ambik gambar mak ngah je.
^___^

Friday, December 28, 2012

menghitung hari

kalau sebelum ni, bukan main excited nak menunggu masuk tahun 2013.
tapi sejak kena tukar kerja ni, 
hari-hari neves tau.


ohhhh...harap sangat boleh kerja bebaik nanti.


tapi sekarang ni, rasa sedih jugak nak tinggalkan tempat kerja sekarang ni.
dah setahun lebih dekat sini.
nak tinggalkan kawan-kawan.
sedih kot.


terasa macam nak bagi kawan-kawan something yang boleh buat kenang-kenangan.
tapi apa ye?
ada suggestion?

Thursday, December 27, 2012

lunch pakai duit orang

walaupun dah lebih sejam lunch,
perut still rasa kekenyangan sangat.
ni gara-gara melantak sepinggan chicken chop.
sedappp kot.


tapi tu lah kan, makan pakai duit orang.
sebab hari ni dompet aku elok je tertinggal dekat rumah.
-____-"


pagi tadi ye ye je lah selongkar beg check bawak handphone ke tak.
siap masuk rumah balik nak ambik handphone.
tapi bila sampai office,
baru perasan yang dompet tak ada dalam beg.
-____-"


p/s : hari ni online pakai pc orang. sebab pc sendiri dah ting tong. macam tau-tau je aku dah nak berhenti. 

new year, new place, new work

alhamdulillah.
i'm so happyyyyyy!


aku lulus interview hari tu.
rasa macam tak percaya.
rasa macam mimpi.
^__^


dan, 2 januari nanti, kena lapor diri dekat HQ felda.
dan tunggu arahan sama ada bertugas dekat HQ atau kat wilayah lain.
tapi rasanya, HQ mungkin.


semalam pun dah hantar surat resign notis seminggu.
maap bos, sebab berhenti tiba-tiba.


dan, next week, mula tahun baru.
dan mula lah aku berhijrah ke tempat baru.
dan mula juga kerja baru sebagai pegawai tadbir.
hoyehhhh!


syukur!
semoga aku mampu bekerja dengan baik lepas ni.

Saturday, December 22, 2012

Friday, December 21, 2012

steamboat or seafood?

krismas ni nak celebrate anniversary my mom and my dad yang ke 27.
tapi disebabkan cuti aku habis, maka tidaknya aku dapat cuti isnin tu.
sobs sobs.


so, alang-alang sabtu ni dah balik kampung banting,
ingat nak singgah la celebrate makan-makan.


tapi sekarang ni dalam dilema.
sama ada seafood dekat bagan lalang,
ataupun steamboat dekat shah alam?


tanya abah, kompem lah abah nak seafood.
katanya makan steamboat tak puas.
haha.


tapi bila tanya mak, mak pulak nak makan steamboat.
sebab dah bosan ayik-asyik seafood je.
-___-"


kalau kat bagan lalang, seafood kat mana ye best?

breakfast buah delima


gambar google.


hari ni tak sempat nak beli sarapan.
dengan perut kruk krak kruk krak lapor.
nampak sebijik buah delima kat dapur.terus masuk dalam hand bag.
maka, bersarapan buah delima lah hari ni dekat office.


suka sangat makan buah delima.
cuma gigih la makan sebutir sebutir.
^__^

Thursday, December 20, 2012

review - the greatest love (korean drama)


gambar curik google.


sekarang ni tengah layan drama ni.
best kot cerita ni.
memang asyik nak gelak je.lagi-lagi hero dia yang agak entah hape hape tu.
memang sakit hati tengok.


tapi dah masuk episod belas-belas ni, serious sedih la pulak.
terus jadi drama air mata.


tinggal 2 episod je ni.
tak sabar nak tunggu ending.
hopefully happy ending.

