Wednesday, August 10, 2011

contest gaya awesome


dah lama ni tak join contest dekat blog ni. kali ni tiba-tiba rasa nak join. tapi contest melibatkan haiwan..^__^


klik la banner dekat atas kalau nak join ye.

aku nak letak 3 gambar dekat sini. sebab aku jarang letak gambar-gambar kucing dalam ni, nak la letak lebih sikit buat tatapan semua. ^__^


ni baru la kucing melayu. berkainbatik. ^__^


no picture please!!


tak tau kenapa diorang tidur macam ni. 

syarat-syarat pulak, dekat bawah ni.:

1.  korang follow blog FOF and SHE WINTER

2. like fanpage ni: SINI

3. letak tajuk entry tu "Contest Gaya Awesome"

4. korang letak banner atas tu kat blog korang and linkkan ke blog FOF
then letakla gmbr2 pet korang yg comey2 tu..
korang nk letak byk2 pon boleh.. tp nnt FOF n she winter akan pilihla
yg mana lgi awesome.. k?

4.  then tinggalkan url korang kat bhgian comment k?

closing date:  26 ogos 2011  (11:59 pm)

hadiah lak:
1>  hadiah rahsia dari FOF and shewinter
2> topup rm30 from miecyber

Monday, August 8, 2011

jom cari kerja

dah jadi adat, bila habis je study, semua orang berduyun-duyun mula mencari kerja. apply kerja. hantar resume. macam tu jugak aku. mestilah harus mencaari kerja. apa je kerja kosong, dengan sepantas kilat, laju je nak apply. tapi langsung tak terlintas akan sangkut.

kalau nak ikutkan, petang tadi patut aku ada interview kerja. sangkut la 1 yang aku apply tu. tapi dengan tak kisah nya, aku tak pergi. sebab apa?


  1. dekat PJ. tak sanggup aku nak redah jam hari-hari. kalau dah cekap bawak kereta takpe. ni bawak kereta pun tak betul naya je.
  2. sebab baru je habis praktikal. tak terasa nak pergi interview dan bekerja. 
boleh terima ke sebab-sebab tu? haha. mungkin tunggu rezeki akan datang kot.

kuih oh kuih raya. bila nak buat?

hari ni hari ke8 kita puasa. hari ni hari pertama aku dah tak praktikal. jadi hari ini sangat lah bosan tidak tahu mahu buat apa.. so, aku dah mula ajak mak aku membuat kuih raya. tapi mak aku pulak tak nak. awal lagi katanya. haish. baru je berkobar-kobar nak buat kuih raya ni.

sekarang ni tengah lagi fikir-fikir nak buat kuih raya apa tahun ni. sebab ayah aku cakap, tahun ni kuih raya kena buat je. takkan nak buat 5 atau 6 jenis je. macam sikit la pulak. nak la buat lebih sikit. tapi selalu kuih raya ni sampai habis raya pun tah habis lagi. malas nak makan. 

disebabkan menganggur dekat rumah puasa ni, maka boleh la nak habiskan masa touch up baju raya dengan sepenuh masa. tak ada la dah malam raya baru nak touch up dengan manik-manik dah. ^__^

..klik klik..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...