Friday, November 30, 2012

perasaan nak menjahit manik membuak-buak

salam jumaat semua...


ceria-ceria selalu ye.
^________^
lebar-lebarkan senyuman anda ye.



sekarang ni entah kenapa tiba-tiba rasa nak menjahit manik-manik dekat baju.
setelah sekian lama tak pegang jarum dengan manik.
tapi dah tak ada dah baju kosong yang boleh dijahit manik dalam almari tu.
ni maksudnya, kena pergi kedai kain cepat-cepat ni.
buat baju baru...
weeehooo.


bos pun dah sign gaji dah tadi.
memang boleh la beli kain pasang dengan manik.
jangan tak tahu tau, kadang tu kos beli manik tu dah setaraf harganya dengan harga kain pasang tu.
nak manik yang berkualiti, memang agak mahal sedikit lah harganya kan.
kalau yang murah tu, ko basuh dua tiga kali, hilang kilatnya.
tu untung hilang kilat, ada yang terus hilang warna.
sia-sia je penat-penat jahit, lama-lama hilang serinya.


apa pun, memang dah terbayang-bayang dah ni baju yang blink-blink dengan manik.
nasib tak terbawak dalam mimpi lagi.
kalau tak, sekarang jugak berdesup ke kedai kain.
heeee.

Thursday, November 29, 2012

siapa juara masterchef malaysia musim kedua?

hoyeehhhh..
malam ni final masterchef malaysia musim kedua.
dari awal sampai ke hari ni, memang tak pernah tinggal.
sampai abah cakap, "tak ada cerita lain ke? hari-hari masak."
hehe. nasiblah.




siapa agaknya yang akan ke final malam ni ye?
nak ikutkan komen juri semalam, ah hong nampak macam paling banyak mistake.
tapi tak tahu lah kan.
mana tau semua masuk final kan.


tapi antara 4 orang tu, tak tahu kenapa aku sokong along (lelaki kurus)
lepas dia terkeluar hari tu, and diserap masuk semula, 
nampak yang dia agak semakin bersungguh-sungguh.
lagi pun dia asyik senyum je.


apa pun, kadang tu apa yang jadi tak terjangka.
sebab masak kot.
silap sikit, habis lah kan.
apa pun, kita tunggu malam ni.
^__^

update : uppsss..pembetulan ye anda-anda semua. final sabtu malam. kak wina tegur tadi. hihi. tersalah rupanya.

bolehkah kembali langsing seperti dulu?

acehhh..tajuk tak boleh blah kan.
dah macam nak promote produk kuruskan badan dah gayanya.


tak tak.
ini bukan iklan ye semua-semua sekalian.
tapi ni tentang aku.


hari ni rajin lah belek-belek gambar lama masa dekat U dulu.
rinduuu woooooo.
tapi 1 benda yang aku perasan.
"hoit. kurus lah aku dulu."
haha. padahal dulu ingatkan dah cukup berisi dah.
rupanya sekarang lebih, lebih dan lebih berisi.



haaaa.. ni gambar sekarang.


nak tengok gambar dua tahun lepas?
haha...
meh nak tunjuk.

-
-
-
-
-
-
-
-
-

 hahaha.. seee.
nampak tak bezanya.

tiba-tiba terasa macam..
"waaaaa..nak badan macam tu semulaaa..."


masa tu berat aku 48kg sahaja.
sekarang?
hahaha. kalau naik 10kg jadi berapa?
haaaa..itu lah berat aku sekarang ni.
hikhik.


hari tu sempat lah diet + exercise sekejap.
dan berjaya turunkan 3kg.
wahhhh. seronokssss.
tapi itu hari tu ye,..
bukan hari ni.
sebab sekarang aku dah kembali normal dengan nafsu makan yang hebat.
haha. nasib baik sekarang ni musim buah.
maka, bila mulut ni gatal nak mengunyah je, kita sumbat je dengan buah-buahan.
^___^