Wednesday, December 19, 2012

tunggu je lah jawapan.

alhamdulillah.
selesai sudah interview semalam.
no more nervous nervous.
^___^


alhamdulillah jugak interview berjalan lancar.
calon pun tak ramai.
7 orang je kot calon.
nak pakai berapa orang?
entah lah.


untuk yang bertanya aku interview untuk jawatan apa?
jawapannya, pegawai tadbir.
mula-mula agak cuak.
yelah.
juruukur bahan - pegawai tadbir.
perghhhh. lain bidang kot.
tapi pergi jugak cuba nasib.
tapiiii.
syukur sebab jawatan tu untuk pegawai tadbir projek perumahan.
wahhhhhh.
ada jugak kaitan dengan course aku.
 cuma, aku pulak yang paling muda sekali dekat situ.
-____-"


apa pun, sekarang ni berdoa je lah rezeki tu ada.
insyaallah.


hari ni kepala ting tong sikit sebab penat drive pergi kerja sampai sejam setengah.
sebab malam tadi aku tidur sungai tengi selatan.
pagi-pagi tadi baru balik sekinchan and terus pergi kerja.
-____-"

Monday, December 17, 2012

interview felda. nervous!!

tadi dapat panggilan untuk interview kerja dengan felda.
walaupun call pagi tadi, tapi sampai sekarang kau nervous!


sangat-sangat terkejut dan sangat excited.
alhamdulillah.
cuma esok penentuannya.
harap aku dapat buat yang terbaik.


dah lama sangat tak pergi interview kerajaan.
last dulu time nak dapatkan scolarship felda.
tapi failed.
hopefully, kali ni lulus lah pulak.
bezanya, dulu scolarship study.
but now, interview kerja.


ya allah, permudahkanlah urusanku esok.


rakan-rakan doakan ye.
dan, any tips?


Sunday, December 16, 2012

mengata!

orang kata,
jangan mengata orang sangat, nanti terkena batang hidung sendiri.


betul kan.
contoh, 
" eh, anak si polan tu teruk lah. itulah. inilah."


nanti tup, tup dengar cerita, anak sendiri jadi macam tu.


aku tengok, dah banyak jadi macam tu.
bukan dekat orang lain je.
kadang-kadang diri sendiri pun pernah terkena.


jadi, berhati-hatilah.
memang tak elok kan mengata orang.


pengalaman banyak jadi pengajaran untuk kita.


"peringatan untuk diri sendiri juga."


Saturday, December 15, 2012

azam 2013

lagi 2 minggu je kan dah nak masuk 2013.
means, i'm 24 next year.
ohhhhhhhhh!
makin berusia nampaknyaaaa.


so, sekarang ni satu je azam yang kena tekad jugak laksanakan.
KUMPUL DUIT!


kalau sebelum ni saving ikut suka hati je kan.
bulan ni simpan lah.
nanti next month, tak simpan pulak.
lepas tu nanti, dah penat kumpul, "ehhh..nak beli itu lah.."
zappp..habis guna semua saving tu.
-____-"
but starting next year, kena disiplin!


untuk apa?
wink. wink.

bila?
belum tentu lagi.
tapi apa pun, kena jelah kumpul duit dulu kan.
segalanya perlukan duit.
so, ready je lah dari sekarang.
tahun depan? atau tahun depan lagi satu?
tak kisah lah bila.
cukup duit, jalan.
tak cukup lagi, kumpul je lah sampai cukup.
^__^


Friday, December 14, 2012

hujan macam ni, tidur memang syok!

patut lah cuaca tengah hari tadi panas terik semacam.
nak hujan rupanya.
perghhh. sejuk macam ni, tidur memang benda yang sangat heaven sekali.
lagi-lagi lepas perut kenyang.
memang nak menternak lemak sungguh.
-____-"


bila dah mengantuk, malas je nak buat kerja.
tolak tepi, sambung isnin nanti je lah ye kerja ye.
^____^


tapi tu lah, nak BW, internet pulak lambat.
loading punya loading, keluarnya tak jugak.
memang menguji kesabaran.


program sehari riuh sekampung - part 2

intro sudah. part 1 pun sudah. now part 2 pulak. hoyehhhh!
kali ni meh tengok gambar game pulak.


haaa..ni acara pertama.
explorace?
no no no...
nama acara ni NOSTALGIA.
kenapa kitorang namakan nostalgia? apa pulak game dia?
sebenarnya, ni game tangkap ayam.
haaaa...kitorang bagi nama nostalgia sebab nak menggamit kenangan dolu-dolu tau.
sebab kan dulu, kalau nak makan ayam, mesti kena kejar, kena tangkap ayam sendiri kan.
tak macam sekarang. ayam dah terhidang depan mata. huhu.
hambekkk, sampai ke kebun kejor tangkap ayam.


haaa..ni pulak game terompah gergasi.
perghhhhh. payah kot benda alah ni.
tengok bebudak main macam senang je.
tobat tak nak main dah. haha.

seee..kan dah cakap tadi.
tengok budak kecik ni relax je main. huhu.


ni pulak acara lari dalam guni kategori dewasa.
haaaa.. game ni best.
^___^


 lari dalam guni kategori kanak-kanak.
penuh 1 guni.
hikhik.


my cousin yang sangat buas tapi pemalu.
bila kena sorak, langsung taknak gerak.
sampai kena tarik guni tu sampai lah ke garisan penamat.
sampai sekarang kitorang dok bahan dia.
haha.


kita minum dulu......
nanti kita sambung lagi ye.
^___^


Thursday, December 13, 2012

program sehari riuh sekampung - part 1

hoyeh hoyeh hoyehhhhh!
cousin dah upload gambar program dalam facebook.
tak payah susah-susah nak transfer gambar.
hikhik.
lagipun gambar aku secoet je.
busy sangat main game sampai lupa nak ambik gambar.
^____^



dimulakan dengan senam pagi ye sedare-sedare semua.
hoit. penat okeyhhhh senam ni.
belum game semua dah mengah.
-___-"


lepas tu, majlis perasmian oleh embah kitorang.
embah kumpualn biru, so pakai serkop rambut kaler biru.
cayalah embah!
gigih aku godek-godek kat youtube nak buat bunga reben tu.
akhirnya, jadi jugak. syabas anis!


dah penat semua, kita kasi lantak makanan ye.
nasi lemak sambal sotong dengan sambal udang.
sedap tuuu. ^__^


syurga makanan wehhhh!.
hilang diet.
penat je buang lemak senam pagi-pagi.
nasik lemak ada, nasik goreng, bihun goreng, kuew tiaw goreng.
kuih segala jenis kuih ada.
ni baru sarapan pagi okeyh.
mau tak gemoksss!
oh ye, makanan ni semua tak lah kitorang masak kat rumah embah semua tu.
ada keluarga tu bawak ni, ada keluarga tu bawak yang ni pulak.
tu yang jadi banyak ni.


puas hati kot dengan ajk minuman.
air sentiasa ada.
air sedap-sedap pulak tuh.
kejap air tembikai, kejap air limau asam boi.
nanti tukar pulak air fruit cocktail.
kang dah petang sket, dorang mesin air tebu pulak.
perghhhhh kembung air semua.


okeyhhh. habis part 1. nanti sambung part game pulak ye.
terasa dah panjang bebenor entry ni.