Wednesday, November 28, 2012

hana mustika seksi di kolam renang

hari jumaat dua minggu lepas, sempat teman my sis pergi interview lesen kaunselor dekat hotel gold course, klang.
sebab husband dia tak dapat nak teman dia, maka dia angkut aku sebagai driver dia + baby sitter hana mustika.
aku pulak, asal perbelanjaan semua ditanggung, beres aje. 
jalan free. sape tak nak kan. haha.
kebetulan si azee pun cuti, angkut dia sekali.


disebabkan pagi sabtu tu tak tahu nak buat apa, dan tika pun dah menunjukkan tanda-tanda kebosanan duduk dalam bilik je, maka turun lah kitorang ke kolam renang.
budak kenit ni memang sangat suka main air.
kalau kat rumah kitorang, sehari rasanya lebih 5 kali jugak lah dia mandi.


 yeayy..dapat mandi swimming pool.
dah tak sempat dah nak pakaikan baju.
tak sabar sangat dia nak masuk dalam kolam tu.
kenit kan tika tu. paras dada tu air dia.
maka, si azee lah yang terpaksa terjun sekali dalam swimming pool untuk pegang si tika ni.
menjerit-jerit dia kat dalam kolam tu sebab terlampau excited.
nasib lah ada berapa kerat orang je kat situ dik oii.


 haha..ni mesti sebab dah penat sangat ni.
boleh pulak budak ni tidur sendiri.
meniarapkan dia, bukak kan tv.
tau-tau, dah lena rupanya.
itu memang pesen dia tidur sekarang ni ye. huhu.

 cak!! bangun sudahhhh. ^__^


kalau mata dia dah bulat macam ni, 
maka nak main lagi lah tandanya tu.
^__^

mamat bergaya dengan skarf leher


seee. melangkah dengan penuh gaya lagi tu.
aku memang suka kacau kucing-kucing dekat rumah tu.
lagi-lagi kalau yang mengada dan manja sangat macam mamat ni haaa.


tapi, jangan lah sangka ini kes dera ye.
tidak..
sebab ikat tu pun longgar-longgar je.
nanti dia jadi rimas-rimas je.
nak buat apa pun tak senang.
hahaha.
tapi tak lama lepas tu, kompem skarf tu tercabut sendiri.

Tuesday, November 27, 2012

Peplum Giveaway by Nadnod Azizan


klik gambar atas ye untuk join.
^__^

mencegah kan lebih baik


dua ketul motor yang menyemak dalam rumah.
nampak tika kedek-kedek dekat situ?
haaaa. tu sibuk menghala ke pintu nak keluar lah tu.


sebelum ni dua ketul motor ni park dekat beranda rumah je.
tapi sekarang ni kampung aku ni tengah kecoh pasal kes curi.
dah ada hilang motor.
dan dah berapa rumah kena pecah masuk.


jadiii..
haruslah dua ketul motor tu naik taraf tidur dalam rumah.
walaupun nampak semak je kan motor tu sibuk dalam rumah,
tapi kan mencegah kan lebih baik.
kalau hilang lagi motor kang,
gigit jari je lah jawabnya..


Monday, November 26, 2012

nguap-nguap dah ni wehhh

dah tak larat dah rasa dok menguap je kerjanya.
sekejap-sekejap menguap. kang kejap lagi nguap lagi.
tu pun tadi dah selamat membuta sekejap.
bos takde lah katakan.
hikhik.


ingatkan, lepas membuta, segar bugar lah mata ni ha..
rupanyaaaa..
aku pergi bantai nasik lemak sebungkus.
rasanya, ada tanda-tanda akan segar bugar tak lepas tu?


maka, kerja hari ni memang sangat penat.
sebab penat menguap.
-____-"


p/s : tengok masterchef malam tadi, nora dah keluar. akhirnya, 3 sekawan dah keluar. dean, fizuan dengan nora. memang masin mulut orang, nora akan keluar lepas dean. hihi.

..klik klik..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...