Wednesday, December 12, 2012

join ainkalam's rm30 top up give away


klik gambar atas ye... :)

tutup : 26 disember 2012, 12 tengah hari.

program sehari riuh sekampung



ini banner kami buat sendiri. nak jimat kos punya pasal. siap salah eja lagi tu. dengan comot. haha. lantak lah. janji program berjalan dengan jayanya!!


sebab gambar lupa nak transfer dalam pendrive, maka kali ni just nak buat intro pasal hari keluarga sabtu lepas. alhamdulillah, target cuma 20 keluarga. yang datang 25 keluarga. super duper happy tau.


sebenarnya, bukan senang nak jalankan aktiviti macam ni. memang kena ada pengerusi program tau. baru boleh jalan program ni. masalah besar dia adalah, pilihan tarikh sesuai. ada orang tu nak tarikh ni. ada orang ni pulak nak tarikh lain. kalau nak puaskan hati semua orang, memang tak berjalan-jalan lah program ni. maka, kitorang pilih tarikh yang majoriti ada. yang tak dapat hadir tu nak buat macam mana kan. maybe next time.


kitorang pilih buat dekat rumah embah sebab nak bagi semua orang balik kampung. lagipun, payah nak buat kat tempat lain. lagi banyak halnya. lagipun, bila buat tempat lain ni, mesti banyak kos. jangan kita tak tahu, orang ni kalau pasal duit, memang payah sangat. ye lah kan. tak semua orang berduit. kita kena faham semua tu. tak ke seronok nenek kita bila tengok rumah dia meriah semua anak cucu cicit datang berkumpul.


alhamdulillah, program hari tu sangat meriah dan semua yang datang pun seronok. siap request tahun depan buat lagi. insyaallah. ^__^

1st give away by CIKJI


klik gambar atas untuk join ye..:)

tutup : 31 disember 2012

WW - bawak bekal

syabas anis!
bangun pagi buat sarapan sendiri.
well done!


p/s - ahhh. bencik. tadi dah up entry ni pepagi lagi. tapi kenapa tengok balik, entry ni takde! nyampah. dah dua kali jadi cenggini.

Saturday, December 8, 2012

family day lagi! yeay!

esok, bersamaan hari ahad, family kitorang akan buat family day lagi. ni kali ketiga diadakan. dan alhamdulillah, tahun ni penyertaan bertambah. sukaaaa kooo. tak sia-sia buat kertas kerja, pos dekat adik beradik abah yang jauh-jauh.


kalau sebelum ni petang je, tapi tahun ni up sikit dari pagi sampai malam. tapi malam tu just penyampaian hadiah je. bukan selalu kan. alang-alang dah buat, pulun kasi habis. acara sukaneka pun haruslah bertambah. baru lah meriah. barulah berbaloi yang jauh-jauh tu datang balik kampung.


sooo..petang ni nak siapkan persiapan padang. eh! padang lah sangat. buat kat depan rumah embah je ponn. hihi. tak sabar nak tunggu esok. ^__^



Friday, December 7, 2012

tiada lagi roti untuk menggantikan nasi

disebabkan pagi tadi aku dah membaham sebungkus nasik kerabu yang agak banyak,
maka lunch tadi memang tak akan sentuh nasik lagi.


selalunya, kalau aku tak makan nasik, aku akan makan roti barang seketul dua.
tapi sebenarnyakan roti tu lebih kurang je dengan nasik.
kalau tak makan nasi, tapi makan roti, sama je sebenarnya.


jadi..inilah penggantinya,


gambar ambik website munchy's.


pilihan aku, yang tengah tu, perisa strawberry & blackcurrent.
sebab antara 3 tu, yang tengah tu paling tinggi fibernya.
weeeehhhh, first time aku tengok kotak nutrition sebelum beli makanan.
syabas anis!
well done!


alhamdulillah, makan 6 keping pun dah kenyang.
eh, ke banyak 6 keping tu? haha.




DIY - decorating photo album cover



ni album raya hari tu.
terasa macam bosan je corak asal tu.
dengan tak ada kerjanya, gigih aku balut lain.
memang tak ada kerja.
-___-"

 

tadaaaa. siap balut dah.
simple decoration dekat front cover tu.
nampak sangat malasnya. 
 tema merah hitam sebab raya hari tu kan kitorang tema merah hitam.
heeeee.

 

ni pulak bahagian tepi.
siap tulis RAYA 2012 kat tepi tu sebab senang kan.
kalau letak kat rak, tarik je ikut tajuk album tu.
tak payah susah-susah tarik satu-satu.
siap balut plastik sebab kang rosak kang, naya je.


Thursday, December 6, 2012

beli novel 9 nyawa second hand

sekarang ni tengah buat collection novel ramlee awang murshid.
sebab sebelum ni banyak baca novel my sis je.
sebab novel-novel beliau sangat best, harus lah kena ada koleksi sendiri kan.
nanti-nanti 5 tahun akan datang, boleh lah ulang baca semula.
^___^


hari tu, kebetulan bukak facebook, 
jumpa someone yang nak let go novel-novel beliau.
sekali tengok, ada novel ramlee awang murshid, 9 nyawa.
hoyehhhhh!.
suka sangat even dah pernah baca time dekat U dulu.
tapi dah lama, lupa dah cerita dia macam mana.


harga pulak just RM10.
dia siap datang hantar dekat office tu.
senang gilos.
condition novel pulak, 100% like new!!!


 see. macam baru je kan.


tengok macam tak pernah dibaca je lagi.
sangat puas hati.
^___^


starting my diet!

kelmarin, tumpang timbang dekat alat penimbang cousin.
timbang tu siap boleh tunjuk lemak, air, muscle, semua tu lah..
apa kebenda entah nama timbang tu.
lupaaaaaa. 


my current weight, 59.2kg. pergh!!!!
nak pengsan.
lemak pulak, 30.9%....
perghh. pengsan lagi sekali sebab normal 15% je tau.
muscle kurang, means kurang exercise.
bila muscle kurang, tak boleh lah nak membakar lemak kan.
air dalam badan mencukupi. good!!
umur dalaman badan pulak, 29 tahun!
kali ni bukan pengsan je dah rasanya.
seeee, umur dalaman 6 tahun lebih tua dari umur asal.
-____-"


malu dengan embah tau.
umur embah nak dekat 90 tahun, tapi umur dalaman baru 54 tahun tau.
kagummmmm.
kena ikut makan jamu lah cenggini.
haha.


bila bagi tau pipie, terus kena consult free punyaaa.
sooo..he's my diet consultant now.
starting today, kena kurangkan makan nasi, mee dengan roti.
banyakkan makan buah, sayur dengan fiber.
banyakkan berjalan sebab dia tahu aku malas exercise.
hahahaha.


soooo..lets diet!
tak sanggup weh bila tengok umur dalaman ni lagi tua dari umur sebenar kita.
lebih baik berjaga-jaga dari sekarang kan.
^___^


Tuesday, December 4, 2012

Lin Handmade Greetings Card : December 2012 Blog Giveaway


klik gambar atau klik sini untuk join.
hadiah dia macam dalam gambar tu ye.
best tu kalau dapat.


hadiah vector dari cikgu ma ^__^

hari tu aku ada join teka-teka vector dekat blog cikgu ma.
tak sangka bertuah jugak diri ni.
maka, cikgu ma dengan baik hatinya lukiskan aku vector.
hoyehhhh!


tadaaaa...


 haaa...ni lah hasil cikgu ma.



ni pulak gambar asal...
wow. kagum kot.
bukan senang nak lukis vector ni.
aku pernah cuba.
tapi gambar budak kecik je aku boleh buat.
hahaha.


apa pun, thanks a lot cikgu ma...


Monday, December 3, 2012

makcik mahal vs makcik murah

kemain makcik pun ada makcik mahal dengan makcik murah.
tapi ni bukan nak jual makcik ye rakan-rakan semua.
tak sanggup daku nak jadi mak ayam.
-___-"


ni makcik cashier kedai makan lah ni.
 ada dua orang makcik.
dua-dua tukang kira harga nasik dekat kaunter.


hari tu tapau nasik lauk ayam masak merah seketul, ulam kacang bendi sikit dengan pajri terung seketul
bagi kat makcik murah yang duduk dekat kaunter.
tengah dia kira-kira, tetiba datang makcik lagi sorang terus ambik nasik aku tu, lepas tu dia pulak kira.
bla..bla..bla.. "RM6.20"
makcik dekat kaunter tu buat muka agak terkejut yang menandakan "eh. mahalnya."
tapi dia diam je sebab mungkin makcik mahal tu lebih senior kot.


aku pun bayar lah RM20.
tapi makcik murah tu terus bagi balance RM14.
tapi dia cepat-cepat bagi balance tu, suruh aku simpan cecepat.
dia tak nak makcik mahal tu nampak yang dia caj RM6 sahaja.
hahaha. cayalah makcik.
agaknya kalau makcik murah tu yang kira, mesti tak sampai RM6 pun nasik tu.
sebab hari tu aku beli nasik, lauk ikan keli bakar dengan ulam bendi, baru RM3.80.


maka, lepas ni, aku nak aim makcik murah tu je.
taknak jumpa makcik mahal tu.
haha.



apa lah masalah office ni!

ohh...i'm sooo blue today.


seeee. pagi-pagi nak pergi kerja, muka ceria je.
penuh semangat tau even hari ni monday.
dalam kereta pun sempat nyanyi-nyanyi lagi ikut radio.


tapi kan.
bila masuk je office, terus jadi ngantuk tau.
mata terus layu je.
mulut pulak nguap-nguap.
alahaiii.
apa lah masalah office ni.
hari-hari cenggitu.
nyampah!
-____-"


ke masalah sendiri yang memang malas kerja? 
haha.

Friday, November 30, 2012

perasaan nak menjahit manik membuak-buak

salam jumaat semua...


ceria-ceria selalu ye.
^________^
lebar-lebarkan senyuman anda ye.



sekarang ni entah kenapa tiba-tiba rasa nak menjahit manik-manik dekat baju.
setelah sekian lama tak pegang jarum dengan manik.
tapi dah tak ada dah baju kosong yang boleh dijahit manik dalam almari tu.
ni maksudnya, kena pergi kedai kain cepat-cepat ni.
buat baju baru...
weeehooo.


bos pun dah sign gaji dah tadi.
memang boleh la beli kain pasang dengan manik.
jangan tak tahu tau, kadang tu kos beli manik tu dah setaraf harganya dengan harga kain pasang tu.
nak manik yang berkualiti, memang agak mahal sedikit lah harganya kan.
kalau yang murah tu, ko basuh dua tiga kali, hilang kilatnya.
tu untung hilang kilat, ada yang terus hilang warna.
sia-sia je penat-penat jahit, lama-lama hilang serinya.


apa pun, memang dah terbayang-bayang dah ni baju yang blink-blink dengan manik.
nasib tak terbawak dalam mimpi lagi.
kalau tak, sekarang jugak berdesup ke kedai kain.
heeee.

Thursday, November 29, 2012

siapa juara masterchef malaysia musim kedua?

hoyeehhhh..
malam ni final masterchef malaysia musim kedua.
dari awal sampai ke hari ni, memang tak pernah tinggal.
sampai abah cakap, "tak ada cerita lain ke? hari-hari masak."
hehe. nasiblah.




siapa agaknya yang akan ke final malam ni ye?
nak ikutkan komen juri semalam, ah hong nampak macam paling banyak mistake.
tapi tak tahu lah kan.
mana tau semua masuk final kan.


tapi antara 4 orang tu, tak tahu kenapa aku sokong along (lelaki kurus)
lepas dia terkeluar hari tu, and diserap masuk semula, 
nampak yang dia agak semakin bersungguh-sungguh.
lagi pun dia asyik senyum je.


apa pun, kadang tu apa yang jadi tak terjangka.
sebab masak kot.
silap sikit, habis lah kan.
apa pun, kita tunggu malam ni.
^__^

update : uppsss..pembetulan ye anda-anda semua. final sabtu malam. kak wina tegur tadi. hihi. tersalah rupanya.

bolehkah kembali langsing seperti dulu?

acehhh..tajuk tak boleh blah kan.
dah macam nak promote produk kuruskan badan dah gayanya.


tak tak.
ini bukan iklan ye semua-semua sekalian.
tapi ni tentang aku.


hari ni rajin lah belek-belek gambar lama masa dekat U dulu.
rinduuu woooooo.
tapi 1 benda yang aku perasan.
"hoit. kurus lah aku dulu."
haha. padahal dulu ingatkan dah cukup berisi dah.
rupanya sekarang lebih, lebih dan lebih berisi.



haaaa.. ni gambar sekarang.


nak tengok gambar dua tahun lepas?
haha...
meh nak tunjuk.

-
-
-
-
-
-
-
-
-

 hahaha.. seee.
nampak tak bezanya.

tiba-tiba terasa macam..
"waaaaa..nak badan macam tu semulaaa..."


masa tu berat aku 48kg sahaja.
sekarang?
hahaha. kalau naik 10kg jadi berapa?
haaaa..itu lah berat aku sekarang ni.
hikhik.


hari tu sempat lah diet + exercise sekejap.
dan berjaya turunkan 3kg.
wahhhh. seronokssss.
tapi itu hari tu ye,..
bukan hari ni.
sebab sekarang aku dah kembali normal dengan nafsu makan yang hebat.
haha. nasib baik sekarang ni musim buah.
maka, bila mulut ni gatal nak mengunyah je, kita sumbat je dengan buah-buahan.
^___^


Wednesday, November 28, 2012

hana mustika seksi di kolam renang

hari jumaat dua minggu lepas, sempat teman my sis pergi interview lesen kaunselor dekat hotel gold course, klang.
sebab husband dia tak dapat nak teman dia, maka dia angkut aku sebagai driver dia + baby sitter hana mustika.
aku pulak, asal perbelanjaan semua ditanggung, beres aje. 
jalan free. sape tak nak kan. haha.
kebetulan si azee pun cuti, angkut dia sekali.


disebabkan pagi sabtu tu tak tahu nak buat apa, dan tika pun dah menunjukkan tanda-tanda kebosanan duduk dalam bilik je, maka turun lah kitorang ke kolam renang.
budak kenit ni memang sangat suka main air.
kalau kat rumah kitorang, sehari rasanya lebih 5 kali jugak lah dia mandi.


 yeayy..dapat mandi swimming pool.
dah tak sempat dah nak pakaikan baju.
tak sabar sangat dia nak masuk dalam kolam tu.
kenit kan tika tu. paras dada tu air dia.
maka, si azee lah yang terpaksa terjun sekali dalam swimming pool untuk pegang si tika ni.
menjerit-jerit dia kat dalam kolam tu sebab terlampau excited.
nasib lah ada berapa kerat orang je kat situ dik oii.


 haha..ni mesti sebab dah penat sangat ni.
boleh pulak budak ni tidur sendiri.
meniarapkan dia, bukak kan tv.
tau-tau, dah lena rupanya.
itu memang pesen dia tidur sekarang ni ye. huhu.

 cak!! bangun sudahhhh. ^__^


kalau mata dia dah bulat macam ni, 
maka nak main lagi lah tandanya tu.
^__^

mamat bergaya dengan skarf leher


seee. melangkah dengan penuh gaya lagi tu.
aku memang suka kacau kucing-kucing dekat rumah tu.
lagi-lagi kalau yang mengada dan manja sangat macam mamat ni haaa.


tapi, jangan lah sangka ini kes dera ye.
tidak..
sebab ikat tu pun longgar-longgar je.
nanti dia jadi rimas-rimas je.
nak buat apa pun tak senang.
hahaha.
tapi tak lama lepas tu, kompem skarf tu tercabut sendiri.

Tuesday, November 27, 2012

Peplum Giveaway by Nadnod Azizan


klik gambar atas ye untuk join.
^__^

mencegah kan lebih baik


dua ketul motor yang menyemak dalam rumah.
nampak tika kedek-kedek dekat situ?
haaaa. tu sibuk menghala ke pintu nak keluar lah tu.


sebelum ni dua ketul motor ni park dekat beranda rumah je.
tapi sekarang ni kampung aku ni tengah kecoh pasal kes curi.
dah ada hilang motor.
dan dah berapa rumah kena pecah masuk.


jadiii..
haruslah dua ketul motor tu naik taraf tidur dalam rumah.
walaupun nampak semak je kan motor tu sibuk dalam rumah,
tapi kan mencegah kan lebih baik.
kalau hilang lagi motor kang,
gigit jari je lah jawabnya..


Monday, November 26, 2012

nguap-nguap dah ni wehhh

dah tak larat dah rasa dok menguap je kerjanya.
sekejap-sekejap menguap. kang kejap lagi nguap lagi.
tu pun tadi dah selamat membuta sekejap.
bos takde lah katakan.
hikhik.


ingatkan, lepas membuta, segar bugar lah mata ni ha..
rupanyaaaa..
aku pergi bantai nasik lemak sebungkus.
rasanya, ada tanda-tanda akan segar bugar tak lepas tu?


maka, kerja hari ni memang sangat penat.
sebab penat menguap.
-____-"


p/s : tengok masterchef malam tadi, nora dah keluar. akhirnya, 3 sekawan dah keluar. dean, fizuan dengan nora. memang masin mulut orang, nora akan keluar lepas dean. hihi.

Friday, November 23, 2012

hana mustika yang kuat makan

aceceh..pegang menu macam ye ye je nak order kan.


anda-anda mesti geram kan tengok pipi dia yang gemoks gebus tu. lagi-lagi kalau tengok dari sisi. ibarat macam ada sebijik rambutan kat pipi. serious tak tipu tau. hihi.


tika ni baru setahun sebulan. tapi jalan dah laju dah. cuma cakap je belum lagi. satu-satunya perkataan yang dia tahu sebut, "mam". tu tandanya, dia nak makan atau minum. kalau nampak orang makan, laju je datang dekat nak makan sama. bila tak bagi, mulalah merengek nangis.


pergi pasar hari tu pun, nampak je jajan dengan makanan, terus "mam, mam". kitorang pulak lambat belikan makanan. sebab nak cari yang sesuai dengan dia kan. terus merengek-rengek nangis. huhu. sabar je lah. kalau dalam kereta pun, tetiba je dia kata "mam, mam". tapi time tu tak ada pulak makanan, memang rasa kesian sangat. 


waktu baby, memang tika ni kuat makan. tapi bila umur dia nak dekat setahun tu, dia jadi tak suka makan. dua tiga suap je. lepas tu my sis try belikan vitamin appeton tu. lepas tu terus dia jadi berselera balik makan. tak tahu lah memang dia kuat makan atau sebab vitamin tu, tambah selera makan dia.

campak kamera, lepas tu buat muka tak bersalah

 muka tika yang tak bersalah lepas campak kamera mak ngah dia ni.
dengan mata sepet, bangun tidur, terus selongkar hand bag mak ngah dia.
tau-tau, kamera tu dah dicampaknya dekat lantai.
berderau darah wehhhhh.
sabar je lah. hampir terburai jugaklah kamera tu.
tapi ahad ni tika dah balik pd dah.
mesti rindu takde pengacau dah dekat rumah tu.
hihi


ni pulak dalam cubaan nak merampas kembali kamera yang mak ngah dia tengah guna tu.
jangan harap lah nak dapat ye.
selamat sangkut dekat tempat tinggi. heeeeee...

..klik klik..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...